Saturday, September 18, 2021

Kekurangan tenaga pekerja.

17.9.21
Rumput liar tumbuh keliling sangat subur. Banyak sedut baja. Tak sempat nak potong rumput.
Pokok pertama.
Adakah rumput akan mati? 
Mungkin ini kaedah yg lebih baik kerana bebas dari racun rumput.

18/9/21
Pokok kedua.
Mahu lakukan kpd pokok ketiga dan keempat.✔siap.
Tanah di bawah zink boleh simpan air lebih lama, kadar pemeluapan rendah.

21/9/21.... 5 pokok telah pasang atap zink.

Sudah dapat mengurus lebih baik. Pokok pisang telah buang kerana merencatkan pertumbuhan pokok kelapa dan pokok durian.
Telah lihat pertumbuhan durian. Nampak ada yang subur, melonjak tetapi bilangannya tidak sampai 30 pokok, sudah melebihi tujuh kaki.  Ada yang segar tetapi tingginya 5 kaki sebanyak 30 pokok. Dulu kerdil tetapi kini sudah nampak menyurung, yingginya 3 kaki, ada kira2 20 pokok. Pokok yang asal dari biji baka baik tempatan kelihatan melonjak subur. Bilangannya ada 30 pokok. Ada yang masih kecil, kurang dari 3 kali ada 30 pokok. Kumpulan ini perlu ada atap. Target bilangan pokok durian ialah 150 pokok. Ada antaranya anak pokok yg tanam biji. Kelihatannya yang asal dari tanam biji lebih cepat besar , subur dan rendang.

31/10/21
Rumput keliling pokok mati kering tidak dapat cahaya.
Teknik ini boleh diperluaskan.

No comments:

Post a Comment