Friday, June 11, 2021

Bunga Air Mata Pengantin (AMP)

Rumput liar sungguh liat untuk ditewaskan. Namapun liar, sifatnya kelihatan subur, cepat merebak, akarnya lait sukar untuk dicabut.

Mula tanam di kebun Oktober 2018. Benih dihadiah oleh Tuan Hj Ali Afendi, Pengetua SMK Soi. Waktu itu pokok bunga AMP hidup subur di taman kelulut SMK Soi. Pokok AMP ini jenis akar berdaun dan berbunga yang menjalar dan memanjat. Pertumbuhan AMP kelihatan cergas dan dalam jangka panjang boleh menewaskan tumbuhan menjalar yang lain. Boleh dijadikan rumput penutup bumi. 
..   
Gambar pada 11/6/21
Selepas tiga tahun pokok AMP bersaing dengan rumput jalur dan pokok liar yang lain. Didapati keluasan yang dikuasai open AMP makin luas. Ia boleh menewaskan tumbuhan lain.  
Pokok AMP sentiasa mengeluarkan bunga bewsrna pink. Setiap bunga ada menghasilkan madu sebab itu banyak sekali seranga hinggap dan pergi. Antara serangga yang suka kepada  AMP ini ialah lebah kelulut. Kelulut ini juga terbang dan hinggap pada mayam kelapa juga untuk menyedut manisannya. Sambil  badannya menyentuh debunga.itu Kemudian kelulut men

Projek menanam benih AMP disambung semula mulai Ogos 2023. Kali ini benih ditanam dalam sebaris 10 lubang dalam kebun kelapa. Telah siap lapan baris. Kini anak pokok AMP telah mula tumbuh. Ada yang telah berkembang merebak secara membulat. Penanaman AMP kali ini bertujuan untuk bekalan makanan kepada Lebah Kelulut. Inilah perancangannya. Pokok AMP adalah pokok menjalar. Seeloknya bina para agar pokok AMP boleh memanjat dan merebak atas para terbuka itu. 
 

No comments:

Post a Comment