Thursday, May 13, 2021

POKOK NANAS DALAM POLIBAG

Pokok ini telah ditanam dua tahun lalu. Setahun lebih terbiar, kelihatan kerdil dan hidup dalam keadan tidak cukup makan . Lepas itu baru beri baja. Segar kembali tetapi saiznya kecil. Mula berbuah dan kini buahnya telah matang, dua minggu lagi akan masak. Beratnya dianggar satu kg sahaja. 

Tetapi sungguh menghairankan. Di kelilingnya telah cambah lima batang sulor namun begitu saiznya amat kecil. Jika ditanam apakah masa hadapannya? Adakah perdunya besar dan subur ? Atau ketot?

Sudah masak, esok boleh petik.
Sudah petik pada 18/5/21, 
Beratnya ialah 1.1kg. 
Isinya manis dan lazat. Rasanya sama dengan MD2 yang lain.

11/8/21... 5 sulor kelihatan segar dlm polibag.

5/9/21... 5 anak nanas dlm polibag kecil kelihatan subur. Kelihatan satu tunas baru berumur dua bulan pada tunggul induk menjadikan enam sulur semuanya.

Boleh teruskan tanam lebih banyak dalam polibag besar ini. Susun di tepi jalan dan atas teres. Target 100 pokok.
Rekod 1/10/21.... satu induk boleh menghasilkan enam anak.

17/10/21... Kelihatan tunggul tidak subur, percambahan sulor baru mungkin sukar. Saya ambil tindakan mencabut tunggul dan bongkar tanah berselirat dgn akar dlm polibag. Polibag masih elok, boleh guna sekali lagi. Akar didapati berlengkar membentuk kerak. Akar itu kebanyakannya telah uzur. 
Tunggul itu masih berguna. Bersihkan dari akar dan siat kelompok bawah, kelihatan akar membelit tunggul. Buang semua akar.
  Potong atas dan bawah, bhg tengah belah empat, seterusnya semai. Tengok apa akan jadi? Didapati satu sahaja yg bertunas.Kurang berjaya.

Generasi pertama ..... 1          2019
Generasi kedua...........6          2021

Sulor yg semai dalam polibag telah tanam di laman rumah.
Baris kedua dan ketiga adalah sulor yang disemai di atas itu.
Kesimpulan.... jika pokok induk sihat, sulor yang boleh dihasilkan tidak kurang dari Lima batang. 




No comments:

Post a Comment