Monday, March 29, 2021

POKOK DURIAN YANG KERDIL

MESTI ADA SEBAB MENGAPA MEREKA KERDIL DAN DAHAN TIDAK BERKEMBANG. MUNGKINKAH BERPUNCA DARI DALAM TANAH? DISEBABKAN OLEH AKAR?
Pokok 1
Kurus, tiada dahan dan pucuk selalu mati. 

Pokok 2
Kurus, kurang dahan, kurang daun

Pokok 3
kurus lonjong, dahan pendek tetapi daun hijau.

Pokok 4
02/4/21... gali pangkal pokok
Pokok 5
Pokok 6
Pokok 7... hadiah daripada staff KUIPSAS. Duri Hitam.
1/4/21.... mengali di tepi satu kaki dari pangkal pokok. Gali separuh bulat hingga satu kaki dalam. Hingga jumpa tanah asal dalam polibag. Didapati tiada akar keluar dari tanah asal polibag. Akar seolah-olah tersekat. Tabur baja penggalak akar dan gaulkan tanah dengan CRIP seterusnya tambun semula. Kemudian siram. Esok gali separuh lagi dan beri baja penggalak akar. Perlu siasat pokok yang lain pula. Mahu siasat pokok nombor 4 pada hari esok.
2/4/21.
Setelah digali separuh sedalam satu kaki didapati tiada kesan akar melintas yang putus. Ini menunjukkan tiada akar yang menjalar keluar.
4/4/21....Telah gali dekat enam pangkal pokok. Didapati amat sedikit akar yang putus ini menandakan tidak ada akar merebak keluar dari akar tumpang. Tutup semula lubang dengan tanah yang digaul dengan baja akar.
Melalui siasatan hari ini didapati akar masih berputar dalam tanah polibag yang asal. 

No comments:

Post a Comment