Sunday, March 7, 2021

PENGHASILAN BENIH KELAPA HIBRID

Penyelidikan untuk menghasilkan kelapa hibrid tidaklah terlalu sukar. Saya telah membuat tindakan di Stesen Pertanian Pagoh dan MARDI Bagan Datoh. Saya juga mendapat penerangan dari pakar MARDI tentang kacukan benih kelapa di MARDI Sungai Ular Kuantan. 
Tidak berhenti di situ, saya terus memulakan kajian. Waktu itu saya bertugas sebagai Rektor KUIPSAS. Berbetulan dalam kampus KUIPSAS terdapat beberapa batang pokok kelapa. Satu pokok dekat pondok pengawal buahnya warna kuning, lebat dan kecil. Besar kemungkinan ini dari jenis Malayan Yellow Dwaft ( MYD ). Pokok MYD ini bertindak sebagai sumber benih bertiga. Sebatang pokok lagi dekat bangunan Mawardah, tinggi dan buahnya besar bewarna hijau. Kami tidak pasti apa jenisnya pokok ini. Besar kemungkinan dari jenis Malayan Tall. Pokok tinggi ini bertindak sebagai sumber benih jantan. Pasukan kami mengambil satu pelepah mayam kelapa MT yang telah matang. Ambil biji kecil yang melekat pada sehari mayam itu dan jemu. Biji itu padah dsn kelihatan debu kuning. Debu itu adalah benih jantan dipanggil debunga atau pollan. Mayam pokok MYD yang telah matang ditoreh. Keluarlah jari-jari yang melekat biji besar ibu Jari pada bahagian pangkal. Bahagian tengah hingga hujung sehari melekat biji kecil yang mrngandungi debunga. Sehari dipotong supaya debunganya dibuang jauh. Biji besar ibu Jari ada berbeza biji. Ini adalah putik betina. Benih ini perlu disenyawakan dengan debunga jantan agar jadi buah.
Debunga dari pokok MT tadi dilomurkan ke bahagian hujung putik betina. Sapu menggunakan berus lukisan. Laku tiga Hari berturutan. Selepas dua minggu lebih separuh putik itu gugur. Hanya tinggal beberapa ulas sahaja yang kekal. Ia member menjadi buah. Tujuh bulan kemudian buah itu tua Dan gugur. Buah yang gugur itu diletskkan ditempat teduh. Dua bulan kemudian kelihatan tunas muncul dari bahagian kepala buah. Tiga bulan kemudian kelihatan daun sudah melonjak dua kaki. 
Kami lakukan proses saringan. Kami bawa lima anak pokok ke Stesen Pertanian Pagoh untuk tujuan pakar. Pakar mengesahkan Lima anak pokok itu adalah kelapa hibrid. Pokok ini diberi nama MAMA iaitu sambungan nama Maldyan Tall dan Malayan Yellow Duaft. Cubaan pertama menghasilkan Kenya  awal.

Kini says mahu melakukan kacukan benih yang seterusnya. Benih jantan diambil dari pokok dekat rumah di Taman Indrapura Kuantan.
Debunga dari pokok ini akan ditemukan dengan benih betina pokok MYD dalam kebun di kampung Lompat. 

Tindakan
Tarikh mula.... lepas raya.    
Sediakan staging satu tingkat lagi.
Kenal pasti pokok MYD yang hendak dilalukan kawin bunga.
Persediaan mengambil debunga 10 jejari.
Pilih Lima pokok MYD.  



No comments:

Post a Comment