Tuesday, December 15, 2020

POKOK DURIAN DI KEBUN KAZOKU 01

Kali pertama menanam durian pada tahun 2017. Tanam 20 pokok tetapi terbiar. Rupa-rupanya ada yang hidup 5 pokok.  Tidak pasti MK atau pokok penanti yang hidup. Pada awal bulan February 2019 sekali lagi menanam durian di Kebun Kazoku kali kedua. Kini telah hampir dua tahun. Ada nampak sinar kejayaan awal. 
21 pokok ini diyakini akan terus subur jika amalan ABC dapat diteruskan, insyAllah. Yang lain masih rendah dan terkial-kial until membesar. Memang ada harapan untuk melonjak seperti kumpulan 21 itu jika syarat yang sama dipatuhi iaitu cukup ABCnya. Setiap batang pokok ini dilengkapi dengan tong biru lengkap dengan zink tadah air hujan khas untuk bekalan air tambahan..

POKOK 1
Ini pokok jenis IOI. Sewaktu tanam dahulu  tingginya satu kaki, kini sudah melebihi
ll tujuh kaki. Dahan kecilnya perlu dijarangkan agar cahaya boleh masuk menyinari dahan dan batang.
Sejak February 2021 polipype 16mm dipasang mengelilingi batang berbentuk bulat. Ada lima lubang memancutkan air yang fokus kepada tengah pokok. Pancutan selama satu jam sehari cukup membasahkan kanopi. Baja yang ditabur berserakan berserakan dicabut segera. Kelihatan makin subur. Boleh letak polibag anak pokok di bawah dahan untuk tumpang air siraman secara automatic dan percuma.
29/3/21... telah trim, perlu teruskan.

POKOK 2

Ini pokok jenis IOI juga. Sewaktu tanam dahulu  tingginya satu kaki, kini sudah melebihi tujuh kaki. Dahan kecilnya perlu dijarangkan agar cahaya boleh masuk menyinari dahan dan batang. Sama tinggi dengan POKOK 1. Rumput di sekitar perlu dihapuskan supaya tidak menggangu perkembangan akar. 
17/3/21... sejak dapat air siraman yang serata kanopi kelihatan makin subur. Telah beri baja keliling kanopi dua minggu sekali.

POKOK 3
IOI
Dahan sebelah kiri terencat kerana terlindung oleh pokok liar yang lebih tinggi. Pokok itu telah ditebang. Rumput liar di sekeliling perlu dimusnahkan. Pokok ini semakin subur sejak dapat air siraman yang konsisten.



POKOK 4
IOI
Jalan menuju pokok ini perlu dibersihkan segera. Sudah siap bersih pada 26/12.


POKOK 5
Pokok besar teres bawah depan  pondok, tanam tahun 2017. Banyak rumput degil. Perlu bersihkan rumput keliling pokok. Pertumbuhannya terencat  mungkin kurang air dan baja. Perlu beri baja dua minggu sekali. Ada kemungkinan pokok ini adalah pokok penanti, anak tunas MK telah mati. Telah potong rumput keliling pada 28/12/20. Pokok ini tiba-tiba menjadi kering.

POKOK 6
Pokok tinggi depan pondok , tanam pada 2017.Perlu buat cantuman tut tunas baka MK, DH, 101 Dan lain2.

POKOK 7
Pokok tinggi dekat perdu nanas, tanam pada 2017. Perlu buat cantuman tut tunas baka MK, DH, 101 Dan lain2.

POKOK 8
Pokok tinggi lebih 10 kaki, di belakang, tanam tahun 2017.Perlu buat cantuman tut tunas baka MK, DH, 101 Dan lain2. Perlu buangkan sebahagian dahan.

POKOK 9
Pokok rendang dekat kebun sawit, batangnya cedera. Tanam tahun 2017.
Batangnya cedera.

POKOK 10
Pokok dekat pintu hadapan. MK. Tanam awal tahun 2019.
Tidak disangka  jadi korban banjir Januari 2021. Kini tempatnya diganti dengan pokok kelapa MYD.

POKOK 11
Pokok ketiga teres kedua. Tanam pada awal tahun 2019. MK

POKOK 12
Pokok kedua teres pertama. Pokok pisang yang berdekatan perlu dihapuskan. MK.

POKOK 13
Pokok ke 7 teres 2. Teka atau MK.

POKOK 14
Pokok ke 4 teres pertama. Perlu buang pokok yang berdekatan. Tanam pada tahun 2019.
Tidak disangka telah menjadi korban banjir Januari 2021. Pangkal pokok ditengelami air satu kaki selama satu minggu. Manja sangat rupanya. Tempatnya telah diganti dengan petai.

POKOK 15
Pokok ke 9 teres pertama. Teka/MK.. tinggi 8 kaki... daun hijau elok tetapi dahan pendek. Tanam pada tahun 2019. Kedudukannya di teres pertama sudah tentu jadi mangsa banjir.
Telah tamat riwayat hidupnya kerana pangkalnya terendam air banjir. Telah ganti dengan pokok petai.

POKOK 16
Pokok kurus tinggi dikelilingi oleh pokok kelapa di puncak bukit. Tanam tahun 2017. Perlu cantas dahan kelapa yang berdekatan. Yang hidup ini ialah pokok penanti. Dahan Musang King telah mati. Pokok ini cepat melonjak. Perlu beri baja untuk melonjak dan rendang. Perlu buat cantuman dengan tunas MK atau DH atau IOI. Berpotensi melonjak mengatasi pokok kelapa disekeliling.


POKOK 17
Pokok di lembah paling belakang. Baru tanam setahun. Tinggi 5 kaki. MK.

POKOK 18
Pokok di teres jalan tengah depan pondok. MK atau DH. Tanam pada tahun 2019.


POKOK 19
Pokok di teres ketiga di belakang, antara pokok kelapa. Tinggi 5 kaki.Perlu buat cantuman tut tunas baka MK, DH, 101 dan lain2.

POKOK 20
Pokok tepi sawit dan pintu masuk. Dikelilingi pokok pisang. Kelihatan kursus kerana zat disedut oleh akar pisang. Perlu hapuskan pokok pisang di sekelilingnya supaya cahaya boleh sampai secukupnya dan supaya baja tidak disedut oleh akar pokok pisang. Sediakan 3 tong khas untuk tadah air hujan untuk buat siraman musim kering.

POKOK 21
Pokok kedua sebelum jalan teres atas bertemu dengan jalan utama. Tinggi lebih dari enam kaki. Tanam pada awal tahun 2019. MK atau DH. Perlu buat ubahsuai kepada polipype yang lalu di bawah pokok. Ubah kepada bentuk bulatan agar air siraman menjadi lebih banyak dan lebih luas kawasan yang disiram.

POKOK 22
Tanam pada awal tahun 2019. MK atau Udang Merah? Teres kedua belakang paya ulu, di bawah jalan tengah. Telah trim... buang dua dahan bawah dan cabang ke atas yang hampir sama tinggi dgn turus utama. Tinggi rujuk kaki. Pokok lemon Dan pisang disisi telah ditebang. Kelihatan daunnya segar.
Di kiri dan kanan ada dua batang pokok pisang berangan  ini yang terakhir. Pokok yang muda telah dihapuskan.

No comments:

Post a Comment