Tuesday, November 27, 2018

GULA

26/11 ......... 15.0
Stop tea tarik & semua manis
27/11 ......... 12.8
28/11 ......... 12.9
Semalam makan kueh kacang manis tiga keping. Tea tarik tidak usik. Rupanya makanan manis juga kena pantang.

Pagi ini makan temosa sebiji, terasa manis. Buang separuh yang masih ditangan.
Makan malam jam 6.30petang. Menu nasi putih dan tomyam solomon.

29/11 .......... 09.8

Syukur alhamdulillah

30/11
Makan mlm jam 6ptg. Menu chiken grill.
Malam jam 8.45 makan limau tambun.

01/12 ..........  10.2
Mesti kawal makan dan minum. Elakkan minum air manis dan kueh manis.

04/12 .......... 10.6
Mesti kawal makan minum.

Monday, November 26, 2018

BAIK PULIH POKOK DB

Untuk kesuburan daun dan buah
Racun kulat. Sudah beli, sedang guna.
Racun ulat. Sudah beli, sedang guna.

📌 Telah beli mesin rumput untuk cuci bawah pokok durian belanda. ✔
📌 Dahan bawah yang melentur ke tanah hendaklah dipotong.
📌 Beli mistblower untuk cepatkan kerja menyembur ulat dan serangga.✔
📌Pokok kecil beri baja 15-15-15. Pokok yang berbuah beri baja 12-12-17. Minggu pertama bulan disember.✔

Sunday, November 4, 2018

Rancang Kerja Harian

Rancang kerja harian.

5/11/18
1. Hantar Hilux
2. Beli atap 500 kpg✔
3. Beli paku atap 2 kg✔
4. Beli tali jerut✔
5. Hantar atap ke kebun✔
6. Angkut turus pagat✔

7/11/18
1. Semai 50 benih AMP✖
2. Beri arahan kerja kpd Amir✔
3. Ulangkaji Aquraq10 ms ✔

8/11/18
1. Ulangkaji Aquraq 10 ms.✔

9/11/18
1. Ulangkaji Aquraq 12 ms✔

10/11/18
1. Ulangkaji Aquraq 5ms. Hingga kini trlah cecah 37ms.✔
2. Isi anak AMP dlm 5 polibag.✔ lebih satu

11/11/18
1. Ulangkaji Aqraq 5ms.✔
2. Baca Al Quran satu ms.
3. Isi anak AMP dlm 5 polibag.✔
4. Bawa tukang sukat tanah ke B Rendang.✔

12/11/18
1. Ulangkaji Al Quran 5ms.✔
2. Semai 10 biji AMP ke dlm lubang kosong.✔
3. Beri baja kpd semua anak durian dan petai.✔

13/11/18
1. Beli jaring hitam 70%✖
2. Beli racun rumput 20 liter.✖
3.Ulangkaji Al Quran 5ms✔
4. Isi 5 pokok AMP dlm polibag.✔

14/11/18
1. Beli jaring hitam 70%✔
2. Beli racun rumput 10 liter.✔
3.Ulangkaji Al Quran 5ms✔
4. Isi 5 pokok AMP dlm polibag.✔

Thursday, October 25, 2018

INOVASI BERTANI

1. Gunakan suis automatik untuk menyiram pokok. Sudah pasang satu set di belakang rumah kg Sentosa. Berfungsi dengan baik.✔ Juga telah dalam kawasan KUIPSAS.✔. Mahu pasang di kebun juga.
2. Buat kawin bunga db utk hasilkan buah yg bentuknya seragam. Telah mula pada awal bulan Ogos 18. ✔ Berjaya. Boleh teruskan.
3. Buat cantuman tut pokok lemon. Telah berjaya menghasilkan 140 pokok hasil cantuman tut ini.✔ Telah buat tut kpd generasi kedua.Telah dapat 4 pokok dan telah tanam. Telah buat 19 tut baru pada awal Nov.18.
4. Buat cantuman baji durian. Baru cuba. Cubaan pertama menemui kegagalan. ✖ Mahu  cuba kali kedua.
5. Buat pendebungaan kelapa. Telah cuba kepada 3 pokok.✔
6. Tanam pokok air mata pengantin (AMP) sepanjang teres. Telah mula.✅
7. Penyukuan sulur nanas. Pernah cuba, kejayaan 50% sahaja. Ada yang kering dan buruk. Berani cuba lagi. Perlu rendam beberapa jam dalam cecair racun kulat. ✔... boleh teruskan. Setakat ini pada 9/11 kejayaan 29/36. Memang boleh diteruskan.

10/8/18
1. Berjaya buat tut dua dahan lemon awal pagi hari ini. Ada pengalaman sebelum ini. Oleh itu peratus kejayaan adalah tinggi. ✔

2. Beli sebatang anak pokok durian musang king dari nusery saloma harga rm28. Tingginya 1.5kaki, terdapat 3 cabang. Saya buat cantuman kepada tiga pokok durian yang saya semai biji enam bulan yang lalu. Hasilnya dua bulan dari sekarang. .... gagal. ❌

15/10/18
Mahu laksanakan PROJEK 1000 AMP. Hingga hari ini baru capai 200.

Saturday, October 20, 2018

Tanaman Kontan - Nanas MD2

Nanas yang under size kurang diminati wslupun rasanya manis. Kalau jual rm2 sebiji memang tak laku. Kalau jual rm1 sebiji, sangat murah. Oleh itu, kupas dan isi dalam bekas plastik. Boleh jual rm4 satu bekas.

Saya memulakan penanaman pada 2/4/2018. Sepatutnya saya tanam lebih awal lagi. Tetapi tidak mengapalah janji berjaya tanam. Hingga kini sudah tanam 14600 pokok.

Jika pertumbuhannya elok, subur, cukup baja dan air, hasil pertama dijangka bulan Jun 2019.

Hasil dari nanas sangat diperlukan untuk menampung kekurangan pendapatan daripada kelapa dan durian belanda. 

Tindakan

1. Kawal rumput..... sudah beli dan pekerja sudah mula racun.

2. Beri baja 15x3.... 2 kali

3. Beri baja cecair sembur pada daun ... 2 kali seminggu.

4. Siram jika tiada hujan 2 minggu.

5. Racun tikus dan racun ulat.

6. Baja hormon.


Mahu tanam lagi
Nov 18 ..  1200. 600✔

Pemerhatian pada 11/11/18.
Rumput keliling nanas sangat tebal.

25/11/19. Sudah boleh petik dan makan. Rasanya sangat manis.Mendapat sambutan ramai. Mereka semua kata sangat manis. Ini satu petanda baik.

1/12/19. 
Meneruskan usaha menanam diteruskan. Kali ini jarak antara pokok 2kaki dan setiap jalur plastik hanya satu baris. 

Nanas dapat sambutan hangat. Boleh tanam lagi. Minat pelanggan perlu ambil kira. Kenali kelemahan yg dihadapi.
kulit dan sisa nanas dijadikan baja di kebun.
Banyak buah saiznya kecil, kurang baja dan tanah keras. Untuk mengelakkan berlaku lagi mesti gemburkan tanah dan tabur baja terlebih dahulu.

Sudah tanam atas kawasan baru 300 pokok. Tanaman ini memang boleh beri pulangan yang lumayan.

18/5/20
Buah nanas telah masuk pasaran bandar Maran.

Monday, September 17, 2018

Rekod kacukan benih kelapa

Ogos 2018
        
         X1

26     x
27     x
28     x
29     x
30     x
31     x

Sept 2018
         X1    X2    X3    X4     X5
1       x
2       x
3       x
4       x
5
6
7
8
9
10
11              x
12      x      x
13      x      x
14      x      x
15s    x      x       x
16a    x      x       x       x
17      x      x       x       x
18      x      x       x       x
19      x               
20      x               x                                    
21                                          
22s   x                           
23a                              x         x
24                                           x
25                                           x
26                        p
27     p                 f
28     f        p        f      x         p
29s   f        f        f                  f           
30a   f        f        f                  x

Oktober 2018
         X1     X2     X3     X4     X5    X6     X7
1       f         f         f                  x 
2       f         f         f       6         x
3       f        x                             x
4       x
5
6s
7a
8
9
10
11
12
13s
14a
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31

Nove. 2018
         X1     X2     X3     X4     X5     X6     X7
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30

Saturday, August 25, 2018

Petua banyak buah

Telur 2 biji
Yakut
Goncang
Air 20 liter
Siram di pokok

Telah cuba pertama kali pada 29/8/18... jirus keliling pokok durian tepi rumah.

Hingga 15/9/18.... telah jalankan petua di atas itu sebanyak 3 kali.

Mahu cuba sekali lagi bulan Sept ini.

Mahu cuba dua kali lagi  bulan Oktober.

Saturday, June 23, 2018

Tanam pokok LEMON di kebun

Dis 17. 🌿Tanam 24 pokok lemon depan rumah kg Sentosa.✔

Jan 18. 🌿Tanam 25 pokok lemon belakang rumah kg Sentosa.✔

23/6/18.
🌿Berjaya tanam 2 pokok lemon di antara pokok kelapa di lereng bukit hadapan. Samsol yang jalankan tugas.✔

Target mahu tanam 120 pokok hingga 30/7/18.

28/6/18.
Tanam 25 pokok lemon. Tugas Samsol. Telah hantar 25 pokok ke kebun pada 27/6/18. Suruh Amir rendam dlm racun kulat sebelum tanam. Siap✔
3/7/18.
Tanam 12 pokok lemon. Tugas Samsol. Siap✔

8/7/18.
Tannam satu pokok.✔
Sudah tanam 90 pokok.
1.KUIPSAS.... 24
2.Kg Sentosa....25
3.kebun Kg Lompat.... 41

Masih ada stok 40 pokok lagi yang boleh tanam.

25/7/18.
Hantar 18 pokok lemon ke kebun untuk tanam pada 28/7/18. Jumlah pokok di kebun ialah 59 pokok.

Masih ada stok 22 pokok.

28/7/18.
Hantar 12 pokok lemon ke kebun.
Jumlah pokok di kebun ialah 71 pokok.✔

11/8/18.
Hantar 10 pokok lemon ke kebun.
Jumlah pokok di kebun 81 pokok.

Saturday, March 31, 2018

BERJINAK DENGAN NANAS MD2. Siri 02

Banyak pelajaran yang diperolehi dari lawatan ke KULIM PINENAPLE Ulu Tiram.

1. Sembur hormon ke pokok nanas mesti selepas 5.30ptg atau sebelum 9.30pagi.
2. Akar pokok nanas tidak boleh terendam lebih 24 jam.
3. Sulur nanas perlu rendam sekurang2 empat jam dalam cecair racun kulat.
4. Selepas usia 4 bulan, pokok nanas diberi baja cecair semburan daun. Sama spt para 1 juga.

1/4/18
Tanam 200 sulur nanas.
Gaul baja dalam lubang, kambus lubang, siram, tutup dengan plastik hitam dan tanam sulur dengan cara menebuk lubang pada plastik itu. Saya Amir berjaya melaksanakan tugas dengan baik.

14/4/18
Rancang mahu beli 1000 sulur nanas dari Ladang Nanas Ulu Tiram. Tapak untuk 1000 salor telah siap. Berjaya beli 1200 sulur pada 29/4/18.

Target untuk tanam 1400 dalam bulan April. Siap tanam pada 30/4/18 sebanyak 1175. Baki 225 siap tanam pada 1/5/18.

11/5/18
Beli 1000 sulur benih MD2 dari kebun pn Ita di Sungai Miang.  Telah hantar ke kebun. Hingga kini telah tanam 2400 salur nanas MD2. Target ialah 30,000 salur.

27/5/18
Beli 1100 sulur benih MD2 dari Ulu Tiram. Siap tanam dalam tempoh 2 hari.✔

10/6/18
Beli 500 sulur dari pn Ita Sungai Miang. Siap tanam.✔

24/6/18
Akan beli 1200 sulur dari Ulu Tiram. Tapak untuk tanaman telah siap sedia. Siap beli 1400 salur.✔

01/4......  200
29/4......1200
11/5..... 1000
27/5 .....1100
10/6......  500
24/6......1400     ..... 5400✔
01/8......1500     ..... 6900✔
15/8......1500     ..... 8400✔
28/8...... 1000    ......9400✔
07/9.......1000    .....10400✔
14/9.......1000    .....11400✔
21/9.......1000   ......12400✔
07/10.... 1000 ........13400✔
14/10.....1000  .......14400✔

Sunday, February 18, 2018

Tindakan upgrade Loving Garden

USelepas lima tahun, LOVING GARDEN kelihatan usang, semak. Pokok durian belanda yang hidup subur dan rajin berbuah sudah pupus. Hanya tinggal pokok kering. Bila ditolak begitu mudah tumbang. Pokok ubikayu sudah tumbunh tidak terkawal. Ada pokok yang meranting dan berlengkar. Ada yang tumbang kelihatan umbinya terjongket keluar dari permukaan bumi. Begitu huduh bentuknya. Lalang pula bukan main subur meliputi kira2 30% kawasan. Sakibaki pisang nangka masih ada yang tumbuh. Pada mulanya mahu dihapuskan semuanya tetapi kini saya ubah fikiran mahu memindahkannya ke kebun. Saya akan ambil 10 anak pokok untuk memanjangkan zuriatnya.
Lima tahun lalu saya tanam 5 pokok durian. Tiga daripadanya musang king, semuanya mati. Hanya tinggal dua pokok baka IOI.

LOVING GURDEN adalah kebun kecil seperti rojak. Nasib baik pagarnya kukuh. Tiang pagar besi L, jaringnya dawai besi bersalut plastik hinjau . Bahagian bawah kira2 setengah kaki dikonkrit. Hujung jaring terbenam dalam simen konkrit. Ini menambahkan kekuatan pagar ini.

Apakah impianku terhadap LOVING GARDEN ini?

1. Sistem menyiram yang lengkap. Ada tangki yg menyimpan air hujan dan tangki menyiram air baja.
2. Memberi hasil jangka pendek, sederhana dan panjang.
3. Tiada pembaziran.

18-23 Feb. 2018

1. Pasang paip air. Penyambung T ✔, stoper✔,  tap dan kiip 2.✔ Batang besi 2( bawa dari rumah Kuantan). Siap
2. Tebas keliling pokok lemon. ✅✔
3. Cucuk keliling pokok untuk putuskan akar lalang dan rumput liar dan untuk gemburkan tanah juga.✅
4. Tebang pokok mengkudu.✅✔
5. Sembur racun untuk halau kerengga.✅
6. Buang pokok ubikayu.✅✔
7. Gali 3 lubang utk tanam buluh. Tanam pokok buluh✔
8. Tungkat dahan pokok lemon yang ada buah.✅✔.... akhirnya mati.
9. Buang pokok pisang.✔
10. Tebas keliling pokok buluh.✅✔
11. Sembur racun kulat pada batang pokok lemon yg baru tanam.✅✔
12. Tabur baja penggalak akar keliling pokok lemon dan jambu pasir yg baru tanam.✅✔

✔..... bermaksud siap dilakukan dalam tempoh.
✅ .... bermaksud dilakukan selepas tarikh akhir.
❌.... bermaksud masih belum disiapkan.
✔.... 2 markah
✅....1 markah

Walaupun terlewat tetapi semua yang dirancang berjaya disiapkan. Markah yang diperolehi ialah 10x2 + 9x1 = 15. Markah penuh ialah 24. Pencapaian ialah (15×100)÷24 = 62.5%

Jika kau tewas dengan rumput, ia akan menewaskan pokok yang kau tanam. Oleh itu sebelum dia menjalar jauh atau membesar cepat-cepat hapuskan.

Jika kau tidak beri baja, ia akan kurus dan pucat.

Jika kau tidak siram, ia akan layu. Jika tiada hujan mungkin akan layu dan kering.

Terdapat sarang anai2 tepi pangkal pokok. Memang elok gemburkan keliling pokok dan kemudian jirus cecair racun anai2.

Kerengga juga banyak bersarang pada daun lemon. Perlu dihapuskan dengan cara menyembur racun serangga. Telah sembur racun serangga. Beberapa hari kemudian sudah tiada lagi tetapi daun terdapat karah hitam. Apa yang menyebabkan karah tersebut?

26 Feb - 2 Mac 2018

1. Cuci tompok semak pokok ubikayu.✔
2. Kumpul pokok ubikayu yang bertabur di permukaan tanah.✅✔
3. Potong rumput guna mesin rumput.✔
4. Gemburkan tanah keliling pokok lemon.
5. Tabur baja 15-15-15✔
6. Pasang polypaip 16mm & sambung saluran kecil kepada setiap pokok lemon.✔
7. Upgrade saluran polipaip bahagian pangkal supaya nampak lebih kemas.✅✔

3 Mac - 9 Mac

1. Tutup pangkal pokok lemon dengan kepingan tikar getah/kepingan keras.✅siap separuh.
2. Pasang saluran paip kecil pangkal pokok.✅✔
3. Buang pokok ubikayu dekat tangga dan septik tank.✔
4. Tanam dua pokok Lemon Australia.✔
5. Semai biji benih lada kecil.✔
6. Tanam anak lada kecil antara pokok lemon.✔
7. Tanam satu perdu buluh lemang.✔
8. Gali 20 lubang  dan tanam lada. Baru siap 9..✅ sudah siap tanam 15 batang.✅siap pindahkan ke polibag 6 pokok lada kampung dan 20 pokok lada Lombok.✔

(14+1)/8 = 15/16 = 93.75%

17/3 - 18/3
1. Tutup pangkal pokok lada & lemon dgn kepingan .✅
2. Gemburkan keliling pangkal pokok. ✅ pokok yang digemburkan kelilingnya kelihatan subur.

Banyak pokok lada mati dan layu. Ada kesan dimakan ulat dan ada yg tewas dengan kepanasan sinaran matahari.

31/3 & 1/4
1. Punggah 40 batang pokok ubikayu. Siap✔
2. Gali 10 pokok anak pokok pisang nangka.
3. Punggah 40 batang pokok ubikayu yg kedua. Siap 16.✅.✔
4. Racun lalang yg masih belum layu.✔
5. Gemburkan tanah keliling 10 pokok lemon.
6. Tutup pangkal 3 pokok lemon.✔
7.  Pasang wayer penyiram kpd dua pokok lemon yg tidak dpt air siraman.

4/7 = 57% kejayaan

7/4/18
1. Gembur 10 pokok lemon.
2. Pasang wayer penyiram kepada 4 pokok lemon.
3. Racun sakibaki rumput yang belum kena racun. Siap 80% ✅
4. Bakar berperingkat pokok ubikayu.✅
5. Punggah sakibaki kayu yang mati.✅
6. Tabur baja 15-15-15./ baja organik ✅ 4 pokok belum beri.✔
7. Tabur baja buah kepada pokok belimbing dan kelapa.✔
8. Bersihkan rumput pangkal pokok buluh lemang.✔

12/6/18
Rumput baru bukan main subur. Perlu hapuskan segera sebelum rumput menewaskan pokok lemon.

Tindakan pada 13/6/18
🌱Tebas rumput keliling pokok lemon, pokok lada dan pokok buluh. Siap 5✅✔
🌱Tanam satu pokok kelapa pandan ratus di sebelah pokok mangga.✔

Tindakan pada 23/6/18
🌿Biakkan satu perdu pokok buluh kepada tiga. Ulangi dua kali lagi hingga jadi sembilan semuanya.

Telah pasang paip getah penyiram 16mm dilengkapi dengan Automatik Timer untuk menyiram dengan sendiri. Timer itu rm73 sahaja, beli melalui Ali Baba.

Hingga 3/9, telah tanam 7 pokok durian Musang King. Pokok MK ini akan dijadikan induk untuk menghasilkan 100 pokok Musang King yang baru. Jika projek ini berjaya, harga sebatang pokok MK menjadi rm2.50 sepokok.
Selepas enam bulan hanya tinggal 5 pokok. Dua telah mati kering akibat kurang perhatian. Cadangan awal sukar untuk dicapai.

Saya tidak konsisten menjaga kebun ini. Kini rumput menguasai setiap ruang. Namun begitu ada beberapa batang pokok mahu berbakti.
Pokok belimbing besi kerap berbuah. Kebanyakannya larah sahaja.
Pokok lemon tepi tangga sentiasa berbuah. Telah banyak jasanya. Kini saya bungkus buahnya agar tidak buruk.
Sebatang pokok kelapa di juru pagar telah keluar dua seludang. Ia mahu berbakti juga rupanya.
Ada enam batang pokok getah sudah boleh ditoreh. Cadangannya saya mahu belajar menoreh getah bila pulang semula ke teratak ini.

Kerja menanam sisa makanan dalam kebun adalah bertujuan membentuk baja yang mengrmbalikan kesuburan tanah. Ini juga sebagai langkah pembersihan alam sekitar. Hingga kini telah lakukan beberapa kali.
2/8/19, adalah hari penting kerana berjaya menanam daging yang lebih setahun teraimpan di dalam peti sejuk.

Perdu buluh yang tanam dua tahun lalu sudah hidup subur. Membiak dan monjak. Perlu dipindzhkan ke tapak kekal.


Sunday, January 21, 2018

Meningkatkan Produktiviti

21/1/18

Target
1. Pengeluaran buah durian belanda:
    1/4/2018...... 50 kg/minggu
    1/7/2018...... 100 kg/minggu
    1/10/2018.... 200 kg/minggu
    1/1/19........... 300 kg/minggu
2. Bilangan pokok yang berbuah pada 1/6/18 sebanyak 800 pokok.

Aktiviti 1
Membuat lorong laluan untuk memudahkan kerja meracun lorong. Suruh pekerja meracun lorong dan bersihkan keliling pokok kelapa & durian belanda. Buat pemantauan minggu hadapan.
1. Mudahkan kerja pekerja agar cepat siap
2. Tunjuk contoh
3. Arahan yang jelas

Aktiviti 2
Buat demo tut dahan durian belanda. Suruh pekerja teruskan, siapkan 29 lagi. Buat pemantauan minggu hadapan. Sudah siap, elok kerjanya. Tetapi keputusan dua bulan lagi.

Aktiviti 3
Fokuskan kepada tanaman utama
Tanaman utama ialah Durian Belanda dan Kelapa. Pokok DB telah mengeluarkan hasil. Cari jalan agar buahnya mempunyai kualiti yang tinggi dan tingkatkan kilogram per pokok. Tindakan:
1. Beri baja organik pada 22/1/18. Satu tan rm848. Telah siap tabur baja. Masih belum mencukupi, perlu beli satu tan lagi.  Sudah beli satu tan lagi.
2. Elakkan guna racun di bawah pokok. Potong rumput gunakan mesin potong rumput. Telah mula potng guna mesin rumput.
3. Lepaskan dari belitan akar.
4. Hapuskan semut yg bersarang... beli racun REGAIN 500 500ML, harga rm63.

Aktiviti 4
Tingkatkan kekuatan pagar.
1. Baiki pagar elektrik.
2. Bina pintu pagar.
3. Beli tiang pagar besi. Beli 50 batang panjang 5 kaki.

Aktiviti 5
Buat jalan masuk ke kebun belakang belah barat. Tanda dan racun dulu.

Aktiviti 6
Potong rumput keliling pokok durian belanda kebun belakang dan tabur baja organik.