Saturday, October 20, 2018

Tanaman Kontan - Nanas MD2

Nanas yang under size kurang diminati wslupun rasanya manis. Kalau jual rm2 sebiji memang tak laku. Kalau jual rm1 sebiji, sangat murah. Oleh itu, kupas dan isi dalam bekas plastik. Boleh jual rm4 satu bekas.

Saya memulakan penanaman pada 2/4/2018. Sepatutnya saya tanam lebih awal lagi. Tetapi tidak mengapalah janji berjaya tanam. Hingga kini sudah tanam 14600 pokok.

Jika pertumbuhannya elok, subur, cukup baja dan air, hasil pertama dijangka bulan Jun 2019.

Hasil dari nanas sangat diperlukan untuk menampung kekurangan pendapatan daripada kelapa dan durian belanda. 

Tindakan

1. Kawal rumput..... sudah beli dan pekerja sudah mula racun.

2. Beri baja 15x3.... 2 kali

3. Beri baja cecair sembur pada daun ... 2 kali seminggu.

4. Siram jika tiada hujan 2 minggu.

5. Racun tikus dan racun ulat.

6. Baja hormon.


Mahu tanam lagi
Nov 18 ..  1200. 600✔

Pemerhatian pada 11/11/18.
Rumput keliling nanas sangat tebal.

25/11/19. Sudah boleh petik dan makan. Rasanya sangat manis.Mendapat sambutan ramai. Mereka semua kata sangat manis. Ini satu petanda baik.

1/12/19. 
Meneruskan usaha menanam diteruskan. Kali ini jarak antara pokok 2kaki dan setiap jalur plastik hanya satu baris. 

Nanas dapat sambutan hangat. Boleh tanam lagi. Minat pelanggan perlu ambil kira. Kenali kelemahan yg dihadapi.
kulit dan sisa nanas dijadikan baja di kebun.
Banyak buah saiznya kecil, kurang baja dan tanah keras. Untuk mengelakkan berlaku lagi mesti gemburkan tanah dan tabur baja terlebih dahulu.

Sudah tanam atas kawasan baru 300 pokok. Tanaman ini memang boleh beri pulangan yang lumayan.

18/5/20
Buah nanas telah masuk pasaran bandar Maran.

No comments:

Post a Comment