Friday, April 14, 2017

TAKDIR AKU DI SINI

"Pernah terfikir ingin melihat pokok durian ini berbuah. Pernah terdetik ingin melihat bangunan auditorium ini siap. Buah pinang yang disemai masih belum cambah.Terfikir bahawa masih banyak kerja yang belum siap. Pusat Bahasa Arab yang unggul belum nampak bayangnya. Ah... aku sendiri masih buntu untuk memahami bahasa ini. Rupanya masih banyak impian yang belum kesampaian dalam tempoh masa yang singkat ini. Koperasi yang baru setahun jagung ini perlu dimeriahkan."
Renungan malam.... 14/4/17... 12.05mlm.


Sewaktu saya mula duduk rumah ini tahun 2013, pokok durian itu terbiar, pangkalnya masih dibaluti polybag yang telah pecah. Akarnya telah menjalar keluar. Tingginya tidak sampai 5 kaki. Saya jangka umurnya tidak kurang 2 tahun. Saya buang polybag yang rosak itu, beri baja dan siram. Kini umurnya lewat enam tahun. Tingginya sudah menyamai hujung atap tingkat dua rumah saya tinggal. Masih belum nampak tanda-tanda mahu berbuah. Saya sabar menunggu. Ada seorang kawan kata itu pokok durian Musang King.

Projek oditorium ini diluluskan kpd KUIPSAS pada tahun 2015. Pembinaannya bermula pertengahan 2016. Kini pembinaannya sedang rancak. Dijangka siap pertengahan tahun 2018. Adakah saya sempat melihat bangunan ini siap? Mungkin tidak sempat kerana kontrek saya akan tamat pada Mac 2018.

Mengikut lazimnya pokok durian itu akan berbuah jika mendapat air dan baja. Mungkin pertumbuhannya terganggu sedikit kerana naung pokok besar di sebelahnya. 
Pembinaan auditorium itu berjalan lancar. Kerajaan telah mengadakan peruntukan yang cukup. Kontrrktor pula kelihatan sentiasa melaksanakan tugasnya. Satu hari akan tesergamlah bangunan cantik ini di kampus KUIPSAS.
Yang masih samar ialah projek bahasa Arab. Inilah yang membelengu aku.
Rupanya ketika ini lebih sukar membina kekuatan ilmu berbanding dengan membina harta benda.

Alang-alang berada di sini aku mesti melangkah walaupun perit. 6 Mei ini adalah langkah pertamaku. Diikuti sabtu berikutnya 13 Mei dan lapan minggu lagi untuk menghadiri kuliah di UPSI.



Sudah bayar diposit rm100 sebagai tanda jadi.
Aku menanti hari 6/5/17. Petang 5/5/17 akan bergerak ke Tanjung Malim. Sudah tempah satu unit rumah homestay dekat dengan UPSI.

Biasanya aku teragak-agak untuk belajar peringkat PhD. Banyak sangat halangan psikologi yang menghantui aku. Tetapi kini tarikan PhD amat kuat. Buktinya, ada program lawatan luar negara bertembung dengan tarikh 23/5. Saya pilih untuk hadir kuliah. Jika mereka mahu saya turut serta lawatan luar negara itu. Begitu kuat tarikan PhD kali ini. Saya harap semangat ini akan terus subur.



6/5/17... hari pertama mengikuti kursus di sini. Aku belajar selama 7 jam dengan tekun. Ada 9 kali sabtu lagi yang perlu diharungi. Tidak boleh mengelak lagi, kena teruskan projek PhD ini.

Aku akan menghadiri kuliah kedua pada 14/5/17. Sebelum hadir kuliah aku kena siapkan tajuk kajian PhD untuk disemak oleh Dr Fadli.

Draf tajuk kajian PhD aku:
"Sejauh mana PRS berwibawa mempu membangu rakan sebayanya menigkatkan prestasi mata pelajaran Matematik Tambahan: Kajian di SBPI Temerloh."

Satu lagi tugas aku sebelum 14/5/17. Perlu baca hingga tamat  buku ini.


7

14/5/17..... kali kedua hadir ke Kaizen.

Jumpa pula dengan buku ini.


2 comments: