Syukur alhamdulillah, hari pertama dapat tetamu dari Pejabat Pertanian Maran. Terima kasih Din ajak bos lawat kebun.
Menghubungi Amir supaya isi tanah dalam polybag besar untuk cambahkan biji durian. Ada 15 ulas semuanya.
Telah beri kepada Amir biji benih yang telah cambah ini serta tujuh anak pokok pisang lemak manis. Amir berjanji mahu tanam biji durian petang ini. Amir beritahu sudah tanam biji durian itu.
Ketulan batang ini asalnya dari pokok yang rendang. Pokok itu ditebang untuk dibuang kerana sangat padat. Untuk memudahkan kerja membuang maka batang dikerat pendek untuk dibakar. Saya ambil beberapa keratan untuk dibuat tempat bertenggek.
Dibantu oleh tiga orang muda, empat ketul berjaya dipunggah. Asalnya saya mahu satu ketul sahaja tetapi pekerja tiga orong itu mengangkatnya empat ketul berjaya dipunggah ke dalam Hilux. Esok pagi minta Amir punggah ke kawsan pondok.
5/3/17
Terasa tidak bermaya.
Ah..... gagahi juga.
Ketulan kayu telah sampai ke kebun. Sudah berfungsi. Jadi tempat bertenggek.
Tiang batu telah tegap terpasang.
Pucuk pisang masih diganggu oleh sang kera.
Tindakan.
1. Beli 2 ekor harimau
2. Pasang kayu lintang dan bujur.
3. Pasang tangki polypaip.
4. Potong rumput dgn trektor
12/3/17
Cuaca sangat panas. Saya berihat sahaja sambil menikmati buah markisa.
Sungguh enak.
1. Perlu segera racun rumput keliling pokok dan TIGA lorong.
2. Tebuk lubang ditengah tiga lorong utk tanam pisang & labu. Lubang isi baja dahulu, tutup, siram.
3. Segera tanam labu..... untuk tambang Amir ke Lombok.
3. Segera tanam pisang. Tanam 1000 pokok.
4. Sediakan sistem siraman.
Sudah terang.
Inilah masa untuk menanam semula kelapa, membubun.
Di Kuantan rm250 tetapi di Sri Jaya rm230 shj.
Telah beli tong yang kedua di Sri Jaya harga rm230.
Tindakan.
1. Periksa pagar
2. Pasang tiang tambahan
3. Pasang jaring hitam berlubang
4. Pasang wayer elektrik pagar.
5. Bersihkan sampah yg bertimbun.
6. Racun sakibaki rumput.
7. Buat staking.
8. Tebuk lubang.
9. Beli kelapa matak 450 pokok. Telah order✅
10. Beli baja penggalak akar.
11. Tanam kelapa.
12. Siram.
13. Pelau lorong.... 3 lorong.
14. Pasang pam, tangki dan tagang wayer elektrik.✔
No comments:
Post a Comment