Sunday, January 1, 2017

Kebun Kampung Lompat Januari 2017

Hari pertama tahun baru 2017
Sayangi dan tambah pokok tanaman kontan seperti pisang dan ubi kayu.
17/1/2016 genap tiga tahun projek ini dijalankan. Jika belajar buat ijazah sudah hampir tamat. Begitu juga tiga tahun adalah satu tempoh menyiapkan PhD. 17/1/2014 adalah hari pertama membayar harga tanah yang dibeli. Tarikh mula menanam ialah 13/6/14. Ini bermakna tempoh pokok yang mula2 sudah menjangkau.

1. Tanam 70 pokok pisang lemak manis.
2. Bersihkan pokok db empat baris.
3. Bersihkan 7 pokok db yang dibelit ulan.
4. Semai 100 biji db.

Sayangi pokok
Tanam tambahan.... tanaman kontan.

Rumput liar sangat cepat melonjak subur hingga memanjat pokok durian belanda dan juga kelapa. Dalam situasi sekarang adalah penting lepaskan belitan pada dahan hingga ke pucuk. 

2/1/16
Menyelamatkan 100 pokok db kecil yang dilitup rumput tebal. Pasang kayu tegak untuk menanda kedudukan pokok dan menabur baja. Suruh Amir teruskan kerja ini.
Kelihatan sebatang pokok durian musang king telah siap ditanam.
1. Beli dua bilah sabit.
2. Tabur baja organik di pangkal pokok durian belanda besar hingga habis.
3. Tabur baja 15×3 ke pangkal pokok durian belanda kecil.
4. Bersihkan keliling nenas MD2 daripada rumput liar.
 5. Tebas keliling pokok kelapa dan db kebun belakang.
6. Racun lorong antara pokok kelapa untuk tanam pisang.

Musim tengkujuh. Jalan mendaki hala ke kebun belakang licin sukar untuk didaki. Ambil tindakan pantas tabur batu. Kami bekerja keras selama satu jam setengah untuk menyiapkan projek kilat ini. Selepas ini kena tebalkan lagi lapisan batu itu. 
Angkut batu satu baldi setiap kali datang ke kebun. Sikit demi sikit lama2 jadi bukit.

Labu 517kg berjaya dibawa keluar untuk jualan borong. Jumlah hasil jualan labu bulan ini rm700.

Rumput liar sudah hampir menewaskan kelapa dan durian belanda. Pokok kelapa dan durian belanda hanya nampak pucuk sahaja.

Anak pokok durian belanda usia tiga bulan hidup subur. Perlu dipindahkan ke dalam polibag yang lebih besar. Mulai sekarang tanam pokok durian belanda yang telah mencapai tiga kaki ke atas untuk menjamin ketahanannya.




Ada rezeki... buah durian belanda yang matang. Ada 10 kilogram. Telah diborong oleh seorang peminat durian belanda dari Pekan dengan harga rm100.
Rezeki lagi..... kini Pejabat Pertanian beri baja 15-15-15 tiga bag, baja  buah 27-15-12+TE tiga bag dan baja organik 10 bag.

Telah hantar 10 anak kelapa dan 30 anak benih pisang lemak manis. Pisang sudah tanam.✔
Mahu tanam 20 anak pisang lagi bulan ini. Telah hantar 15 anak pokok pisang pada 23/1/17. Perlu bekalkan 5 lagi untuk melepasi 50.

Buah yang paling besar, 3.1kilogram. Saya timbang lagi lada 22/1/17, beratnya berkurangan sedikit kepada 2.99kg.

28/1/17
Banjir datang lagi. Dengarnya sudah mula melimpah ke bahagian hadapan kebun. Tidak dapat jenguk kebun kerana jalan masuk di kampung Machang Gelap telah tenggelam.

Selepas empat hari buah masak elok, lutih bersih. Ada kelihatan lebam sebab bahagian bawah yang tertekan oleh beratnya sendiri. Bahagian bawah menerima tekanan 30 Newton.


Inilah bijinya, semuanya elok. Bilangannya melebihi 100 ulas.

Banjir datang lagi. Saya buat tinjauan pada 30/1/17 iaitu puncak banjir.


Bahagian hadapan sahaja yang ampuh. Pokok durian belanda paling bawah tidak ampuh. Banjir awal tahun 2017 ini 10 kaki rendah daripada banjir tahun 2014.

Kawasan rendah di hadapan tenggelam. 

3/2/17, 6.30ptg baru boleh sampai ke kebun melalui jambatan Chenor. Amir melaporkan bahawa pokok db baris bawah sekali separuh tenggelam. 

4/2/17
Melihat dari dekat kesan banjir. Terdapat duapuluh tujuh batang anak pokok durian belanda yg. mati akibat tenggelam banjir beberapa hari.

Beberapa batang pokok db sudah diselubungi oleh ulan. Pokok yang ada serangga berlindung dan diganggu oleh ulan yang memanjat, akan mencacatkan kualiti buah.

Sudah banyak pokok yang besar, boleh beri baja buah. Dijangka bulan Jun ini ada 100 pokok yang berbuah.


No comments:

Post a Comment