Monday, December 7, 2015

KEBUN KAMPUNG LOMPAT - DISEMBER 15

Mula memetik daun durian belanda. Saya mahu 25kg daun kering.

Daun kering ini nanti akan hantar ke kilang TPM Biotec di Raub pertengahan bulan ini. Saya mahu mengeluarkan 1000 kotak WAWA Teh Herba Durian Belanda.

Lagi dua guni daun durian belanda yang hendak dikeringkan.


Jemur bawah sinaran mata hari pagi.


14/12/2015
Telah hantar 30 kg ke TPM Raub. Tetapi pihak TPM mahu 5kg lagi. Saya janji akan hantar rabu ini. 

16/12/2015
Syafik hantar baki 5kg itu.

20/12/2015
Ada pokok mati. Apa sebab? Mungkin terlebih baja penggalak akar. Mungkin sewaktu menanam tanahnya luruh menyebabkan akarnya kering. Telah terang kepada Arpian kenapa terjadi begini. 

Ada pokok tidak subur, daunnya luruh. Suruh Arpian siram cecair racun kulat dan racun anai-anai.


Ada pokok condong. Telah beritahu Arfian.


21/12/2015
Buat pemantauan senja ini. Nampak 21 anak pokok durian belanda telah siap ditanam. Ada 52 lubang yang menanti kehadiran pokok baru.

22/12/2015
JCB tanbun longkang sepanjang tiga rantai. Ada tapak tambahan, boleh tanam 18 polok lagi.

25 Disember 2015
Masih luas bahagian yang belum terurus. Pokok terbiar dan ada yang bantut.

Langkah memulih.... ratakan permukaan. Bina teres dan gali lubang untuk tanam pokok. Sediakan bekalan air untuk siram.


Sangat mengembirakan. Ada pokok telah mula belajar berbuah.


Longkang yang digali tepi sempadan sudah tidak berguna lagi. Tebus guna. Tambun dan boleh tanam berpuluh anak pokok durian belanda tidak kurang 70 pokok. Dua baris. Tengah-tengah tanam pisang lemak manis.

Pokok ini dan beberapa pokok lagi kelihatan daunnya hijau muda. Daunnya kecil dari yang biasa. Mungkin kurang air kerana kedudukannya pada permukaan yang tinggi. Tidak lekat air dan baja lari. Rasanya bebas dari serangan kulat di akar. Untuk mengatasinya ialah dengan cara membina tembok dan menambun tanah di sekelilingnya. Seterusnya beri baja dan siram.

27 Disember 2015

28 pokok anak durian belanda yang dibeli di pekan sehari Maran untuk tanam di kebun.

Baru sedar... tiga pokok sudah mula belajar berbuah. Buahnya sudah berusia lima minggu.

Pertahanan tidak kukuh, mudah dimasuki musuh. Banyak pokok kelapa yang dimusnahkan.
Inilah langkah pencegahan... ubat gegat.

Banyak kegagalan sebalik kejayaan.

No comments:

Post a Comment