Alhamdullilah saya sampai di SMKA MOHD ALI Ranau, Sabah jam 8.15mlm, 26 April 2015. Perjalanan dari Pekan Baru Indonesia hingga ke Ranau lancar tanpa kelewatan. Jadual pelepasan kapal terbang dari Pekan Baru ke KLIA dan KLIA2 ke KK tepat ikut jadual. Perjalanan dari KK ke Ranau juga lancar. Arfan memandu kereta Vios dengan cekal meredah banjaran Crocer yang semakin malam.
Kami disambut oleh guru penolong kanan dan beberapa orang guru. Pelajar lebih 150 orang sudah berada dalam dewan.
Seperti biasalah saya mulakan dengan cerita sejarah bagaimana saya melakukan lonjakan dalam pencapaian matematik.
Seterusnya saya meneragkan prinsip "From hands' on to mind's on."
Seterusnya saya panggil beberapa orang melakukan eksprimen memahami konsep nombor asas dua, lima dan lapan.
Mereka sangat berminat melakukan eksprimen. Beberapa minit selepas melakukan aktiviti... kelihatan ramai yang mengangguk tanda mereka faham.
Saya hadiahkan gelas plastik, straw dan getah gelang kepada mereka untuk mengajar kawan-kawan yang lain pula.
27/4/2015. 2.15petang.
Saya melangkah masuk ke Dewan Besar SMK BANDARAYA di KK. Beberapa oarang menunggu di luar dewan dan hampir dua ratus orang pelajar sudah bersila atas lantai dewan. Cuaca yang panas sungguh mencabar.
Saya lakukan aktuviti Hanoi Tower untuk menganalisa berapa pergerakan pinggan, mangkuk, gelas dan senduk. Seterusnya membentuk jujukan nombor dalam siri Janjang Geometri iaitu 1, 2, 4, 8 ...... Lelajar seronok cuba lakukan eksprimen. Beberapa orang dapat hadiah.
Seterusnya saya membimbing mereka menjalankan eksprimen unguk memahami nombor asas dua, lima dan lapan. Oleh kerana terlalu ramai, ada yang tidak dapat perhatian. Saya minta yang celap tunjuk kpd kawan- kawan.
Akhir sekali saya terang langkah-langkah TANGGA KEJAYAN.
Terima kasih anak-anak pelajar yang masih beri perhatian.
Hingga kini sudah lima buah sekolah di Sabah telah saya jenguk. Marathon masih belum tamat.
Saya melahirkan simpati kepada pengetua hingga kepada pelajar SMKA MOHD ALI Ranau yang terjejas kerana gempa bumi baru-baru ini. Saya berdoa motivasi pelajar semakin kuat disebalik cabaran yg dihadapi. Saya doakan semua warga SMKA MA dalam keadan selamat.
ReplyDelete