Monday, April 27, 2015

Ceramah Motivasi Matematik di SMKA MOHD ALI, RANAU dan SMK BANDARAYA KOTA KINABALU

Alhamdullilah saya sampai di SMKA MOHD ALI Ranau, Sabah jam 8.15mlm, 26 April 2015. Perjalanan dari Pekan Baru Indonesia hingga ke Ranau lancar tanpa kelewatan. Jadual pelepasan kapal terbang dari Pekan Baru ke KLIA dan KLIA2 ke KK tepat ikut jadual. Perjalanan dari KK ke Ranau juga lancar. Arfan memandu kereta Vios dengan cekal meredah banjaran Crocer yang semakin malam.

Kami disambut oleh guru penolong kanan dan  beberapa orang guru. Pelajar lebih 150 orang sudah berada dalam dewan.

Seperti biasalah saya mulakan dengan cerita sejarah bagaimana saya melakukan lonjakan dalam pencapaian matematik.

Seterusnya saya meneragkan prinsip "From hands' on to mind's on."

Seterusnya saya panggil beberapa orang melakukan eksprimen memahami konsep nombor asas dua, lima dan lapan.


Mereka sangat berminat melakukan eksprimen. Beberapa minit selepas melakukan aktiviti... kelihatan ramai yang mengangguk tanda mereka faham.

Saya hadiahkan gelas plastik, straw dan getah gelang kepada mereka untuk mengajar kawan-kawan yang lain pula.

27/4/2015. 2.15petang.
Saya melangkah masuk ke Dewan Besar SMK BANDARAYA di KK. Beberapa oarang menunggu di luar dewan dan hampir dua ratus orang pelajar sudah bersila atas lantai dewan. Cuaca yang panas sungguh mencabar.

Saya lakukan aktuviti Hanoi Tower untuk menganalisa berapa pergerakan pinggan, mangkuk, gelas dan senduk. Seterusnya membentuk jujukan nombor dalam siri Janjang Geometri iaitu 1, 2, 4, 8 ...... Lelajar seronok cuba lakukan eksprimen. Beberapa orang dapat hadiah.


Seterusnya saya membimbing mereka menjalankan eksprimen unguk memahami nombor asas dua, lima dan lapan. Oleh kerana terlalu ramai, ada yang tidak dapat perhatian. Saya minta yang celap tunjuk kpd kawan- kawan. 
Akhir sekali saya terang langkah-langkah TANGGA KEJAYAN.
Terima kasih anak-anak pelajar yang masih beri perhatian.
Hingga kini sudah lima buah sekolah di Sabah telah saya jenguk. Marathon masih belum tamat.

Thursday, April 23, 2015

Ceramah Motivasi SMA JENGKA, SMK DESA JAYA & SMA AL'KHAIRIAH

22/4 .... Saya ke Jengka

Pelajar SMA Jengka tengah buat eksprimen asas nombor guna straw, gelas dan getah gelang. Tempat ceramah yang selesa. Bilangan pelajar 58 orang sahaja. 


Menerangkan kaedah ujikaji kepada pelajar SMK Desa Jaya.

Di kantin bersama encik Roslan bin Ali,pengetua SMK Desa Jaya. Ini satu post yg istemewa. Roslan, tahun 1979 adalah anak murid saya. Waktu itu beliau tingkatan 5, saya ajar dia Matematik Tambahan. Waktu itu saya baru jadi cikgu, umur saya waktu itu 24+. Lebih gembira lagi Roslan berjaya dapat kepujian MT. Memang Roslan budak yg pandai.

23 April 2015.... saya ke Temerloh. Saya melangkah masuk kd SMA Al'Khauriah.
Fokus kali ini ialah mahu menyedarkan pelajar bahawa matematik itu indah.


Memerhati pelajar sedang malakukan aktiviti.

Tuesday, April 14, 2015

Ceramah Motivasi Matematik di Kuala Lipis

14 hingga 15 April 2015
Saya tidak melupakan negeri Pahang. Kali ini saya fokuskan daerah yang jauh dari Kuantan iaitu Kuala Lipis. Sekolah yang saya jenguk ialah SMA Padang Tengku, SMK Padang Tengku dan SMK Merapoh.

Di SMA Padang Trngku. Pelajar beri perhatian penuh. Dua orang guru matematik tambahan ikut serta hingga tamat. 
Sebaik sahaja tamat saya diajak ke kantin untuk minum rehat. Saya sempat menerangkan satu exprimen memahami nombor asas dua, lima dan lapan.

Jam 2.30 petang saya melangkah masuk ke SMK Padang Tengku. Sekolah ini kelihatan sangat kondusif dan berinformasi. Saya memberi ceramah di sebuah dewan yang selesa, ada aircond. Saya memasukkan aktiviti eksprimen memahamkan konsep nombor asas dua, lima dan lapan. Pelajar juga diberi peluang melakukannya.

Selepas ceramah saya melawat kebun sayur yang diusahakan oleh pelajar. Antara hasil kebun ialah chili dan cendawan. Mereka memproses chili hingga jadi sos cili. Saya dapat hadiah dua botol sos cili hasilan pelajar itu. Hebat budak Padang Tengku.

Bakat dipupuk. Semangat keusahawanan disemai.

Saya meneruskan perjalanan ke Merapoh. Saya akan melawat SMK MERAPOH pula. Sekolah yang paling utara di negeri Pahang bersempadan dengan negeri Kelantan.

SMK MERAPOH mengadakan Karnival Sains dsn Matematik. Perasmiannya pagi ini. Mereka meminta saya merasmikannya. Gimiknya sangat mempersonakan. Bahan kimia dicampur dengsn sabun. Csmpuran meruap memancutkan bueh ke atas. Pelajar riuh rendah melihat peristiwa itu.

Saya meneruskan sesi ceramah di surau asrama. Saya bimbing pelajar buat eksprimen nombor asas 2 , 5 dan 8. Mereka gunakan straw, getah gelang dan cawan.

Inovasi dalam penyampaian ceramah telah memberi minat kepada pelajar mendengarnya.

Saya telah berjaya menamatkan ceramah di tiga sekolah di daerah Lipis dengan jayanya. Saya berdoa kehadrat Allah swt moga ramai pelajar yang lebih bersemangat belajar matematik.


Thursday, April 9, 2015

Ceramah Motivasi Matematik di SABAH

8 April 2015, jam 2.30ptg
Beri ceramah motivasi cemerlang Matematik kepada pelajar ting 4 dan 5 SMKA Kota Kinabalu. Lebih 100 orang hadir.

Belajar dari kesilapan dan kelemahan sendiri. Belajar dari kejayaan orang lain. Amalkan JSB. Jawab semak belakang. Jawab sampai betul. Ingin maju spt idolaku. Membaiki kelemahan asas Matematik seperti algebera.

Cuaca di sini panas maklumlah sudah tiga bulan tidak hujan. PA system pula selalu meragam, pelajar kelihatan kurang selesa. Suara saya pula tenggelam timbul. Kelihatan ada yang mengantuk. Saya kurang puas hati pencapaian ceramah kali ini.

9 April 2015, 2.30ptg
Beri ceramah motivasi kemerlang Matematik Tambahan di SMKA Inanang. Pelajar beri perhatian penuh. Pengetua, Dr Mohd Kasim sanggup hadir sekali dalam ceramah ini. Bilik ceramah yang selesa beraircond. PA system ok. Prestasi penyampaian saya lebih baik. 

Menerangkan hasil kajian tentang "Daya tarikan pengajaran guru dalam bilik darjah." kepada pengetua. Satu perkongsian. Saya ingin kongsikan dapatan ini dengan guru-guru di Sabah.

Sebelah pagi pergi ke Yayasan Sabah. Berbincang dengan puan Bahiwata, Pengurus Unit Biasiswa. Banyak keputusan positif dicapai. KIPSAS dibenarkan ikut serta roadshow YS ke daerah ddi Sabah. Saya akan diberi peluang memberi ceramah kepada pelajar dan guru matematik Sabah. Saya diminta menghantar resume. Mereka berminat untuk membeli buku RCM itu.

Selepas perbincangan kami dihidangkan dengan jamuan minum pagi. Terima kasih puan Bahiwata.

10 April 2018. Kami pergi awal menuju destinasi. Ikut perkiraan boleh sampai awal 40minit. Tiba-tiba tersesat jalan pula. Sampai 15 terlewat. Sewaktu mahu memulakan ceramah LCD pula meragam. Imej yang tepancar semua kelabu. Saya ambil keputusan bercakap-cakap dahulu. Sambil itu pembantu teknik melakukan baikpulih.

Pelajar memberi reaksi yang baik. Ramai pelajar tertarik pembuktian teorom pythogras dan mengapa ♊=22/7. Pelajar percaya kepada prinsip Tangga Kejayaan.

Berbual dengan pengetua. 
Alhamdullilah misi berjumpa pelajar tiga buah sekolah di Sabah berjaya. Saya mahu kongsikan lagi dengan pelajar sekolah lain di negeri Sabah ini. Disamping itu dapat juga mempromosi KIPSAS.

Marathon ini mahu meletakkan nama KIPSAS agar terpahat dalam ingatan pelajar. InsyAllah tahun hadapan mereka ada minat untuk memohon belajar di KIPSAS. Saya mahu jenguk 12 sekolah lagi.

Wednesday, April 1, 2015

Kebun Kampung Lompat - April 2015

Target bulan ini:
1...Tanam durian belanda 100 pokok.
2...Tanam rumput napier rm400. Sudah tanam rm200. Benih bernilai rm200 telah beli.
3...Tanam kelapa tnh belakang 300 pokok.
4...Racun anak pokok tnh belakang, tnh. depan dan tanah Tan.

Ulasan target:

1. Ditunda ke bulan Mei.

2. Berjaya tanam rumput napier bernilai rm400.

3. Berjaya melepasi target. Berjaya tanam 450pokok.

4. Kerja meracun tanah belakang dan tanah Tan ditunda ke bulan Mei.

Awal bulan ini bermula dengan cabaran besar. Awal bulan lepas Arifin cabut lari selepas dapat gaji kerja satu bulan. Arifin kata tewas dengan panas.  Ahmat setia bertugas seorang diri. Rupanya tanggal 1 April 15 Ahmat pula ikut langkah Arifin. Arifin beritahu mahu berhenti. Tetapi yang ini cabut dalam diam. Kasihan pokok2 ditinggal tanpa penyeliaan.
Saya menghubungi Harun Basir untuk memeriksa kebun. Harun berkata, "motosikal ada tetapi orang tak nampak."
Inilah laporan Harun. Syafik juga pergi memeriksa kebun. Syafik kata pokok elok segar tetapi Amat tiada. Motosikal ada ditinggalkan.
Macam-macam andaian kami mengapa Amat lari sebaik sahaja menerima gaji pada petang 31/3/2015.
Sebenarnya bukanlah sukar sangat untuk mendapatkan buruh dari negara luar.
Kali ini saya mahu cuba pekerja tempatan pula.

4 April 2015.
Saya masuk kebun.
Saya meneliti pertumbuhan rumput Napier. Seterusnya saya bersama Ami menanam benih rumput yang baru beli khamis lalu.


5 April 2015
Ada kalanya tugas di kebun ini terpaksa dilaksanakan sendiri. Membujur lalu melintang patah. Pagi ini saya meneruskan sendiri kerja menanam rumput nzpier.


Bunga roselle ini tidak diberi perhatian. Namun begiti ia tetap hidup subur. Air roselle banyak khasiat.


Pokok durian belanda yang berada dibawah kanopi ini kelihatan subur maklumlah minggu ini banyak dapat hujan.

Aduh... tidak berdisplin.

Sampah bertaburan di tepi pondok. Pekerja yang dua orang itu punya angkara. Tidak boleh dibiarkan. Merosakkan kecantikan kebun ini. Jika dibiarkan.... menyakitkan mata, mengundag datangnya binatang untuk memakan sisa ysng ada. Boleh merebaknya kuman/virus. 
Sampah yang bertaburan itu telah dikutip dan diasingkan mengikut jenis. Tin dikumpulkan berasingan. Begitu juga plastik.

Kelapa, durian belanda dan nenas berkongsi satu tapak untuk hidup bersama.


Membaja nenas kawasan ini. Habis satu kampit 25kg.

Sudah condong. Akar tidak dapat menahan pokok, dahan dan daun yang rendang. Tanda pokok ini subur. Pangkal pokok gembur dan tiada akar.


Berjaya menegakkan kembali dengan cara menegakkan dua batang besi dan guna sangga kayu. Kayu melalui
Pokok tebu yang telah berusia lima bulan. Perlu beri baja dan siat daun yang mati. Pembesarannya terbantut kerana pernah dilanyak oleh kerbau ketika usianya tiga bulan. 
Pemandangan kebun belakang. Pokok kelapa sudah berusia tiga bulan. Kelapa sudah ada 500 pokok di sini. Masih ada ruang untuk 500 pokok lagi. Nenas pula berusia empat bulan. Sedap mata memandang.

8 April 2015
Telah tanam rumput napier bernilai rm200.

12 April 2015
Memerhati pokok durian belanda secara dekat. Terkejut nampak putik durian belanda. Terdapat lima pokok yang mengeluarkan putik.

Ini ialah pokok kumpulan pertama yang saya beli pada bulan Mac tahun 2014. Ketika itu pokok db itu tingginya secara purata tiga kaki. Saya agak usianya sudah dua tahun lebih. Kini usianya sudah melepasi tiga tahun (walaupun baru sepuluh bulan ditanam di kebun ini. Kalau begini trendnya... saya menjangkakan enam bulan lagi sekurang-kurangnya 50 pokok akan berputik.



Ada satu batang lagi telah berputik.



17 April 2015
Kerja menanam pokok kelapa di kebun belakang disambung semula. Jama dan kawannya melaksanakan tugas ini.

18 April 2015

Macam nak lekat je. Baru dua batang.

Pokok yang ketiga. Ada gaya hendak lekat.

Keempat, juga ada potensi.

Petang ini tiga anak pokok durian belanda yang saya semai hujung tahun 2014 yang lalu. Benih dari Vietnam. Umurnya baru tiga bulan lebih.