Thursday, January 29, 2015

MENDAKI

Saya berazam untuk mendaki bukit lebih kerap tahun 2015 ini. Bila saya mendaki hingga ke puncak, saya memperolehi tenaga keupayaan kerana membawa badan ke tempat yang lebih tinggi. Saya melawan daya tarikan graviti. Tenaga keupayaan saya ialah mgh. Di mana m ialah jisim, g ialah graviti dan h tinggi tegak bukit yang didaki. Tenaga keupayaan itu datangnya dari mana? Ianya adalah ganti kepada tenaga yang badan saya keluarkan. Tenaga yang dikeluarkan hasil pembakaran lemak dalam badan.
Tanggal 3 Januari 2015 yang lalu saya menguatkan semangat untuk mendaki hingga ke puncak. Sudah setahun lebih saya tidak lantas ke puncak Bukit Pelindung. Sewaktu memulakan perjalanan peha terasa amat ketat dan terasa perit. Dada pula rasa sesak. Saya terasa ragu untuk meneruskan pendakian. Namun saya pujuk diri sendiri untuk terus melangkah ke atas. Walaupun terasa semput tetapi saya gagahi juga.
Rakan pendaki ramai juga hari ini. Saya perasaan perbezaan yang nyata jika dibandingkan dengan suasana lima tahun yang lalu. Dulu pendaki Melayu tak sampai 20% tetapi kini lebih dari separuh.
Akhirnya saya sampai juga di puncak.
Hari ini 29 Januari 2015. Saya tetap mahu mendaki walaupun hujang dari pagi hingga lohor. Saya tawakal. Sewaktu hujan reda saya mendaki. Terasa dada turun naik. Hari ini betis dan peha tidaklah rasa lenguh sangat. Sewaktu hampir di puncak hujan turun semakin lebat. Saya terpaksa berpatah balik. Nasib baik pakai topi dan bawa payung. Saya mahu mendaki lebih kerap lagi.

5 Februari 2015.
Sampai di pintu pagar... sudah terasa mengah, baru mendaki 200meter dada sudah turun naik.

Kini mendaki jalan cerun yang panjang. Kalau tidak sabar rasa nak pusing belakang.Sambil langkah dihayun aku beri perhatian kepada skrin hf ini. Kurang sikit lenguhnya.



Aku rakam gambar setangkai bunga pokok hutan. Ada yang sedang mekar. Ada yang telah gugur dan ada yang belum kembang.
Badan sudah berpeluh. Belakang baju sudah basah. Kini aku telah melewati sepertiga pendakian. Tadi dada terasa sesak dan berat untuk bernafas.  Kini rasa sesak dan perit telah berkurang. Walaupun perlahan aku tetap menghayun langkah ke hadapan sambol mendaki. 

Sepanjang jalan ada disediakan tong sampah lengkap dengan karung plastik. Sudah ada kemajuan jika dibanding beberapa tahun lalu. Tetapi ada diantaranya telah penuh melimpah.

Aku terus mendaki jalan sepi ini. Petang ini sepanjang jalan lengang, hanya berselisih tidak sampai lima orang. Semua mereka adalah vateran seperti aku. Tidak sedar aku sudah hampir di puncak kanan. Minggu depan aku mahu mendaki ke puncak kiri pula.

Akhirnya aku sampai di puncak kiri. Di belakang adalah menara syarikat talekomunikasi.

Mahu segera turun. Walaupun mahu segera perlu melangkah berhati-hati. Kini perlu lihat mana tempat yang mahu diterjah. Pilihlah permukaan yang keras dan rata. Semakun lama betis terasa sakit. Otot betis terasa meregang. Pergelangan kaki dan tumit terasa perit. Beberapa jam kemudian badan terasa ringan dan pernafasan lancar. Memang bagus riadah ini, membakar banyak lemak yang berkumpul di dalam kulit perut. 
Mahu mendaki lagi.

11 Februari 2015. 7.30pagi. 
Riadah adalah satu aktiviti KECERDASAN MINDA DATANGNYA DARI BADAN YANG SIHAT. Sebagai CEO yang telah lewat 60 tahun sangat perlu menjaga tahap kesihatan. Maka aktiviti riadah mencabar 2 jam seminggu termasuk dalam jadual tugas rasmi. Hari ini saya mendaki dengan meriah sekali kerana selalui berselisih dengan pendaki lain. Ramai juga pendaki lain yang memintas saya. Cuaca hari ini sangat cantik. Saya berjaya sampai di puncak kiri dalam masa 45minit sahaja.



Sewaktu turun berjumpa dengan kawan yang mahu mendai hingga ke puncak.

Yang berjanggut putih tebal itu ialah tn hj Khalil.

Berjumpa pula dengan hj Kamarusaman mantan GB SK Galing. Dia peminat basikal.

20 Mac 2015
Terasa perit dada dan macam nak selesma je. Ada sedikit hingus. Tanda badan kurang sehat. Ah... kena excersais. Hari ini aku cuti. Pagi ini jam 7.30pagi aku melangkah mendaki BP. 7.35pagi sudah melintasi pintu pagar pertama. Peluh sudah mula keluar.

Dalam perjalanan naik sempat ambil gambar rotan manau.

Banyak perabot rumah terutama kerusi diperbuat dari rotan manau. Manau boleh memanjat dan membelit hingga pucuknya lebih tinggi dari pokok yang ditumpangnya.

Dalam perjalanan jumpa dr Zawavi. Kami berbual sepanjang perjalanan.

Kami mendaki sambil berborak. Tak sedar akhirnya sampai di puncak. Separuh jalan sewaktu mendaki seorang terasa tercungap-cungap. Bila ada kawan berborak tidak terasa jemu, rasa lebih selesa. Memang bagus mendaki berkawan atau berkumpulan.
Rehat sebentar di puncak. 
Kami turun dan rehat sarapan di cafe IKIP di Kubang Buaya. Beberapa jam badan rasa lebih selesa. Selesma sudah hilang. Hidungpun dah kering.

No comments:

Post a Comment