Friday, December 19, 2014

Cikgu Zainal adalah idolaku

Hari ini saya bertemu dengan pemilik kebun kelapa kampung Huma Luas, cikgu Zainal yang baru empat bulan bersara. Beliau memiliki kebun kelapa seluas lapan ekar. Saya selalu lalu lalang di hadapan kebunnya di kampung Huma Luas. Memang nampak tersusun dan subur. Buah kelapa bergugus, lebat sekali. Saya mahu belajar banyak perkara tentang penanaman serta pasaran kelapa ini. Beliau mengatakan pasaran tiada masalah... sentiasa tidak mencukupi.

Bergambar kenangan bersama cikgu Zainal di pejabat Pertubuhan Peladang Kampung Awah. 

Dalam pertemuan singkat itu saya dapat banyak maklumat daripadanya. Cikgu Zainal mempelawa saya melawat kebunnya. Ini peluang baik menimba ilmu dengan cara melihat sendiri kejayaan seseorang.



Inilah rupa kebun cikgu Zainal yang berusia 12 tahun. Buahnya bergugus tidak pernah putus. Beliau kata kena baja ikut jadual.

Sewaktu mula menanam memang banyak cabaran. Gangguan musuh amat kuat.

Sewaktu cikgu Zainal mula menanam kelapa ramai yang menentang. Cabaran dari musuh tanaman juga sangat kuat. Berkat kecekalan dan kerajinan akhirnya beliau menikmati hasilnya hari ini.


No comments:

Post a Comment