Hari ini saya bertemu dengan pemilik kebun kelapa kampung Huma Luas, cikgu Zainal yang baru empat bulan bersara. Beliau memiliki kebun kelapa seluas lapan ekar. Saya selalu lalu lalang di hadapan kebunnya di kampung Huma Luas. Memang nampak tersusun dan subur. Buah kelapa bergugus, lebat sekali. Saya mahu belajar banyak perkara tentang penanaman serta pasaran kelapa ini. Beliau mengatakan pasaran tiada masalah... sentiasa tidak mencukupi.
Friday, December 19, 2014
Cikgu Zainal adalah idolaku
Tuesday, December 16, 2014
ADILA Aku Dia Dan Lagu
15 Disember 2014
Hari yang istemewa. Apa tidaknya... coretan saya disiarkan dalam program ADILA Radio Klasik Nasional RTM.
Coretan saya berkisar kepada keinginan untuk berubah. Mahu ikut idola yang cemerlang belajar dan bekerja.
Rupanya saya berjaya mencapai kecemerlangan itu.
Ada tiga buah lagu diselitkan... aduh cocok sekali dengan jalan ceritanya.
Terima kasih penerbit rancangan ADILA.
Saya mahu menyimpan rakaman siaran itu. Boleh dijadikan bahan motivasi. Saya hendak hadiahkan kepada cucu saya Adam.
Wednesday, December 10, 2014
Tindakan Besar Dalam Hidupku
Hujung Mac 1972.... Waktu itu usiaku baru melepasi 17 tahun. Aku mengambil tindakan belajar semula secara sendirian selama sebulan pelajaran Matematik Tambahan. Selepas itu aku belajar sendiri pelajaran matematik STP sebelum melangkah masuk tingkatan enam. Aku buat prelearning. Hasilnya aku dapat mengikuti pelajaran itu dengan baik. Habuannya aku berjaya memperolehi prensipal A matematik STP tahun 1973. Seterusnya aku berjaya menjejak ke menara gading tahun 1974. Tahun 1978 mendapat segulung ijazah.
Hujung tahun 1984 aku ambil tindakan berhenti menghisap rokok. Ketika itu usiaku 30 tahun. Waktu itu aku bersama WAWA baru dapat anak sulung kami Norhidayah. Syukur alhamdullilah hingga kini lebih 30 tahun aku tidak menyentuh rokok lagi.
Awal tahun 2009 aku memulakan hobi baru iaitu mendaki bukit. Ketika itu usisku sudah meleati 55 tahun. Mulanya aku mendaki Bukit Pelindung Kusntan setiap minggu. Selepas itu mendaki pula gunung di Cameron Highland. Aku pernah mendaki Gunung Santubung Sarawak. Tahun 2010 dan 2013 berjaya mendaki hingga ke puncak gunung Kinabalu.
Tanggal 9 Disember 2013 ketika usiaku trlah melewati 59 tahun.
Berhenti facebook.
Hasilnya dapat menyelamatkan masa terbuang berjam-jam setiap hari. Berjaya isikan dengan aktiviti menulis buku. Hasilnya..... berjaya hasilkan tiga buah buku.
Rupanya dalam hidup ini kita mesti berani melaksanakan perubahan untuk diri sendiri demi kemajuan atau mengelakkan diri dari terjerumus ke dalam perangkap kegagalan. Itulah yang dikatakan TRANSFORMASI diri sendiri.
Kita elok merenung kembali kenangan manis kejayaan lalu untuk mencipta kejayaan seterusnya. Apakah nilai utama yang mendorong kita melakukan perubahan? Apakah tindakan khusus yang telah dilakukan? Itulah tindakan yang patut diteruskan. Dalam setiap tindakan besar itu mesti ada konsistensi dan kecekalan. Ada yakin diri yang tinggi... tidak mudah tergugat.
Setiap tindakan yang besar, besar juga akibatnya. Kalau tindakan besar itu bersifat positif maka besarlah faedah yang kita nikmati. Syukur alhamdullilah kehadrat Allah yang telah membuka hatiku untuk berubah.
KB pertama bersifat lonjakan.
KB kedua bersifat tindakan pembetulan.
KB ketiga bersifat lonjakan.
KB ketiga bersifat tindakan pembetulan.
Kerap kali kita terpaksa meredah atau mengharungi sendirian. Sikap berdikari kena kuat. Tidak boleh tunggu kawan atau orang lain. Di peringkat awal melakukan usaha tiada orang yang membantu. Kerap kali terjatuh dan bangun kembali. Melangkah setingkat demi tingkat tanpa jemu. Mereka lihat dari luar atau jauh sahaja. Pertolongan akan datang bila nampak ada daya maju.