Perjalanan yang jauh.
Selepas tiga bulan, permukaan pulau kelihatan hampir hijau keseluruhan. Tumbuhan menjalar yang kelihatan itu ialah keledek dan rumput liar. Kolam masih tiada ikan.
Nenas yang baru siap ditanam. Masih ada ruang kosong lima ekar menanti kehadiran benih tsmbahan.
3 November 2014. Cuti sempena Pahang johan Piala Malaysia.
Kerja merata sempadan untuk bina pagar. Longkang selalu diceroboh.
Kerja memunggah tiang pagar.
8 November 2014
Kerja menanam nenad diteruskan.
Aduh.... serangan kali ketiga.
Pokok roselle juga tumpang hidup di sini. Ada potensi dibiakkan.
Si kecil nampak dapat menyesuaikan diri. Ini adalah pokok yang dibiakkan sendiri.
Cuba penunggu jenis ini pula. Kau jaga kebun ya jangan bagi musuh masuk. Kalau nampak monyet melompat masuk kau hambat dia. Dia pasti menciput lari.
21-11-14. Selepas subuh buat pemantauan. terkejut lihat sebatang anak pokok kelapa terbaring. Angkara siapakah ini?
Saya pulihkan agar ia dapat hidup.
Pokok limau kasturi kelihatan subur.
Gembira bila melihat kau hidup subur setelah mendapat baja.
JCB sedang kobek tanah buat tapak pondok. Cadangannya hendak buat yang asas 16kakix18kaki. Tiang konkrit tinggi 2kaki 6inci. Lantai dan dinding dalam papan. Dinding luar buluh.
27 November 2014
Sudah ada kemajuan.
Saya lihat seorang budak remaja berbaju biru melihat pondok yang sedang dibina. Saya menegurnya dan berbual dengannya. Sidek namanya. Dia anak arwah Hasan. Ayah Hasan ialah tokki Majid. Saya beritahu dia bahawa emak saya tokki Majid saudara dekat dan keluarga kami dangan akrab dengan keluarga tokki Majid. Saya bertahu Sidik bahawa "awak anak saudara saya ... tetapi berapa pupu saya tak pasti." Saya suruh Sidik panggil saya engah. Sidik tengah tunggu keputusan SPM. Saya beritahu Sidik bahawa saya menoreh getah sewaktu tunggu result SPM tahun 1971 dahulu. Saya tanya Sidik,"mahu kerja di kebun?"
Sidik mengangguk... tanda setuju.
Saya beri tugas menanam batang keledek. Saya tunjukkan cara menanam... buat demo kepadanya. Lepas itu saya suruh Sidik tanam beberapa lubang. Nampaknya Sidik berjaya melakukannya dengan baik. Seterusnya saya beri arahan tugas mulai hari esok.
Pagi ini saya menghubungi Jama bertanyakan tentang Sidik. Jama kata Sidik ada buat kerja. Jama kata semua kerja menanam keledek siap. Mudah-mudahan Sidik boleh kekal bekerja dengan ku beberapa bulan.
Tamat bulan November.
No comments:
Post a Comment