Aku berdiri di hadapan masjid kampung Pesagi. Aku menoleh ke tebing sungai. Nampak hamparan pasir yang luas. Banyak sungguh kenangan di sini. Mulai belajar tingkatan satu tahun 1967 hingga tamat belajar di universiti tahun 1978 aku menyeberang menaiki bot penambang. Ada juga sekali ayah menghantar aku dgn naik perahu. Ayah kata naik perahu lebih jimat tetapi sangat meletihkan. Apa tidaknya... terpaksa berkayuh tidak berhenti setengah jam.
Aku terpaksa berjalan kaki dari tebing Ayah Awang Pet terus ke hilir mencari bot yang sanggup menghantar aku ke seberang sana iaitu ke jety tebing Paya Pasir. Jika air sungai surut... pasir menghampar hingga ke tepi tebing. Air mengalir berliku-liku ikut alur. Hanya bot kecil enjin sangkut sahaja yang boleh bergerak meredah alur... kadang-kadang tersadai. Kami kena turun untuk sama2 menolak bot itu. Ini menyebabkan ramai pengusaha bot tidak mahu menghantar ke seberang. Kalau terjadi begitu... aku terpaksa menapak lagi hingga ke Chedong. sampai ke kedai Tokki Nor. Tokki Nor yang baik hati terus menghantar aku ke seberang tetapi sampai di tebing Tok Amah sahaja. Aku terpaksa menapak lebih jauh dari biasa. Aku menyusur tebing sungai dan seterusnya meredah kebun getah untuk sampai di jalan raya Temerloh-Maran.
Kini tiada lagi cerita ngeri itu. Orang Pesagi terus sahaja naik kereta atau motosikal melalui jambatan di Chenor untuk pergi ke sekolah menengah. Malah ada yang berlang alik tiap-tiap hari ke sekolah. Saya dulu tinggal di asrama. Ada kelebihan tinggal di asrama. Pertama jimat masa dan kedua jimat belanja. Ketika itu yuran makan asrama hanya rm9 sebulan. Purata sehari 30sen. Apa yang dapat dibeli dengan 30sen tahun 1967 hingga 1969? Tentunya ada bantuan makanan dari kerajaan.
Sejarah persekolahanku tidak sama dengan kisah anak hari ini. Kita melalui pengalaman yang berbeza.
Assalamualaikum Dato. Mungkinkah kesusahan hidup yg dialami generasi terdahulu menyebabkan mereka lebih menghargai kemudahan yg diberi, termasuklah pendidikan. Anak muda kita hari ini, yg lelakinya kalau tak merempit jadi penagih dadah. Mak bapak pulak seolah memberi galakan, anak baru masuk Tingkatan 1 sudah diberi motor. Pergi sekolah hari ni pelbagai bantuan tersedia, tapi masih ramai anak Melayu kita yg tak mementingkan pelajaran. Saya sedih Dato mengenangkan ini semua.
ReplyDeleteTerima kasih Chegu Ngah.
DeleteDulu waktu sekolah duduk di asrama lebih bagus. Di asrama tidur atas tilam empuk. Mandi air kolah hanya beberapa meter dari bilik tidur. Di kampung kena mandi perigi. Naikkan air dlm baldi kecil tarik guna tali. Kalau petigi kering kena jalan kaki mandi di sungai Pahang. Lepas itu paling cemus kena jinjing air dlm baldi ke rumah. Jaraknya lebih 500meter. Aduh letihnya. Makan di asrama lebih sedap. Jadinya saya lebih suka tinggal di asrama. Waktu malam di rumah malap aja pakai pelita. Di asrama waktu malam di terangi pelita yg malap. bermandikan
.....bermandikan cahaya. Semua yg disebut itu aku lalui. Aku lebih suka tinggal di asrama. Banyak kemewhannya.. walaupun aku nakal
Delete"sebelum aku boleh menapak sendiri.... banyak tangan yang memimpin ku."
Chegu Ngah..
DeleteSewaktu aku cuti sekolah sejak tingkatan satu ayah suruh toreh getah utk cari duit belanja sekolah.Sungguh menyiksakan. Terasa amat jemu.... lebih seronok pergi sekolah dari menoreh getah. Ya memang aku ada pilihan. Aku pilih pergi sekolah. Ayah selalu meluahksn kata2 motivasinya... "jangan jadi penoreh getah macam aku ini."
Sungguh berkesan kata2 itu.
Chegu Ngah.... pandangan anda ada benarnya. Bila ada kesesakan hidup seseoang itu akan cuba melepaskan diru. Mestu nampak jalan keluar dan ada pihak yang menunjuk jalan. Mereka ialah ibubapa dan guru.
ReplyDelete