Monday, September 1, 2014

Kebun Kampung Lompat - September 2014

Tingkatkan kawalan keselamatan.
Tingkatkan penyeliaan terhadap pokok.
Benteras serangan musuh pokok.
Benteras rumput dan pokok liar.
Siram pokok jika seminggu tidak hujan.
Bertindak pantas.
Buat pintu pagar yang lebih kemas.
Baja urea.

Buat rangka khemah guna buluh


 tepi tebing sungai.


Kerja mengisi anak pokok kelapa mataq ke dalam polybag. Marathon menyiapkan 500 pokok semuanya.


Buluh dijadikan rangka khemah.


Masih banyak yang belum masuk ke dalam polybag.

2 September 2014
Dapat tiga puntung tunggul buluh akar daripada Sani. Saya letak dallam polibag.


4 Septrmber 2014
Aduh... terkejut melihat anak pokok durian belanda layu. Daunnya kelihatan layu dan kering.... tak cukup air. Tidak disiram. 
Memerhati polibag kelapa mataq pula. Ada beberapa polibag tidak penuh. Maksudnya tanah dalam polibag tidak penuh. Ini boleh merencatkan pertumbuhan akar.
Tidak boleh dibiarkan. Pagi ini terus beritahu dua orang pekerja. Kecewaian dan kerja lebih asal siap perlu dielakkan.
Sudah lima hari kerja mengisi tanah dan anak kelapa ke dalam polibag.... baru 120 yang telah siap. Purata hanya 24 pokok. Ini kerja main-main. Tinggal dua hari lagi. Adakah boleh disiapkan 380 dalam masa dua hari. Tentu mustahil. Aduh..... kelewatan bermakna tidak efesion dan menambahkan kos.

Ada ruang kosong dalam polibag.

Layu tidak disiram. Malah ada daun yang dah kering. Dua gambar ini akan saya tunjuk kepada dua orang pembantu saya.

8 Sept. 2014
Masih banyak yang belum diisi dalam polibag.


17 Sept 2014
Tabur baja bantuan Kerajaan habis satu bag 50kg.



20 September 2014
Kini tidak boleh rehat..... menyelia.... menebas.... mencabut.... meracun dan membaja tidak boleh tidak. Pagar dan longkang mesti diperiksa sentiasa.

.

21 September 2014
Beli 40 pokok kelapa pandan dibeli dari Zali Pelangai untuk tambahan.

Pemandangan dari jalan raya

Pemandangan dari lereng bukit...


Dua hari tidak tengok kebun rasa tidak selesa. Hari ini 27/Sept 2014 aku hanya ada sedikit masa untuk melawat kebun. Saya pergi jam 5.15pagi. Sampai di kebun 6 pagi. Selat subuh di kebun. Selepas itu jenguk pokok secara randum.Kelihatan subur. Kebun kelihatan bersih dari anak pokok yang tumbuh liar. Pokok liar telah dicantas. 

 
Gambar awal pagi...masih belum dapat sinar mentari pagi.

3 comments:

  1. Apa jenis Mtaq ini? Hendak tanam 500 pokok? Saya iri hati melihat ketekunan tuan. Tanah saya 2 ekarpn terbiar 20 tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelapa Mataq adalah kacukan tempatan dan Filipina.
      Agi idup agi mengelaban.
      2 ekar boleh tanam 100 pokok kelapa.
      Terima kasih.

      Delete
  2. Mataq adalah veriti kacukan tempatan+filipina yg lebih banyak buah dan cepat berbuah. Pokoknya rendah.
    Agi idup agi mengelaban.
    Dua ekar boleh tanam 100 pokok kelapa.
    Terima kasih Al-Manar

    ReplyDelete