Setiap hari aku dijenguk. Kadang-kadang tuanku mengambil gambar aku.
Kini warna kulit aku berubah sedikit iaitu hijau kekuningan. Duri aku semakin tumpul. Itulah tanda usia aku telah matang.
Satu hari tuanku berjalan menghampiri aku. Tangannya memegang sebilah pisau. Tiba-tiba tangkai aku dipotongnya.
Kini aktu terpisah dengan pokok induk ini. Aduh sakitnya tangkai dipotong
Kini aku diletakkan di dalam pinggan bersama bunga kantan. Aduh wanginya bau bunga kantan ini.
Selepas beberapa hari berihat di sini, badanku jadi lembut. Bau harumku makin kuat. Ini bermakna telah sampai masa aku dikorbankan. Aku rela berkhidmat untuk tuanku. Belahlah aku dan makanlah aku.
Namun begitu aku berpesan... jangan dibuang biji aku ini. Simpan seketika dan kemudian semailah agar tuan dapat lebih banyak pokok dan dapat banyak hasil.
Saya menikmai buah durian belanda ini.... sungguh enak. Banyak khasiatnya. Disamping itu saya perolehi 38 ulas biji durian belanda ini. Saya letakkan beberapa hari di dalam peti sejuk. Selepad dua minggu... saya semai dalm polybag. Hampir tiaip-tiap hari saya siram dan jenguk. Saya rasa tidak sabar hendak melihat buji bercambah.
Selepas sebulan masih tiada apa perubahan.
Ah akhirnya saya giveup... "Memang tak mahu tumbuh. Sambang agaknya."
Hapir dua bulan polybag itu terlepek di situ. Dia hanya mendapat sir tepias sraman ke pokok durian belanda di sebelahnya. Ada ketikanya dapat air hujan.
Dua hari lalu tergerak hati mernung ke arah polybag terbiar itu.
Saya terkejut besar ternampak pucuk kurus melonjak ...ada sembilan semuanya.
Selepas membelek beberapa minit.... rupanya yang tumbuh itu ialah Durian Belanda.
Baru saya tahu percambahan biji durian belanda mengambil masa dua bulan. Berbanding seminggu bagi benih labu.
Oh saya dapat ilmu yang berfaedah.
Perlu ada kesabaran menunggu sesuatu proses itu. Biji durian belanda yang keras itu mengambil masa yang lama untuk membelah. Barangkali direndam dulu beberapa hari di dalam air?
Saya dapati anak pokok yang muncul ada 10 semuanya. Saya percaya ada lagi percambahan baru. Saya nampak ada tompok tanah yang halus di permukaan tanah dalam polybag. Tanah yang halus itu seolah-olah telah dikisar. Saya agak ada gas dibebaskan dari dalam tanah. Saya korek beberapa cm ke dalam tanah. Sah didapati biji durian belanda telahpun cambah. Saya terus menutup semula. Saya percaya beberapa hari lagi akan muncul percambahan yang kesebelas.
Dua ini ada potensi akan cambah. Sudah nampak batang cambah membengkok di permukaan tanah.
Dah muncul yang kesebelas.
3 September 2014
Sudah ada 13 yang sudah menyurung. Ada 5 yang telah cambah.
Ini pula polibag di kebun. Juga tidak disangka ada yang cambah. Setakat ini sudah ada 15 ysng telah menghijau daunnya.
Untuk memudahkan pengawasan... anak pokok ini sebanyak 42 polybag dihimpunkan bawah pokok mangga belakang rumah. Mudah menyiram dan membaja.
11 Oktober 2014
Bilangan polybag bertambah menjadi 47 semuanya.
Saya akan memilih empat pokok untuk ditanam di kebun minggu ini.
Sebenarnya kau masih kecil untuk dilepaskan hidup dikebun ini. Tidak mengapa.... aku letakkan pelindung agar kau tidak terasa panas.
7 November 2014.
Baru saya tahu lamanya masa untuk membesarkan anak pokok. Hingga kini umurnya telah lebih lima bulan sejak mula disemai.
Hari ini 3 Disember 2014... enam pokok telahku tanam di kebun. Semakin meluas sebaran keturunanmu.
Hingga kini lebih dari 20 pokok telah ditanam di kebun. Dari sebatang pokok yang ditanam setahun setengah yang lalu telah berbuah dan memberi generasi kedua. Sewaktu ditanam dulu pokok ini telah mencapai ketinggian tiga kaki lebih. Pada kiraan saya, umurnya ketika itu telah melewati dua tahun. Maknanya umur pokok durian belanda DB1 sudah berusia tiga tahun setengah.
5 April 2015
Usia lapan bulan
Ada yang telah melebihi satu kaki tinggi.
1 Mei 2015
Pokok durian belanda induk ini berbuah lagi. Usia buah ini lebih 10 minggu. Mengikut kebiasaan buah masak bila berusia 13 minggu. Kulitnya belum tegang betul dan warnanya madih hijau.
Wah, lepas ni boleh jual anak pokok durian belanda pula! Excited...
ReplyDeleteKak Teh..... kalau kita kaitkan dengan kehidupan manusia boleh juga kot? Orang boleh berubah juga tetapi ambul masa yg lama utk berubah.... ya kr gitu.
DeleteTentang anak pokok ni.... kena banyak belajar lagi.
Setuju dgn ayah. Yg penting sabar & jgn berputus asa... Insya Allah ada ganjaran di penghujungnya...
Delete