Friday, August 1, 2014

Kebun Kampung Lompat - Ogos 2014

Pemandangan mulai 1 hingga 31 Ogos
Pintu pagar masih belum sempurna. Bilalah akan dapat pintu yang lebih kukuh?

 
Aku suka mengapungkan badanku di permukaan air.
 
Berjuang untuk hidup di tengah panas terik dan kering kontang.
 
Kalau dapat air dan baja .... boleh hidup
 
Masih bolehkah aku bertahan tumbuh subur serta menghijau seperti sekarang walaupun cuaca panas dan kering melampau.
 
Aku perlukan air dan baja. Awas rumput di sekeliling mengancam ku.
 
Adakah aku boleh hidup.... bertunas?
 
Aku kurang yakin boleh hidup....

Kawasan tambahan ini akan dikelilingi longkang dan dihubungkan dengan satu batas merentas paya.

3 Ogos 2014
800 pokok anak getah telah dipindahkan. Tinggal baki 450 pokok sahaja.

Ulan sangat cepat merangkak dan membelit. Jika dibiarkan pokok durian belanda ini akan tewas.

 
Ada pokok condong. Pasang penyokong dan ikat.

 
Bila memerhati dari pokok ke pokok macam-macam perkara yang perlu dibetulkan. Misalnya yang ini.... pangkal pokok hilang separuh tanah kerana dibawa air yang mengalir waktu hujan lebat. Perlu pulihkan sertamerta. Punggahkan tanah ke tempat yang lompang itu. 

 
Didapati baris yang hampir dengan sawit tidak ditanam. Sepatutnya ada 9 batang tetapi ada enam sahaja. Adakah telah mati? Kalau mati tentu ada tunggulnya. Saya yakin memang tertinggal... tidak ditanam. Saya ambil tindakan menyulam tiga batang itu.


Beberapa batang pokok kelihatan kering.. nampak ranting yang tidak berdaun. Daunnya luruh. Saya agak dia tidak dapat air atau sewaktu menanam tanahnya dalam polibag tertanggal sebelum ditanam (kecuaian sewaktu menanam) atau akar diserang oleh anai-anai atau kulat.



4 Ogos 2014
Lewat petang sempat menanam tujuh anak pokok buluh madu di kawasan lembah hampir dengan kolam.

Nampaknya hasrat saya hendak membina ban merentas paya antara Tanjung Intan ke bucu hulu tanah saya tidak dapat dilaksanakan kerana selut terlalu tebal. Saya kena fikirkan altenatif lain. .... bina pagar merentas paya sepanjang kira-kira 50 meter. Ini adalah satu kerja yang rumit.


Ini adalah satu kerja yang tidak senonoh. Plastik polibag bekas benih durian belanda dan limau kasturi bertaburan di sana sini.


Syukur alhamdullilah..... dapat hujan dua petang. Pokok durian belanda nampak subur.


"Sepanjang bulan Julai daun aku luruh. Aku rasa riwayat aku telah tamat. Rupanya daun baru mulai tumbuh. Hah.... aku diberi peluang hidup lagi.


8 Ogos 2014
60 pokok kelapa mataq dan 10 kelapa pandan bersedia untuk ditanam. 150 pokok anak durian belanda juga sampai. Anak durian belanda ini diletak di tapak semaian dahulu beberapa minggu.
 
9 Ogos 2014
Terima 180 pokok anak buluh madu.


11 Ogos 2014
Pemandangan waktu senja dari kolam ke Bukit Mazlan. Lereng bukit yang baru siap dibuat teres.


13 Ogos 2014
Pokok kelapa 105 pokok telah ditanam dengan elok. Sedap mata memandang.


Kasihan...mengapa terjadi begini? Kasihan... mati kering. Boleh jadi panas tidak mendapat air? Atau kesilapan sewaktu menanam? Satu lagi kemungkinannya ialah baja dilonggokkan pangkal pokok. Wap panas naik. Daun dan dahan kepanasan.


Rumput ini sangat liat dan cepat merebak. Sebelum dia menawan permukaan ..... hapuskan dia.


Apa yang ada dalam semak ini?
Cuba perhatikan betul-betul.


Selepas dibersihkan baru ternampak ada sebatang pokok durian belanda. Begitu cepat pokok liar membesar.

Cedera kerana baja berlonggok tepi batang. Wap baja yang panas naik tempias kepada daun dan dahan.


15 Ogos 2014
Pokok kelapa beli semalam telah siap tanam.... 50 pokok semua. Jumlah pokok kelapa yang telah siap ditanam ialah 170 pokok. Masih ada ruang untuk 230 pokok. Pokok durian yang ditanam 450 dari 650 dan kelapa 170 dari 400. Jumlah yang ditanam 620 dari 1050. Bermakna 59% telah siap ditanam.

Nak buat pintu pagar baru.


Kasihannya... mengapa terjadi begini? Mesti ada sebab. Jama kata pokok ini pada mulanya ditanam di tapak tempat pembakaran. Beberapa hari selepas itu dipindahkan ke sini.


30 pokok kelapa mataq dan 70 pokok kelapa pandan bersedia untuk ditanam. Hingga kini 270 kelapa telah ditanam dari peruntukan 400 pokok. Dijumlahkan semua 720 pokok kelapa dan durian belanda telah ditanam. Ada baki 330 yang belum ditanam. Kadar yang telah ditanam ialah 68%


19 Ogos 2014
100 pokok (30 mataq dan 70 pandan) beli di Jerantut dan terus tanam menjadikan 820 yang telah ditanam... kira-kira 78%. Pokok kelapa pandan 150 pokok, kelapa mataq 220 pokok dan durian belanda 450 pokok. 
Masih ada ruang 230 untuk ditanam. Kelapa 100 pokok dan Durian Belanda 130 pokok. Yang perlu beli ialah kelapa. 

20 Ogos 3014
Saya melawat kebun waktu malam. Didapati ada sebatang pokok kelapa tumbang. Mungkin kessan hakisan tanah kerana hujan lebat. Perlu dibetulkan segera. Saya telah beritahu Jama. Saya mahu periksa esok.

21 Ogos 2014
Pokok kelapa yang ditanam sejak sebulan lalu perlu diberi baja. Saya telah beli baja 15-15-15.

23 Ogos 2014
Saya melawat kebun pagi ini. Terkejut lihat pokok ini.


Perlu dibetulkan


Hanya beberapa yang berjaya meneruskan hidup subur seperti ini.


Sekali pandang tidak nampak pokok durian belanda. Pokok liar tumbuh lebih cepat dari pokok db. Jangan biarkan.

 
1000 pokok telah ditanam. Ada baki 50 pokok lagi untuk ditanam durian belanda. 95.2% telah ditanam.

30 Ogos 2014
Terima 500 pokok anak kelapa mataq. Kali ini adalah benih keluaran LKPP. Anak pokok ini perlu diisi dalam polybag segera. Kalau tidak pertumbuhannya terbantut dan kena siram tiap-tiap hari. Inilah tugas utama awal bulan September.

 

2 comments:

  1. salam, mcm mana nak tahu yang mana satu pokok kelapa mataq dan pandan? tq

    ReplyDelete
  2. Daun pokok pandan berbau wangian pandan apabila dikoyak.

    ReplyDelete