Sunday, June 27, 2010

Kampung Pesagi, Chenor, Pahang



Saya menoleh ke belakang,
Saya terkenang kampung halaman yang telah saya tinggalkan,
Kampung yang banyak jasa kepada saya.

Bukit Gebuk gunung melintang,
Nampak dari Pulau Pesagi,
Adik duduk sanggul melintang,
Bagai bunga kembang pagi.

Seingat saya,
Sewaktu kecil saya tinggal bersama ayah, emak, abang Long dan adik Lan di Kampung Padang Kerbau. Saya ingat lagi, sebelum sekolah saya mengaji di rumah Tokki Yaakub. Waktu petang ikut emak belajar di kelas dewasa. Lepas itu saya ikut ayah berpindah ke Kampung Tanjung Berangan. Saya mula masuk sekolah di SK Pesagi tahun 1961. Cikgu Shamsiah ajar saya. Rakan sekelas ramai lebih 25 orang. Antara yang saya ingat ialah Abang Amin (abang sepupu), De Noriah (sepupu saya/ kakak Ipar), Makcu (emak saudara, dah arwah), Jamaludin (Sepupu saya), Budin, Tapar Tok Amah, Salmi, Umno ayah Karim, Rajak ( anak Pakteh Seleman), Zainal( kami panggil Siwang), Harmah (Tanung Palas), Halimah(anak mak Awa, tok guru mengaji saya), Toje Apak Musin, Toje Ayah Yusof(misai melentang), Mi Jamil (adik Rajmah, dua pupu saya), Ismail (Kg Sanding), Rohana (duduk di Cedung, anak Kasim Kampar), Mat Yee (Tanjung Palas), Ramlah bt Ramli (cucu Tokguru Tokki Hamid), Yang (waris saya tinggal di Pejing) Pea'ah ayah Aw. Pet dan Kak Ros (isteri abang Midin). SK Pesagi sangat meriah. Ramai murid dari SK Paya Pasir bersekolah di Pesagi untuk menyambung pelajaran darjaha enam. Mereka menyemberang sungai naik perahu dua kali sehari. Mengikut kata Etam Mamud, SK Pesagi mula beroperasi sebelum tahun 1931.

Suasana Kampung Pesagi sangat meriah. Musim menanam padi, semua penduduk turun ke paya. Buat tapak semaian, lepas itu baiki pagar. Tok Pengulu Engku Malik akan melawat paya. Ketika yang seronok ialah menolak tunda dalam paya. Bila pokok padi tinggi sejengkal, ramai kaum bapa mengenjut untuk mendapatkan ikan bapak haruan. Bila pokok padi bunting, kaum muda mulalah berlawan gasing. Kami kanak-kanak sibuk main gasing lonjong.



Sekitar tahun 1964 hingga 1966, inilah tempat kami bermain gasing selepas mengaji Quraan di rumah Mak Awa. Tapak main gasing ini di halaman hadapan rumah Etam Mamud. Saya bersama Abang Aziz, Limi, Ismail dan Amin selalu bertemu di laman ini. Kini semuanya telah berubah, dah jadi belukar.

Mail Sanding letih memusing,
Aya Bidin seronok memangkah,
Memang adat bermain gasing,
Banyak memusing maknanya kalah.
Memangkah debus menyepir ratak,
Letih memusing ketiak hangit,
Gasing tercampak dalam semak,
Bermain tak pandai kalah lengit.

Bila padi mula masak, lesung pun berbunyilah pada waktu malam, kami ikut emak mengemping.
Hari minggu kami main boyan tunggal dibuat dari akar yang bergayut pada dahan pokok besar tebing sungai depan rumah Tokki Abah (tokki Lihi/ Shekh Jabok/ Ani). Bila boyan dihayun ke tengah sungai, kami pun melayang ke permukaan air sungai. Ada kalanya jatuh macam batu, kalau menjadi terjun lembing. Ada kalanya jatuh tertiarap (wah bukan main sakitnya). Itulah keseronokan kami waktu itu.

Di tebing depan rumah Tokki Abah. Di sinilah saya bersama Lihi, Jabok, Mat Pilus, Kamar, Harun, Zamri dan Jama ayah Talib main boyan tunggal dan terjun tarzan. Cukup meriah ketika itu sekitar tahun 1966 hingga 1971. Kini tebing ini telah sunyi sepi dan semak. Kini orang kampung tidak ke sungai lagi, telah ada air paip, mandi di rumah aja. Inilah tanda kemajuan.

Di tebing sungai ada pokok,
Tergayut akar jadikan boyan,
Mandi terjun sangat seronok,
Itulah tandanya anak jantan.

Itulah sedikit cebisan kisah silam di Kampung Pesagi tahun 1959 hingga 1971.

Saya akan cerita lagi.

19 comments:

  1. Sedap betoi citer jaman dulu.....satu kenangan manis yg tak dapat dibayangkan kpd anak2 zaman siber ni....mereka tak berpeluang mendapat pengalaman yg kita harungi dulu.Tahnaiah kerana adinda Yahaya dapat mengimbau kembali zaman tersebut untuk dibaca oleh generasi sekarang.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Log, ruangan ini adalah tapak aktiviti saya bila pencen nanti. Bila pencen nanti saya akan aktifkan ruangan ini. TQ

    ReplyDelete
  3. Nama2 yg tersebut di atas memang pernah dengar tapi macamana rupanye sekarang emmmmm.Harap byk lagi gambor yg di masukkan disini.Bila tgok gambor kat kampung terkenang semasa dulu.Terima kasih YZA

    ReplyDelete
  4. Ada empat orang lagi kawan sekelas waktu darjah enam yang tidak disebut, saya sedang menyiasat namanya. Kalau sesiapa yang baca dan perasan ada nama yang tiada sila bantu saya.

    Atan..... awak lebih muda dari saya kan? Atan yang mana satu ini? Atan anak ayah Man ke? Kalau Atan itu, awak dua pupu saya.

    ReplyDelete
  5. Ini kali pertama saya melawat. Tertarik dan tertanya siapa penulis.
    Saya cari pengenalan diri Cikgu tetapi tak nampak. email saya: almanar@pd.jaring.my

    Sebagai warga tua, jauh lebih masak dari Cikgu, saya menghargai yang lama , tempat atau kawan. Kebretulan baru sehari saya menulis tentang kawan sahabat pena 57 tahun dahulu.
    Salam Hormat cikgu Yahya.

    Salam hormat dari
    Pakcik Almanar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum
      Apa khabar pakcik Almanar.
      Saya baru tahu ada petak reply.
      Saya rakamkan hobi saya. Manalah tahu berguna kemudian hari. Kita manfaatkan alam siber ini.
      Dah tua baru pandai guna.
      Terima kasib PA

      Delete
    2. Tempat lahirku.. Walaupun jauh tapi tetap dihati.

      Delete
  6. Terima kasih Al-Manar. Saya menulis dan merakam gambar untuk bacaan waris kampung Pesagi yang ramai merantau. Mungkin mampu mencuit perasaan. Boleh jadi bahan sejarah kampung.

    ReplyDelete
  7. Baru terjumpa blog nih......cerita yang Dato' paparkan memang sama je dengan tempat2 lain....bukan Pesagi je.....saya amat terharu membaca nya kerana menyegrakan ingatan ke masa kanak-kanak saya di Kg Sungai Buloh,Jelebu N9....ketnya tempat kome tak ada sungai coma lubuk2 dalam paya je...namun keseronokan nya sama je....terima kasih banyak-banyak.

    ReplyDelete
  8. Saya menjangkakan Kg Pesagi akan kembali meriah. Jom kita meriahkan. .... bawa modal .....ilmu .....kemahiran .....prngalaman.... pilihlah aktiviti yg sesuai.... berbaik2lah dgn penduduk kampung. InsyAllah.

    ReplyDelete
  9. Pembangunan dah nampak membangun. Jalan raya udah ada. Jembatan Chenor merubah semua. Usaha Dato' Yahya Zainal Abidin membela bangsa. Kemahiran Metamati Tambahan tidak dilupa. Terima kasih Cikgu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Johan.... saya masih ingat nama itu tetapi kurang pasti di sekolah mana.... SMJ? SHAH PEKAN? SMK MARAN? SMK S JENGKA?

      Delete
  10. Assalamualaikum..Ayah saya pernah menceritakan kisah beliau..beliau dilahirkan pada tahun 1966 dalam ic...membesar dan bersekolah di kg.pesagi...mempunyai 3 beradik..mungkin anggaran tahun 1970 pada wktu tu ....bapa 3beradik ini meninggal tetapi penduduk kampung menyembunyikan tanah perkuburan bapa diorang...sehingga hari ini ayah saya masih belum menjumpai kubur tersebut..ada sesiapa tahu tak berkenaan cerita tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum.
      Terima kasih sudi singgah di sini.
      Ayah saudara apa namanya serta bin sekali. Ayah lahir tahun 1966, maknanya umut 4 tahun ayah dia meninggal dunia.
      Kalau tahun 1970, saya umbur 16 tahun. Hujung tahun 1970 ada banjir besar. Semua penduduk pindah ke bukit termasuklah keluarga kami. Ada beberapa bukit menjadi tempat perlindungan hampir satu bulan.
      Kalau arwah tokki awak duduk di Pesagi mungkin saya kenal arwah tokki awak. Atau saya boleh tanya orang kampung.
      Terima kasih.

      Delete
    2. Rasa arwah toki org pesagi nama ali bin mat yasin dan arwah tok bibah binti keteh

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. dikhabarkan keluarga arwah datuk berasal dari sini..

    ReplyDelete
  13. as salam,sspe yg berminat utk join grp wssp borok2 santai loghat pahang yg berada dimana2 sje,bole la wssp ke sy...019-535 7500 tk

    ReplyDelete