Monday, November 28, 2022

RIMA WARISAN PESAGI

Seorang pembantu saya bernama RIMA dari Lombok. 
Tanggal 24/4/21, RIMA berlepas pulang ke Lombok. Pada waktu itu gelombang wabak Covid19 sedang memuncak. RIMA merlnta-ronta mahu pulang mahu berada di samping ibunya yang sedang sakit kuat. Saya tidak sampai hati menghalang rasa rindu anak terhadap bonda. Saya uruskan keperluan untuk pulang iaitu tiket dan pemeriksaan PCR. Harga tiket waktu itu melambung lebih tiga kali ganda, rm12++. Semua sekali kos kepulangan Rima keombok rm1500. Dia sanggup kehabisan upah sebulan. 
Saya tidak bertanya bila Rima akan pulang semula ke Malaysia untuk membantu saya mengurus kebun. Waktu berjalan pantas, wabak Covid semakin ganas. Semua perkhidmatan penerbangan dihentikan. Saya fikir Rima tidak boleh pulang ke sini beberapa bulan akan datang ini.
Masuk bulan ketiga kebun saya mula nampak semak. Akar sudah mula menewaskan pucuk pokok durian. 
Masuk bulan kelima, saya bertanya khabar kepada Rima, bagaimana situasi kesihatan emaknya. Rima kata ibunya semakin sihat. Syukur alhamdullilah. Selang beberapa minggu saya dikhabarkan bahawa Rima sudah berkahwin dengan gadis pilihannya. Rima beritahu dia sudah jadi bapa.
Banyak kawasan dalam kebun saya semakin semak, tidak termampu oleh Nawar mengerjakan sendirian kawasan seluas 21ekar. 
Rima mula mengadu sukar mendapatkan pekerjaan. Beliau kata kalau adapun tetapi upahnya sangat rendah, tidak setimpal dengan tenaga. Ada juga kontrektor yang tidak jujur, lengah membayar upah dan bayar separuh sahaja. Rima sudah mula rasa terhimpit. Rima mahu pulang bekerja di kebun tetapi suasana Covid ini tidak membenarkan sama sekali. Kebun saya pula semakin semak. Saya hanya tebas rumput keliling pangkal pokok.Itupun tidak terkejar. Kini pertumbuhan rumput semakin galak. Anak pokok liar makin meninggi. Pokok kabung mula mencacak. Sebetulnya saya memang suka jika Rima kembali  bekerja membantu saya. Melalui pengalaman empat tahun, Rima seorang yang jujur dan ringan tulang. Kami saling memerlukan. 
Pada bulan Oktober 2022, kedaan wabak Covid makin reda. Kerajan Malaysia dan Indonesia membenarkan warga masing2 melawat sebagai pelancung. Ini adalah satu peluang keemasan. Amir boleh kembali sebagai pelancung. Selepas itu boleh mohon hidupkan semula permit kerja. Urusan passport dan tiket telah dibereskan. Wang tiket penerbangan dan wang saku berjumlah sekitar rm3500 telah saya sediakan. Tarikh penerbangan Lombok - KLIA pada 28.11.2022, jam 9pagi. Saya bersedia untuk menunggu Amir yang dijadual berlepas 9.30pagi dari Lombok dan akan mendarat jam 3 petang di KLIA2. Tiba-tiba ada panggilan dari Amir. Dia kata ada masalah di pemeriksaan imigresion di sana. Amir tidak diberi kebenaran atas alasan bukan untuk melancung tetapi untuk bekerja. Amir buntu mendengar kata-kata yang berbentuk provokasi itu. Saya suruh Amir bincang elok dan buat pakat sebaiknya. Akhirnya Amir dibenarkan masuk pesawat selepas dia bertindak "bijak" kepada pegawai di pintu keluar itu. 
Beberapa hari sebelum berlepas, saya telah menulis surat kepada pegawai imigresion yang menjaga pintu masuk di KLIA2. Saya huraikan langkah2 permohonan sambungan permit kerja di kebun saya dalam surat itu. Saya hantar surat itu kepada Amir melalui e-mail. Sewaktu melalui pemeriksaan imigresion di KLIA2, Amir tunjukkan surat itu kepada pegawai di pintu masuk. Pegawai bertugas mengambil dan membaca surat itu. Sejurus krmudian Passport Amir dicop dan tanpa bersoal jawab terus  membenarkan Amir melintas garian masuk ke Malaysia. Amir merasakan satu kelegaan pula. Sungguh mendebarkan perjalanan Amir dari Lombok ke Kuala Lumpur. Syukur alhamdulillah
Tanggal 29.11.2022 Amir telah berada di rumah dalam kebun Kampung Lompat, Pesagi. Hari ini saya suruh Amir bersihkan bilik tidur, dapur dan seris motosikal yang tidak pernah ditunggang sepanjang setahun tujuh bulan.
Saya beri tugas urus kebun di belakang seluas 12 ekar kepada Amir . Yang di hadapan 10 ekar kepada Nawar. Kebun saya seluas 22 ekar itu ketika ini boleh dikatakan seperti terbiar. Tidak terkejar seorang pekerja untuk lakukan kerja memotong rumpat, meracun, membaja, memetik buah kelapa dan memetik buah nanas. 
Amir kepingin sungguh untuk pulang bekerja di  di sini. Amir kata mahu kerja pagi petang untuk dapat wang untuk tanggungan isteri, anak dan emak. Juga perlu wang untuk bayar hutang. 
Kami ada kehendak masing2.  Saya mahu kebun yang terurus, mengeluarkan hasil. Amir pula mahu bekerja untuk dapat wang bertujuan menyara keluarga serta dapat melunas hutang. Persoalannya, adakah wang dari jualan hasil mencukupi untuk membayar upah kepada dua orang pekerja?
Tugas pertama Amir adalah membaik pulih pagar kebun belakang. Sebelum ini kerap kali kumpulan kerbau menceroboh masuk. Banyak kerosakan berlaku. Antaranya tanaman rumput napear gondol diragutnya. Pokok pisang banyak yang tumbang. Amir ambil masa dua minggu menegak semula turus pagar. Membersihkan rumput yang memanjat pagar dengan cara menebas dan meracun. Akhir sekali memasang semula tiga lapis dawai yang rendap. Apabila disambung semula kepada Enegizer dan bateri, denyutan elektrik mengalir ke srluruh pagar. Apabila badan binatang menyentuh dawai, akan berlaku renjatan elektrik. Inilah amat ditakuti oleh kerbau, lembu atau babi. Binatanag yang tersentuh dawai, akan tersentak oleh renjatan elektrik. Inilah yang amat ditakuti oleh kerbau. Jika seeker terkena renjatan, ia akan bertempik berkali-kali sambil itu lari menjauhi pagar. Ini menyebabkan kawan-kawannya ikut cabut lari. Satu hari saya buat pemeriksaan, berjalan kaki menyusur tepi pagar sepanjang anggaran 60 rantai bersamaan 1.32 kilometer. Saya dapati turus pagar kayu merbau itu terpacak tegak. Saya cuba ogah-ogah, tidak bergoyang. Dawai tiga urat beralas kelonsong plastik sebagai penebat dipaku kemas pada turus pagar. Kawasan tanah di bawah pagar perlu diracun rumputnya dua bulan sekali agar tiada rumput yang memanjat. Saya sangat berpuas hati kondisi pagar yang dibaik pulih dengan sempurna.
Kini saya suruh Amir bersihkan kebun kelapa seluas 5.5ekar. Pelepah dan tandan tua longgak setempat. Rumput yang menutup seluruh permukaan dihapuskan dengsn cara memotong menggunakan mesin rumput atau sembur racun rumput. Sambil itu saya suruh kutip kelapa dan membaja. Tiga bulan kemudian baru nampak kemas macam kepala yang baru dipotong rambut. Tiba-tiba Amir mencadangkan tengah baris kelapa elok tanam pisang. Saya setuju aja dengan cadangan itu. Empat bulan kemudian 400 pokok pisang Berangan, pisang Nangka dan Lemak Manis siap ditanam. Kini daunnya kelihatan hijau, lebar meliut-liut bila ditiup angin. Sedap mata memandang pokok pisang seolah-olah berlumba melonjak ke atas dan pangkalnya bersih tiada rumput kerana selalu dipotong dengan mesin rumput. Jika terusan begini, bulan Feburari 2024 boleh memetik hasil. Saya optimis pokok pisang ini boleh memberi pulangan yang baik.  Memang nampak hasil kerja gigih Amir.
Dalam pada itu, saya terus melaksanakan proses pendaftaran permit kerja sementara bagi pekerja asing. Kini pendaftaran boleh dilaksanakan sendiri oleh majikan. Cara ini lebih bagus, terelak dari orang tengah. Satu langkah bijak kerajaan mengurangkan belanja mendaftar yang ditanggung majikan, tetapi prosesnya mengambil masa yang panjang. Ini menyebabkan Amir berasa bimbang tidak diluluskan permit itu. Dia cukup takut akan taraf PATI ini. Dia takut ditangkap oleh pihak berkuasa dan diusir keluar. Saya juga takut menggaji pekerja yang tiada permit. Jika pekerja ditangkap, majikan akan didenda rm10,000 dan dipenjara. Sangat menakutkan. 
Proses pendaftaran permit sudah melepasi urusan cap jari di Pejabat Imigresen Negeri di Kuantan. Kini menunggu arahan pemeriksaan Fomema. 
Dalam masa menunggu tidak disangka Amir diserang demam, badan menggigil, cirit beret, sakit sendi dan sukar tidur. Biasanya selepas  dua hari, makan panadol demam boleh sembuh. Kali ini demam yang menyerang lebih dari lima hari masih belum sembuh walaupun telah telan panadol. Banyak komplikasi lain seperti bisa-bisa badan, sukar berjalan, cirit beret dan otot menyentak.

Saya bawa Amir ke klinik Kesihatan Chenor. Doktor membuat pemeriksaan yang teliti. Buat analisa darah dan air kencing. Saya terkejut besar bila diberitahu analisa darah, Amir didapati negative dengi tetapi perlukan analisa lanjut kemungkinan gejala kencing tikus atau gejala kuman tanah.

3/10/23, Amir dimasukkan ke jabatan kecemasan, Hospital Ahmad Shah Temerloh. Malam itu Amir terus dimasukkan ke Wad Kenanga 12, katil 11. Doktor mengatakan badan Amir sangat kurang air, tekanan darah rendah atas 84 - bawah 58. Air terus disalur ke dalam badan. Dalam air itu ada ubat anti biotik.
Pada 6/10/23, demam sudah pulih tetapi Amir masih lemah kerana tekznan darah masih lemah. Doktor memasang satu saluran untuk memasukkan Air bercampur ubat. Kini ada dua saluran memasukkan Air berubat ke dalam badan Amir. Satu stam dipasang pada pangkal lengan kanan dan satu lagi pada perut sebelah kiri. Sungguh tidak disangka begini jadinya. Saya menasihatkan kepada Amir agar bersabar. Proses pemulihan mengambil sedikit masa. .Muka Amir kelihatan sugul. Dia kata sangat sedih kerana tidak dapat kerja. Saya turut sedih tetapi tetap beri keyakinan bahawa sakitnya boleh pulih. Selepas itu baru boleh fikir fasal kerja. Saya doakan agar cepat sembuh.
8/10/23.. Amir menetima rawatan untuk meningkatkan tekanan darah. Ubat khas dilarutkan dalzm air. Air disalur melalui stam yang dipasang pada perut. Kini tekanan darah telah berubah kepada 114/72. Amir mengatakan sudah kurang rasa hoyong. Kini Amir talah boleh berbual seperti waktu sihat dulu. Tetapi Amir tidak selera makan nasi yang disediakan oleh hospital. Lalu saya tanya, mahu makan bubur? Dia kata mahu, lalu saya pergi beli di kantin hospital.
Ada terlintas kebimbangan dalam kepala saya. Berapakah bayaran bill hospital? Adakah Amir boleh bekerja seperti biasa bila keluar hospital nanti? Apakah jalan terbaik yang patut aku ambil? Satu lagi masalah kesihatan Amir yang menyebabkan dia masih ditshan di Wad. Platlatte dalam darah masih rendah iaitu 156. Sewaktu mula masuk ke Wad enam hari lalu 98 unit sahaja. Paras nor.al yang paling rendah ialah 160 unit. Kesimpulannya masalah kesihatan sudah hampr normal. Satu atau dua hari lagi saya berharap Amir boleh discharge. Amir sudah boleh berbual seperti biasa, ini menggambarkan dia sudah sihat. Dia kata sudah boleh berjalan tanpa goyang bila pergi ke tandas. 
11.10.23... Doktor kata Amir sudah boleh keluar hospital. Syukur alhamdullilah. 
Demam tiada.
Tekanan darah normal.
Ada selera makan.

Amir telah membersihkan biliknya. Saya pula menaburkan racun tikus keliling pondok. Malam tadi Amir tidur nyaman sekali.
Pagi ini Amir mula bertugas semula. Saya pesan buat kerja ringan di tempst teduh sahaja. Kerja separuh hari sahaja. Jika terasa penat, berhenti. 
15.10.23... Amir muntah dan pening kepala sewaktu bekerja meracun. Walaupun tidak demam tetapi masih belum cergas.

Amir masih pening2 kerana tekanan darahnya masih rendah 90/55. Saya belikan supplements yang menggalakan pembentukan darah serta serbuk garam untuk menambah tenaga.
22/10/23... tekanan darah 100/58
23/10/23.... 97/57
24/10/23... 93/63







Friday, November 4, 2022

Pondok kebun kampung Lompat

03.11.2022
Mahu rakam setiap tiga bulan. Ambil gambar dari depan pintu pagar.
🌿cat semula atap
🌿plaster dinding luar
🌿cat dinding luar.

   

15.05.2023
Enam bulan kemudian.

31.5.23.
1..
2..
3..
4..
5. bina tembok longkang.
6.. 
7..
8..
9.. 
10..pasang paip air n tandas.
11..pasang rangka pintu tandas... siap. 
12..pasang wayer 2 mentol dan 2 plug
13..plaster dinding dalam.
14..pasang papan silin
15..bina table top mini.
16..cat dinding dalam.
17..plaster dinding luar...siap suku..teruskan. 
18..bina longkang dan kaki lima.
19..
20..

17/5/24
1.. beri penerangan kpd Amir tentang pembinaan longkang luar rumah.... siap
2.. beli pvc 4 inci..panjang 20kaki....siap
6.. bawa bata 20 biji.