nuff

Wednesday, September 21, 2022

Sebelas batang pokok MYD yang sengsara.

Tanam pada awal tahun 2021
Lama sungguh dikelilingi semak hingga tidak kelihatan. Nasib baik semua masih hidup. Namun begitu kelihatan bantut dan kurus. Kurang dapat baja serta terlindung dari cahaya.
Hari pembebasan.
19/9.... satu berjaya dibebaskan.
20/9.... dua berjaya dibebaskan.
21/9.... tiga berjaya dibebaskan.
23/9.... dua berjaya dibebaskan.
Satu daripadanya sedang tempat, sangat kerdil, hanya empat helai daun. Tingginya tidak sampai dua kaki. Bantut... kerana kurang nuterian, akar tidak boleh pergi jauh, terbantut.  Bersihkan keliling dan tebang pokok pisang yang berdekatan. Rasanya tempat ini tanahnya berbatu dan kurang baja. Rumput yang dipotong dilonggokkan di pangkal pokok dan siram dgn air baja NPK bercampur baja penggalak akar. 
24/9... bebaskan tiga pokok di belakang pondok atas bukit.✔Kelompok ini dulunya ada 8 pokok MYD ditanam di situ. Lima daripadanya telah mati. Mengapa sampai mati? Di tempat lain setakat bantut sahaja. Adakah di sini amat kering atau dimusnahkan oleh musuh?

ADA BANYAK LAGI POKOK MYD YANG SENGSARA. SELAMATKAN SEGERA.

Tugas seterusnya
1. beri baja NPK.✔
2. beri baja penggalak akar cair.✅✔
3. tutup pangkal dgn daun dan zink.✅✔
4. potong rumput satu teres.✔
5. longgok daun kering dan bakar.
6. racun rumput yg baru tumbuh.
7. tanam rumput Napier. 300 pokok.

No comments:

Post a Comment