Tuesday, May 26, 2020

Strategi menanam nanas MD2 kali ketiga.

M89iiio 
Kali pertama tanam nanas jenis N36 bantuan benih dan baja dari LNN. Tiada pengalaman, gangguan banjir dan kekurangan tenaga pekerja, akhirnya gagal. Rugi dianggar rm15,000.g[
Kali kedua tanam nanas jenis MD2 kelur wang poket sendiri untuk beli benih, kos baja dan lain2 dianggar rm25,000. Pendapatan hingga kini baru rm5000. Dianggar pulangan hanya rm10,000. Kekurangan rm15,000. Namun kekurangan itu boleh ditampung dari penghasilan sulor. Sulor boleh dipasarkan.
Mahu tanam nanas buat kali ketiga. Benih tidak perlu beli. Perbelanjaan hanya beli baja  plastik dan kos kerja tanah dianggar rm10,000. Mahu tanam 20,000 sulor. Tanam berperingkat 2000 sulor setiap bulan. 
Tunggul nanas dianggar 12000 perlu diuruskan dengan baik agar mengeluarkan sulor yang subur. Bilangan sulor yang dihasilkan boleh mencapai 50000 buah. Ini juga sumber wang.

Langkah
1. Trim pokok nanas yang telah dipetik buahnya. Seterusnya beri baja.
2. Sediakan tapak. Pelau, tabur baja, roto dan pasang kepingan plastik.
3. Petik sulor yang subur, rendam dalam cecair racun kulat dan penggalak akar.
4. Tebuk lubang pada jarak 1.5'x2.0'. 
5. Jirus air baja ke dalam lubang dan cucuk sulor.
6. Sembur baja cecair setiap bulan.
7. Siram jika tiada hujan selama 3 minggu.
8. Buat persediaan simpanan air untuk menyiram pada musim panas. Sediakan 3 tangki hitam. Isikan air hujan hingga penuh.

9/6/20... telah tanam 430 sulor nanas.
Gambar pada 25/12/20

10/6/20... telah tanam 650 sulor.✔
14/6/20... telah tanam 850 sulor.✔
Julai 2020 ....  1000 pokok✔
Ogos 2020 .... 1000 pokok✔
Sept 2020 ..... 1000 pokok✔
Oktb 2020 ..... 1000 pokok.✔
Nov 2020 ...... 1000 pokok ✔
Dis 2020 ....1000 pokok... dpn & bkg ulu.✔

Guna tanah tanjung Tijah xxx.       Xxxq.n
Guna lorong kelapa.
Guna tanah sebelah hilir.

4/4/22... telah mula kutip hasil.
27/4/22
nanas masak mula memasuki pasaran.
Mahu tanam kali keempat di Tanjung Tijah.

Sangat laris, mereka kata manis macam gula. Pelanggan utama ialah Tuan Ubsn, Mislijah, Petronas JP  dan Rahim Gurney.

Kutipan pada 3/5/22. Dapat 65 biji, dianggar 150kg. Nilai wangnya tidak kurang tm450 tetapi saya agih2kan kpd anak dan saudara mara sahaja. Tiada jual beli pada hari raya.

PROJEK 
Julai 22 ...600....×
Ogos 22... 600....×
Sept 22.. 600....×
Oktb 22.. 600...×

Nov 22.. 600...x
Dis 22. ..200
Jan. 23..300
Feb.23...400
Mac.23..500
April.23.600
Mei.23..600
Jun..23..600
Julai..23..600
Ogos 23..600

Sunday, May 10, 2020

MOTIVASI DIRIKU & LONJAKAN HASIL

Hey Yahya..... cuba kau ingati kembali apakah kejayaan yang paling bermakna yang kau usahakan hingga mendapat 
faedah dalam hidup kau?
Ya.... memang ada. Sewaktu aku umur 17+, baru dapat result SPM1971 aku terus belajar sendiri subjek Matematik sebelum melangkah masuk tingkatsn enam rendah. Aku buat pre learning selama dua bulan. Sewaktu mengikuti pengajaran guru  aku boleh faham semuanya. Aku beri tumpuan terhadap pengajaran guru di dalam kelas. Seterusnya aku buat ulangkaji dan meneroka bab yang di hadapan sendirian tanpa disuruh sesiapa sekurang-kurangnya tiga jam sehari. Pencapaian setiap ujian sangat memberansangkan. Kemuncaknya aku berjaya memperolehi prinsipal A bagi subjek Matematik STP 1973. Aku diterima belajar di universiti dalam fakulti sains.

Daripada imbasan di atas itu  kau tidak harus dibuai cerita indah masa lalu, sebaliknya gunakan pengalaman itu diusia senja ini. Hasilnya bukan untuk kau tetapi anak cucu, saudara mara serta masyarakat.

Tindakan bermotivasi.
1. Tuliskan apa yang dimahukan 5 tahun lagi. Mahu sebuah kebun ada pokok durian yang mula berbuah. Ada pokok kelapa yang mengeluarkan hasil yang stabil. Ada pokok kelapa yang menghasilkan benih kelapa Mataq F1. Ada pokok Master yang mula berbuah. Ada kolam ikan yang mengeluarkan hasil lagi menarik pemandangan. Sebuah kebun yang menarik menjadi tempat Agrotuarisom yang diminati. Ada beberapa buah shale. Jadi pusat motivasi dan kursus keusahawan serta kepimpinan. Tempat kesukaan anak serta cucuku. Sebahagian dari keuntungan akan disumbangkan kepada masyarakat tempatan untuk memajukan pendidikan anak-anak mereka. Ya Allah Tuhanku yang maha berkuasa lagi penyayang, tunjukkanlah jalan kejayan stas usaha hambaMu ini...aminn.
2. Tuliskan secara teperinci apa yang mahu dilakukan hari esok.
3.akukan kerja buat sekurang-kurangnya 4 jam sehari.
4. Buat pemantauan... MBWA.
5. Beri arahan kerja yang jelas kepada pekerja.
6. Tekun, istikomah dan mengulangi jika gagal. Cari sebab kerosakan/kegagalan dengan merujuk kepada buku/pakar.
7. Yakin boleh lakukan. Boleh berjaya.
8. Elakkan risiko... lakukan perkara yakin boleh.

Sempena Aidilfitri 2020, aku ambil ketetapan baik pulih pokok durian yang ditanam. Pokok yang msti mesti ganti.
Beri baja organik sebulan sekali.
Sembur racun kulat 2 minggu sekali.
Bersihkan bawah dan keliling pokok.
Siram tiap2 hari jika tiada hujan.
Pertumbuhan pokok durian adalah melambangkan tahap kejayaan aku. Tanam pokok durian hutan. Sudah tanam 75 pokok. Bila pokok bersaiz lengan baru lakukan cantuman.
Pokok kelapa sudah mula berbuah. Pokok perlu diselenggara dengan baik agar dapat menjual buah kelapa mulai bulan November 2020. 

Jangka pendek
1. Tingkatkan mutu buah pisang dengan memberi baja , benteras rumput dan bekalan air. Boleh dapat hasil dari buah dan juga benih.
2.  Pokok nanas yang telah berbuah menghasilkan sulor yang boleh dijual. Pelepah nanas perlu dicantas dan diberi baja. Setiap tunggul boleh menghasilkan empat sulor. Target 10,000 tunggul yang boleh menghasilkan 40,000 sulor.
3. Terdapat peluang untuk menanam labu sewaktu musim lembab kerap hujan. Akan tanam 200 benih labu. Boleh menjana hasil tambahan rm2000 mulai bulan Ogos.

Didapati pelanggsn suka membeli buah nanas yang lebih dari 2 kg berat. Oleh itu kena sediakan tapak yang sempurna serta baja dan air yang cukup. Bekerja untuk hasil yang berkualiti boleh menambahksn hasil.
Pelanggan juga suka kepsda buah pisang yang besar lagi berat. Mereka suka kepada gred A. Untuk menghasilkan pisang gred A perlu beri baja tambahan 9-18-36 sewaktu pokok mencapai ketknggian 5 kaki. Baja ini untuk menghasilkan buah yang berkualiti. 

Walaupun aku telah baca buku CYOF sampai tamat tetapi kini aku buat ulangkaji untuk menajamkan dan fokus kepada usaha waktu senja ini.
petikan daripada m/s 11.
" Sekiranya kita membaca banyak buku, kemungkinan besar kita akan temui perkara yang dapat..... "

M/S 268
Jika mahu hasil yang cemerlang perlu penuhi 3 perkara berikut;
1. Bergerak pantas
2. Bekerja lebih Lama.
3. Badan yang sihat.

M/S 271
"kita bekerja lebih pantas, lebih rajin Dan memusatkan tumpuan pada tugasan yang bernilai tinggi." 

Orang cemerlang dlm kerjaya di USA secara purata bekerja 59 jam seminggu.

Tulis kerja yg mahu dilalukan esok pada malam ini atau sehari sebelum.
  

Thursday, May 7, 2020

kolam Ikan

Lebih 5 tahun kolam ini dibiarkan tiada isi. Kini aku memulakan langkah baru. Aku dapatkan ilmu daripada mereka yang berpengalaman iaitu Khirul di Pesagi dan Satar di kg Sanding. Saya juga dapat nasihat dari kawan karib iaitu Che Lah.
✔ Ikan talapia suka juga makan daun kangkung dan daun ubi kayu.
✔Ikan yang dapat makan yang mencukupi akan besar cepat, enam bulan boleh tangkap.
6/5/20... isi 50 ekor anak ikan talapia merah besar ibu jari.✔rm20
7/5/20... isi 6 ekor anak ikan talapia merah besar ibu jari.✔
7/5/20... isi 5 ekor ikan besar melebihi setengah kilo untuk penghasilan benih yang baru melalui penetasan telur.✔rm48.
8/5/20...isi 6 ekor ikan talapia besar melebihi setengah kilo untuk penghasilan benih yang baru melalui penetasan telur. Beli dari sangkar Satar, kg Sanding, ✔ rm60.00

Sewaktu menabur pallete ke permukaan air, kelihatan banyak cakupan. Ada ikan bentuk panjang dan belakangnya kehitaman seperti anak patin. Beberapa ketika kemudian kelihatan anak talapia kemerahan berenang berbimbar berdua atau bertiga. Kelihatan mereka mencakup palete. Menghairankan, tidak kelihatan ikan lain yang berenag hampir dengan permukaan. Takut agaknya atau anak talapia tidak tahu takut.
Sudah ada 11 ekor ikan talapia besar di dalam kolam ini. Kehadirannya diharap segera bertelur sebagai agen pembiakan anak ikan yang baru.
Perlu buat tangga dan pelantar untuk turun ke permukaan air untuk melakukan kerja selenggara.
14/5/20.... masukkan 2000 anak ikan talipia merah, harga rm500. Setakat ini telah belanja rm628 membeli benih ikan tilapia.✔
Terhibur memerhati anak ikan. Kelihatan dua ekor berenang berkawan. Ada juga dalam kumpulan ramai hingga 30 ekor. Elok susunannya.
Kelihatan beberapa puak anak ikan berenang dalam kumpulan yang besar di teluk. Mungkin kawasan itu sejuk sedikit. 

18/5/20.... Aku lempar beberapa cebiran biskut ke permukaan air. Beberapa minit kemudian beberapa anak ikan tilapia mendekati dan ada yang menyentuhnya. Lama kelamaan cebiran itu tengelam kerana direbut ramai anak kecil itu. 

Bahan untuk buat sangkar.
1. Tong drum... 9 biji .................rm360
2. Batang besi L ... 24 batang....rm840
3. Anak ikan 2000 ekor .............rm520
4. Jaring .......................           .rm1200
5. Skrew, tali & lain2...................rm300
Jumlah................. rm3220

Ikan yang ada dalam kolam perlu ditangkap untuk jualan pada bulan November dan Disember. Ini adalah tindakan untuk mengelakkan banjir. Jika ada anak ikan yang baru menetas dalam bulan Ogos hingga Disember, ia perlu disauk dan dimasukkan ke dalam tangki khas untuk dibesarkan.

Ikan asal yang ada dalam kolam ini ada berbahai jenis seperti puyu, keli, potak, kepar, sepat dan haruan. Dikatakan ikan haruan suka membaham anak ikan yang lain. Anak okan tilapia adalah mangsanya.

Jangkaan ikan yang 11 ekor itu akan bertelur ialah pada bulan Jun, Julai, Ogos

Buat sangkar
Masuk 2000

Idea baru...
Buat