Saturday, December 21, 2019

RENUNGAN ENAM BULAN PERTAMA 02

19/6/19 adalah hari kedua aku bebas dari tugas sebagai Rektor. Aku berasa lega dilabel sebagai YB, iaitu Yang Bersara. Ini kali kedua aku merasai alam persaraan. Kali pertama pada hujung tahun 2012. Aku qp bersara pada umur 58. Aku bukan main seronok dapat membersihkan belukar di belakang rumah seluas suku ekar itu. Dua minggu sahaja belukar bertukar wajah menjadi sebuah taman. Ada berbagai pokok. Aku namakan Loving Garden. Aku meneruskan penerokaan ke sebidang tanah tiga ekar di Padang Kerbau peninggalan bondaku Zainab. Tanah seluas tiga ekar itu aku bersihkan dan tanam pokok getah, 600 pokok semuanya. Aku ambil masa dua bulan setengah menyiapkannya. Anakku Syafik dan Shahmi turut membantu. Kini kebun getah yang berusia enam tahun itu telah mula ditoreh. Aku telah merasai hasilnya, syukur alhamdulillah. Aku percaya, jika kita berusaha bercucuk tanam memang ada balasannya. Berbudi kepada tanah memang berbaloi. 
Sebaik siap menanam pokok getah atas tanah tiga ekar itu, saya ditawarkan mengetuai Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, ringkasnya KIPSAS. Kebun getah aku tinjau dua minggu sekali untuk awasi pagar, baja dan meracun. Pokok hidup subur. Ada yang mati aku bubun. Pertumbuhan hingga kini ada 99%.
Awal tahun 2014, sepupu saya, abang Mizi mahu menjual tanah arwah ayah dan emak dia. Keluasan keseluruhan 7 ekar. Saya ada nostalgia dengan tanah itu. Apa tidaknya, saya selalu menoreh getah di situ. Saya masih ingat, emak sentiasa menolong memesin getah di situ. 
Kami dapat kata sepakat tentang jual beli tanah itu atas dasar pertimbangan anak beranak. Walaupun harganya amat menusabah tetapi saya masih perlukan wang juga untuk menjayakannya. Saya ambil peluang mohon pinjaman bank. Umur waktu itu sudah hampir 60 tahun. Ikutkan umur memang tidak layak. Oleh kerana saya bekerja dengan sebuah institusi milik kerajaan negeri maka saya diluluskan pinjaman peribadi untuk beli dan menjaya tanah tersebut. Mulai Februari 2014 aku yang membayar pinjaman setiap bulan. Bayaran bulanan aku selesaikan dengan tanpa sebarang masalah maklumlah gaji dan pencen. Selama hampir enam tahun aku membayar pinjaman sewaktu bertugas di KUIPSAS. Memang tidak jadi masalah. Pinjaman telah bayar dengan jayanya selama hampir 6 tahun. Masih ada 4 tahun lagi berbaki.
Kini pendapatan bulanan hanya duit pencen. Duit pencen tidak boleh digunakan untuk projek. Wang pencen hanya untuk biaya kehidupan harian kami.  Kini terasa amat berat untuk membayar setiap bulan. Hasil dari kebun tidak cukup untuk bayar upah pekerja. Beli baja dan racun keluar dari poket sendiri, ini amat menyakitkan. Keluarkan wang simpanan ASB. Akhirnya simpanan ASB semakin nipis. 
Masuk bulan Disember 2019, kedudukan kewangan aku semakin kritikal. Aku tidak boleh berdiam diri. Timbul idea untuk mendapatkan hasil dalam tempoh dua bulan. Idea pertama menanam lada kecil dan idea kedua tut dahan pokok limau nipis dan limau kasturi.
Akhir bulan Disember berjaya tanam 30 pokok lada kecil. Pokok lada kelihatan subur. Telah nampat beberapa batang telah mula berbuah. Dahan limau yang ditut hampir semua keluar akar. Kini ada 60 dahan dahan yang telah dipindahkan ke polibag. Selepas 30 hari dalam polibag boleh jual untuk mendapatkan wang segera.
Aku berharap akan dapat wang dari lada kecil dan anak pokok limau nipis. 
"Ya Allah ya Tuhanku yang maha kuasa lagi penyayang, tunjukkanlah kepadaku jalan penyelamat."

Namun begitu, kejayaan nyata dalam tempoh enam bulan ini adalah pertahanan kebun semakin kuat. Pagar keliling telah dibaik pulih. Bilangan turus pagar ditambah dan setiap temba pagar dihentak lebih dalam, tidak bergolang. Tiga urat dawai ditegsng dan dialas dengan penebat getah dan dipaku ketat pada temba. Kawasan pagar diracun hingga tiada lagi rumput yang memanjat. Kekuatan pagar kebun belakang juga dibaik pulih seperti kebun hadapan. Kedua-duanya disambung dengan dawai yang boleh mengalirkan denyutan elektrik. Dawai itu melintas kebun getah dan paya. Sukar juga memasangnya. Ibu elektrik disambung kepada energizer 30 disangkut pada dinding pondok. Jika tersentuh terasa kuat juga denyutannya. Kerja ini perlu dilakukan oleh orang mahir. Tugas ini diserah kepada Nawaz. Pagar yang elektrik ini ssngat berkesan menghalang kerbau, lembu dan babi dari menceroboh masuk.
Kawalan kebun diperkuatkan lagi dengan adanya pengawal terdiri dari tujuh ekor anjing. Pengawal ini sangat berkesan menghalau monyet yang cuba masuk kebun. Pengawal ini sentiasa diberi makan palet makanan kucing. Belanja makanan pengawal ini kira-kira rm300 sebulan, tetapi badan mereka agak kurus. Macam tidak cukup makan. 
Satu hari anak bongsu saya Shahmi melawat kebun telah melihat pengawal itu. Dia terus beri komen, "Mengapa anjing itu kurus sangat?"
Saya dan Lihi terkedu mendengar komen sepontan itu. Lihi menimbangkan pandangan Ami itu secara halus, akhirnya mencadangkan perubahan menu makanan. Lihi mahu memberi makan nasi pula. Dia bersetuju untuk memasak nasi tiap-tiap hari. Lihi campurkan beras dengan beberapa ekor ikan bilis yang ada kepala. Terasa ada aroma tersendiri  bila nasi itu masak. Kini pengawal dapat makan nasi fresh yang beraroma ikan bilis. Kumpulan pengawal ini tidak dilatih meninjau kawasan, banyak lepak di tempat teduh sahaja. Sekali sekala sahaja terdengar suara salaknya. Mungkin juga pengawal ini kekurangan tenaga untuk menyalak.
Kekurangan yang nyata ialah pokok kelapa yang tidak sihat dan comot. Ada pelepah muda yang patah menandakan bahagian pangkalnya dikerit oleh serangga atau kumbang. Daunnya melidi kerana menjadi hidangan ulat. Pokok pula penuh dengan pelepah mati yang tidak dibuang. Ada juga pokok dipusu oleh rumput memanjat. Tidak kurang 50 pokok telah berbuah tetapi buahnya tidak melebihi lima biji setandan. Ada yang komen dan banyak yang bersaiz kecil. Sungguh hiba melihatnya. Dalam masa terdekat ini banyak lagi pokok yang akan keluar mayang. Nyata sekali pokok kelapa ini terbiar dan kekurangan baja. Setakat ini baru 70 pokok di kebun hadapan telah dibersihkan. Amir pula telah taruk furadan di celah pelepah untuk menghalau agen perosak pucuk dan pelepah. Racun serangga telah sembur kepada pelepah. Garam kasar telah ditabur di keliling pokok. Pokok yang telah berbuah diberi baja. Namun begitu pokok di kebun belakang masih belum terurus. 
Banyaknya kerja yang belum selesai.
Nanas MD2 masih banyak yang belum berbuah tidak kurang 5000 pokok. Banyak yang telah matang. Aku suruh Amir sembur hormon untuk menggalakkan keluar bunga serentak. Kelompok itu akan berbunga sebulan lagi. Bulan November lalu ada sekelompok telah masak. Memang menjadi minat ramai pelanggan. Semua mereka kata manis dan enak. Mereka ternanti-nanti untuk membeli lagi. Nanas memang ada pasaran yang baik kerana penghasilan nanas kawasan Maran ini tidak mencukupi. Ada bekalan dibawa dari Johor. Harganya tentu lebih mahal dan buahnya kurang manis kerana dipetik sebelum cukup tua. Tetapi aku tidak berhasrat untuk menanam semula nanas kerana kekurangan kawasan dan juga terpaksa tunggu lama iaitu sekitar 16 bulan untuk mendapatkan hasilnya. 
Ini satu lagi cabaran besar yang sangat membebankan iaitu pokok durian belanda. Dua tahun lepas waktu mula berbuah memang sangat cantik, isinya sedap dan ramai peminat. Lama kelamaan buah jadi buruk apabila masak. Sudah puas aku cuba bermacam racun serangga. Wang belanja maintamace lebih mahal dari hasil. Kala pada kulit kelihatan jalur atau tompok hitam itu menandakan buah telah rosak. Ikutkan hati yang kecewa mahu gergaji pokok itu semuanya. 
Allah yang maha kuasa menemukan aku dengan seorang kawan, namanya Saad. Saad menceritakan pokok limau menghasilkan buah yang cantik, tiada sedikitpun buruk. Saad kata dia gantung botol, di dalamnya ada air setinggi dua inci. Beberapa titis racun xxxxx dimasukkan ke dalam air itu. Dinding botol ditebuk dua atau tiga lubang. Seranga mendapat bau yang menarik. Serangga akan hinggap pada botol dan merayap mencari lubang untuk masuk ke dalam botol. Apabila masuk, serangga itu jadi pening. Beberapa ketika kemudian serangga itu jaruh dan tenggelam dalam air. Aku cuba buat seperti Saad cakap itu. Aku cuba gantung 50 botol. Satu pokok pasang satu botol. Beberapa hari kemudian banyak mangsa tenggelam dalam botol itu. Kebanyakan mangsa itu ialah lalat buah. Lalat buah selalu merosakkan buah yang telah matang.
Satu lagi usaha baru aku untuk mengurangkan gangguan serangga dengan menggantung kepingan Stiker Pad.
SP ini bewarna kuning cerah dan bergam. Serangga terbang sangat tertarik dengan warna kuning, terus terbang menyentuh SP itu. Terus sahaja ia melekat di permukaan SP itu. Dalam tempoh seminggu penuh dengan serangga berbagai jenis melekat di situ. Selepas seminggu perlu ganti dengan kepingan yang baru. Kepingan Stiker Pad ini elok juga digantung pada dahan pokok durian.

Satu suasa murang datang juga akhirnya. Upah untuk Amir tidak mampu dibayar penuh pada akhir bulan Disember ini. Pendapatan daripada jualan hasil kebun dan hasil dari torehan pokok getah tidak cukup rm313. Aku terpaksa menjual dahulu hasil jualan pisang dan getah skrap untuk membayar baki upah. 
Ini menandakan daya produktiviti kebun aku masih rendah. Aku tetap berusaha untuk meningkatkan hasil. Agi idup agi menglaban. Memetik kata-kata motivasi dari pejuang Iban.
Hingga kini semua unjuran pendapatan sentiasa tidak tercapai. Sejak enam bulan ini sentiasa lakukan suntikan dana. Akhirnya air perigi itu hampir kering. Aku terpaksa teruskan. Jika undur? aduh rugi modal sudah banyak keluar dan beban hutang tetap berjalan untuk tempoh empat tahun lagi. Untuk hapuskan hutang kena jual tanah. Jika itu pilihannya, aku akan dapat sedikit baki selepas tolak hutang. Tetapi ada ke orang yang mahu beli tanah di kampung? Aku tidak mahu pilihan itu. Aku mahu terus ke hadapan.
Aku percaya masih ada ruang untuk bergerak. 
 

Tuesday, December 17, 2019

RENUNGAN ENAM BULAN PERTAMA 01

19/6/19 adalah tarikh mula masuk kebun sepenuh masa. Hari ini 17/12/19, sudah enam bulan aku lalui kehidupan alam bersara. Bebas daripada tugas rasmi majikan. 
Hampir tiap-tiap hari aku pergi ke kebun. Sewaktu bekerja dahulu aku hanya jenguk pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Itupun sekejap, tengok dari jauh sahaja. Kini aku turut serta bekerja tetapi sumbangan tenaga sangat terhad, maklumlah sudah melewati garis 65 pada 7 November 2019 yang lalu. 
Ramai orang hairan mengapa aku memilih jalan menyusahkan diri, bekerja guna kudrat tulang empat kerat. Ah, jangan perdulikan mereka. Aku ada misi khas. Aku yakin dengan apa yang aku lakukan.
Dulu, waktu remaja aku melakukan tugas pelik iaitu belajar Matematik sendirian. Sewaktu menunggu keputusan SPM aku telah memulakan mentelaah buku Matematik tingkatan enam. Aku belajar tanpa disuruh oleh sesiapa. Tiap hari aku berjuang lima jam. Banyak kesukaran tetapi tetap aku hadapi. Tiga bulan pertama terasa amat perit tetapi selepas itu terasa seronok. Satu tahun sebelas bulan aku tempuh dengan tabah. Syukur alhamdulillah usahaku diberi ganjaran yang setimpal oleh Allah swt. Aku berjaya lulus STP tahun 1973. Subjek Matematik aku perolehi prinsipal A. Usaha terasa perit tetapi hasilnya manis bak madu. Nikmatnya aku kecap hingga kini dan mungkin sampai akhir hayat. Usaha gigih waktu itu adalah satu trsnsformasi diri dalam mengubah kebolehan dalam belajar. Selepas beberapa bulan berusaha saya mula meyakini diri untuk mencapai kejayaan. Memang Tuhan telah makbulkan usaha aku. Tuhan maha kaya, memenuhi setiap usahaku dengan kejayaan. Tuhan maha kaya, Tuhan maha adil. Mana mungkin kita mendapat faedah tanpa usaha.
Melalui pengalaman manis waktu remaja aku mahu ulangi sekali lagi. Dulu aku memulakan usaha transformasi selepas mendengar kisah benar bagaimana seorang pelajar cemerlang Matematik peringkat Sijil Tinggi Persekolahan memperolihi A dalam subjek Matematik ditemu ramah ke udara dalam siran radio RTM. Peristiwa yang menggegar semangat aku berlaku pada pertengahan bulan Mac 1972, waktu itu usiaku 17 tahun empat bulan. Motivasi bermula kerana ada contoh yang mahu diteladani. Lantaran itu aku membeli sebuah buku matemaik bertajuk Analisa Permulaan Lanjutan, harganya hanya belasan ringgit sahaja. Aku memulakan usaha di rumah kami di Paya Baruh, Tanjung Berangan. 
Kali ini aku meneruskan kerja bertani sepenuh masa di kampung Lompat. Sebelum bersara aku telah membeli tanah dua orang bapa saudaraku iaitu elong Soh dan engah Deris. Aku juga mengusahakan tanah arwah toki Tol dan tok Tijah. Luas keseluruhan tanah itu ialah 21.5 ekar. Inilah cabaranku untuk menukar permukaan tanah dipenuhi belukar kepada permukaan tanah yang dipenuhi pokok-pokok yang memberi faedah. Aku memulakan usaha menjayakan tanah ini sejak Jun 2014. Aku menyelia kerja pada hari cuti, Sabtu dan Ahad. Aku sediakan keperluan seperti anak benih kelapa, anak benih durian belanda. Baja, racun dan alat kerja juga aku sediakan. Namun begitu aku tidak dapat menyelia secara teliti. Empat tahun kemudian barulah aku dapat menggerakkan usaha secara sepenuh masa. Banyak wang telah dibelanjakan tetapi pulangan bulanan masih belum cukup untuk membayar upah dan kos operasi. Ini adalah satu bebanan besar. Wang dari poket sendiri masih diperlukan. 
Pokok durian belanda paling awal berbuah. Ada yang mula berbuah pada usia setahun setengah. Sangat menyeronokkan. Namun begitu lama kelamaan hampir keseluruhan menjadi buruk apabila masak. Ada yang berulat di dalam buah dan ada banyak tompok hitam dan lebih teruk buruk dan busuk. Macam-macam akhtiar dilakukan tetapi tidak berjaya. Kos racun sersngga serta kos kerja tidak berbaloi dengan pendapatan. Aku sudah jemu melihat ratusan pokok durian belanda ini. Banyak yang mati kering. Ada yang dipanjat ulan, nampak pucuk sahaja. Aku ada terfikir untuk gergaji sahaja, habislah riwayatnya. Tetapi aku masih bersabar. Sejak bulan Mac 2019 aku mula menanam semula tempat pokok durian belanda yang mati dengan pokok durian jenis Duri Hitam, Musang King, 101, Udang Merah dan Teka. Aku berikan jarak tanam setiap teres. Dua orang pekerja menjalankan tugas menanam dan menyiram. 
Pokok kelapa pula ada yang telah mula berbuah. Sewaktu membeli benih dahulu aku tidak tahu istilah F1 atau F2.  Apa ciri F1 dan F2 langsung tidak tahu. Aku terlalu gairah untuk membeli benih Mataq. Empat tahun kemudian baru tahu benih yang ditanam ada kembali jadi baka ibunya bewarna kuning atau merah. Buahnya kecil, tidsk seperti buah mataq yang lebat dan besar. Pokok kelapa merah adalah Malayan Red Duaft dan yang kuning sdalah Malayan Yellow Duaft. Sehingga kini buah kelapa bersaiz kecil dan banyak yang cedera. Daun kelapa kering dan melidi. Pucuk pula banyak yang patah. Pokok kelapa juga dipanjat rumput, pelepah yang kering terjuntai tidak ditanggalkan. Aduh, sakitnya mata memandang. Jadual membaja tidak tentu. Kesannya hasil buah kelapa yang diperolehi jauh di bawah jangkaan. 

Pada peringkat awal mengusahaksn tanah ini, aku langsung tidak mengutamaksn tanaman kontan yang boleh memberi pulangan segera. Pada waktu itu aku tidak ada masalah perbelanjaan. Gaji dan pencen pada waktu itu tidak menjadi hal. Aku terlupa tentang kemungkinan yang akan terjadi. Memang aku tidak dapat beri tumpuan kepada kebun, tiada fokus. Aku terlalu sibuk dengan tugas aku sebahai rektor sebuah kolej universiti.
Kebun aku ibarat muka seorang lelaki yang jangut dan misai tidak dicukur, kelihatan kusut masai. Aku ada dua orang pekerja penuh masa. Kerja mereka hari Isnin hingga Jumaat memang tidak pernah dipantau. Namun begitu aku percaya kepada kejujuran mrreka.

Tuesday, November 5, 2019

Pokok Durian Belanda

Gambar dirakam pada 31.10.2019
Selepas enam bulan tidak berbuah, tiba-tiba muncul semula putik baru. Syukur alhamdulillah.
Banyak buah telah satu bulan setengah.
19/11/19.... sudah ada yang masak.
Sungguh tidak ssngka, pada 23/11, banyak yang telah matang, keadaannya baik.
Tetapi dua minggu kemudian hampir semua rosak, kebanyakannya disengat ulat dan serangga. Buah jadi buruk.

Saya akan cuba satu kaedah baru. Telah beli kepingan warna kuning sticky pad bergetah untuk digantung pada dahan pokok DB untuk memerangkap serangga. Serangga yang terbang melanggar kepingan itu akan melekat pada permukaan. Berjaya pasang 8 botol. Mahu pasang lebih banyak lagi.

Banyak serangga yang teperangkap. Hingga 19/12/19, sebanyak 41 buah perangkap telah siap dipasang. 20/12, bertambah lagi jadi 47 buah. Pasang juga sticky pad warna kuning. Tengok ada banyak serangga yang terlekat.
Teruskan pasang perangkap. Pasang 4 lagi, jadi 51 buah semuanya.

Saturday, June 29, 2019

PENJIMATAN & IMPROVEMEN

1. Tutup suis lampu yang berlebihan.✅
2. Pakaian basuh sendiri. Tidak hantar✔ dobi. Pakaian kerja kebun terus basuh.
3. Makan di tempat yang dekat dengan rumah.✅
4. Bawa air minum dari rumah.✅
5. Buat anggaran belanja harian.

Di kebun
1. Jimatkan air....
      tadah air hujan.✅
      baiki gutter.
      tambah bilangan tong biru.✅ perlu tambah lagi hingga 2 atau 3 pokok satu tong.
      tambah tong hitam untuk jadikan bank air.  Gunakan tong dari bawah.✅
      pasang gutter tambahan utk bangunan dapur.
      Pasang saluran paip terus ke pondok. Telah cuba tetapi gagal. Mahu cuba sekali lagi. Dibatalkan.

2. Pulihkan pokok durian belanda.
     Beri baja satu kumpulan sampel dua 
     minggu sekali.✅
     Siram tiap-tiap hari jika hari panas.
     Sediakan tong biru di kebun belakang.
     Sampel ialah
        i.   pokok di sepanjang kebun sawit,    
             25 pokok semuanya.✅
             Baja✔
        ii.  pokok di lereng bukit,
             10 pokok.
              Baja ❌
        iii.  kebun belakang Rantau Tijah.
              semua.✅ masih ada yg belum dapat.
              Letakkan tong biru bagi setiap
              pokok.❌
              Baja ❌

3. Buang pokok db yang tidak sihat. Boleh jimat baja dan boleh tanam pokok baru.✅ Tanah diroto dan ditanam pokok kacang bendi dan nanas. Kini kacang tumbuh subur.

4. Rawat pokok pisang yang baru tanam. Pokok pisang dalam pokok kelapa perlu dihapuskan dalam masa empat  bulan.
Fasa 1 ..... 100 + 50 + 50 = 200pokok.
                     2 minggu pertama
Fasa 2 .....  150 + 50 = 200pokok.
                      2 minggu kedua.

5. Tanam pokok kantan di kepala paya kebun belakang. Target 100 lubang dalam bulan Septrmber. Hingga 21/9, baru siap 67 lubang.✅Telah tanam 325 dan tumbuh 240 tunas. Kelihatan makin subur. Sudah tumbuh 300 tunas. Terus hidup 200 pokok pada 20/6/20. Telah terang dan beri baja.

6. Makanan kucing bernilai hampir rm300 sebulan diganti dengan nasi berperisa bilis sebagai gsnti. Harga beras dan bilis dianggar rm120 sebulan. Perlu lihat peningkatan bil elektrik juga.

7. Gunakan baja dan racun yang lama tersimpan di sekitar rumah.

8. Tidak perlu makan di kedai/warong. Makan di pondak sahaja. Sukar diteruskan.

9. Memasang perangkap serangga.

10. Tambah tong biru. Target pada 1 Julai 2020...... 2 pokok satu tong.

11. Guna pam rendam. Kebun hadapan hadapan 2 buah dan kebun belakang 2 buah. Telah berjaya pasang satu di kebun hadapan pada 4/1/20. Boleh siram pokok pisang dan pokok durian.✔400 pokok pisang dapat faedah.

Thursday, May 30, 2019

Strategi SATU TAHUN

Selepas meninjau dan berfikir...mesti ada tanaman utk hasil jangka pendek dan jangka panjang. Tindakan yang akan dilakukan ialah
1. Menanam pisang sebanyak 300 lubang bulan Jun. Pindahkan anak pokok pisang yang biak dari pisang yang ditanam pada bulan Februari. Beli anak pisang baru.
2. Menanam pisang sebanyak 300 lubang bulan Julai.
3. Menanam pisang sebanyak 300 lubang bulan Ogos.
4. Gali lubang guna JCB.
5. Beli baja tahi ayam.
6. Siapkan sistem menyiram di hadapan.
7. Siapkan sistem menyiram di belakang.
8. Kukuhkan pagar.
9. Tanam pokok buah lain spt rambutan, manggis

Friday, May 17, 2019

Petua pokok dan buah DB cantik

Sembur cecair sabun Daier... campur racun ANTRACOL

Tuesday, February 19, 2019

Fokus Kepada Pengeluaran Hasil

1. Limau nipis
2. Kelapa
3. Durian belanda
4. Nanas
5. Ubikayu
6. Pisang

Tindakan
1. Baja yang cukup
2. Baja ikut jadual
3. Selenggara pokok limau kasturi
4. Siram pokok durian belanda
5. Bungkus buah durian belanda

Sunday, February 17, 2019

Pokok durian

Target keseluruhan 250 pokok durian tanam tahun 2019

Target bulan Februari 2019
Mahu tanam 30 pokok.
Musang King ...... 10 pokok
Duri Hitam ..... 7 pokok
Teka .... 8 pokok
Setakat 17/2/19 telah tanam 22 pokok atau 88%
MK  17/17
DH  5/5
Teka 8/8

1. Duri hitam 🌿
2. Musang king🌿
3. Duri hitam🌿
4. Musang king🌿
5. Duri hitam🌿
6. Musang king🌿
7. Musang king🌿
8. Musang king🌿
9. Musang king🌿
10. Musang king 🌿
11. Musang king 🌿
12. Musang king 🌿
13. Duri hitam 🌿
14. Duri hitam 🌿

Makan durian Teka, memang sedap... Amir menantu, kak Teh dan Nuh cucu semua suka makan durian Teka ini.  Mahu tanamlah.

15. Teka sudah beli ✔🌿
16. Teka sudah beli ✔🌿

Mahu beli empat pokok Teka guna wang jual pisang lemak manis semalam rm170.

17. Teka ... sudah beli ✔🌿
18. Teka ... sudah beli ✔🌿
19. Teka ... sudah beli ✔🌿
20. Teka ... sudah beli ✔🌿

Semua Teka dibeli dari Neseri Saloma di Gambang.

Sudah beri arahan kepada Amir untuk gali 7 lubang untuk tanam anak Teka. Ikut rancangan, ahad 24/2 akan tanam anak Teka.

Mahu beli sebatang pokok DH hasil jual puri durian belanda rm32.

Mahu beli empat pokok guna wang jual pisang lemak manis semalam rm170.

21.Teka ... sudah beli✔🌿
22.Teka ... sudah beli✔🌿
23. Musang King.... sudah beli✔🌿
24. Musang King.... sudah beli✔🌿
25. Musang King.... sudah beli✔🌿
26. Musang King.... sudah beli✔🌿
27. Musang King.... sudah beli✔🌿
28. Musang King.... sudah beli✔🌿
29. Musang King.... sudah beli✔🌿
30. Musang King.... sudah beli✔🌿

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Target bulan Mac 2019
Mahu tanam 35 pokok.

D24 ..... 5/0
IOI  .....  10/4
Musang King .... 10/1
Duri hitam .... 10/8
Udang Merah .... 5/1

Musang King.... telah beli 1
1,2 Duri hitam ... beli 2✔siap tanam🌿🌿
3,4 Duri hitam ... beli 2✔siap tanam🌿🌿
5,6 Duri hitam ... beli 2✔siap tanam🌿🌿
7,8 Duri hitam ... beli 2✔siap tanam🌿🌿
D101 ... beli 4 .. rm140✔
MK ... akan beli 9

2/3/19... tanam 8 pokok DH. Telah siapkan lengkong jaring hitam dan paip penyiram.

Cadang mahu tanam D101 sebanyak 10 pokok. Suruh Samsul sediakan tapak di lereng ulu.

4/3/19... singgah di tepi lebuhraya Bentong... makan durian D24.... satu kg hargsnya rm25. Makan empat ulas harganya rm36. Satu ulas rm9... memang enak. Boleh tanam.

Target bulan April 2019
Mahu tanam 50 pokok.

Anak pokok durian biji 50 pokok.
Akan buat cantuman 11 bulan kemudian.