Thursday, December 1, 2016

Kebun Kampung Lompat Disember 2016

Permulaan yang memberansangkan. Jam 7.30pagi, dua biji buah durian belanda masak terjual dengan harga rm17. Walaupun kecil nilainya tetapi sangat besar ertinya.


Memeriahkan majlis makan, buah durian belanda dihidangkan sebagai pencuci mulut.

Buah yang bermutu menghasilkan biji yang berkualiti juga. Kebanyakan biji kelihatan hitam gelap dan gebu. Sangat sesuai untuk disemai. Ada 256 ulas bersedia untuk disemai. Telah beri kepada Amir untuk melaksanakan tugas menyemai.

Beli racun rumpair. ✔

4/12/16
Sempat jenguk kebun sekejap. Sempat petik labu dan nenas. Petik juga beberapa biji buah durian belanda. Tanaman kontan mula memberi pulangan. Jual borong rm130 sahaja. Minggu depan lebih banyak labu akan masak.


Pokok yang subur boleh menghasilkan buah yang elok.


Sempat tanam pegaga di lereng busut. Masih ada ruang untuk tanam pegaga. Busut ini asalnya gondol akan diliputi pegaga.

Pokok besar perlukan baja yang kadar Knya tinggi. Misalnya baja 12-12-27. 
Beli baja galak buah 12-12-27 satu bag 50kg.


Isi cantik, putih bersih. Masak manis masam... oh enaknya. Isinya boleh makan 100%. Terdapat 21 ulas bijinya. Warnanya gelap dan gebu.

10/12/16
Hari ini tanam 10 pokok kelapa 100. Katanya pokok ini boleh keluarkan 100 biji buah setiap tandan. Juga siap tanam 17 pokok kelapa pandan.

Sempat memantau beberapa pokok, nampak ada yang berbuah.

Sebiji buah yang masak di pokok. Bila kupas, isinya putih bersih, tiada sedikitpun buruk. Bijinya gelap dan mencin. Isinya sangat enak masam manis. Mudah menanggalkan kulitnya.


Rancangan isi anak pokok dalam polibag sedang sebanyak 1000 pokok. Tanam dicelah pokok kelapa pada usia setahun. Besarkan dalam polibag dulu. Mudah siram dan baja. Tanah utk tanam db boleh guna tanam tanaman kontan dulu.

Mustahak... tambah tiang pagar di belah ulu kebun belakang. siap.. ✔

12/12/16, petang.
Sempat tanam 13 pokok kelapa dan 12 anak pokok pisang. 
Hendak tanam 20 pokok lagi kelapa pandan 
dan 150 anak pokok pisang lemak manis. Telah tanam 22 lubang.
Sudah beli 20 pokok anak kelapa pandan.✅✔
Hendak tanam tiga lorong ubi kayu.

Banyak pokok db condong ditiup angin kencang dua hari yang lalu. Amir mula menegakkan semula dengan cara memasang kayu tegak kemudian tambat pokok pada kayu tegak itu.

17/12/16
Sempat jenguk 30 minit sebelah petang. Sempat tanam 20 pokok kelapa dan 12 pokok pisang. Ada 30 lagi akan tanam esok. ✔. Hantar 21 lagi, sudah tanam. Hantar 17 pada 26/12 & siap tanam.  Perlukan 70 lagi anak pisang untuk cukupkan 150. 
Pungut beberapa biji labu dan nenas.
Kini masa berlawan dengan rumput liar.

26/12/16.
Tanan 32 pokok kelapa pandan. Perlu tanam beberapa batang lagi untuk melengkapkan baris yang tidak cukup pokok.
Sempat memetik beberapa biji buah durian belanda. Ada sebiji yang telah masak di pokok.

Buahnya sudah lembek. Bila dikupas kelihatan isinya putih bersih. Empulurnyapun putih. Kami makan separuh, memang enak. Separuh lagi beri kepada abang Adi.

28/12/16
6.30 ptg sempat gali 25 anak pokok pisang lemak manis dalam masa 20 minit.

31/12/16
Malam ini sempat hantar 8 anak pokok kelapa pandan untuk ditanam di kebun belakang. Seterusnya ambil labu 195kg. Borong sahaja.... dapat rm200... rezeki penutup tahun 2016.


31/12/16
1. Tanam 70 anak pokok pisang lemak manis. 
2. Tanam lapan pokok kelapa.✅✔
3. Baiki pagar.
4. Tanam dua pokok durian musang king.

1, 3 dan 4 ditunda ke tahun hadapan.

Friday, November 4, 2016

Ulam Pegaga Siri 2

4/11/16
Setahun saya tinggalkan ulam pegaga rupanya.
Hari ini saya sambung semula. Saya makan mentah segumpal.

13/11/16
Makan sejemput. Hampasnya saya lomor ke bahagian pipi kiri.


Tuesday, November 1, 2016

Kebun Kampung Lompat November 2016

Keutamaan bulan ini ialah pagar. Ketahanan dan kekuatan pagar perlu jadi keutamaan.

Tanam labu - semai biji labu dalam tray, target 1000 lubang. Pindahkan ke kebun 600pokok. Telah berjaya pindah ke kebun 180 pokok.

Tanam betik, target 100 pokok. Telah hantar tepi lubang 120 pokok.✅. Siap tanam 120 pokok.✔

Bersih dan pulihkan kelapa dalam nenas. Siap bersihkan 8 pokok hingga 17/11. Tanam kelapa, target 30(bubun).✔

Tanam 51kelapa pandan. ✅Siap tanam.✔

Tanam air mata pengantin di lereng teres.

Tanam durian belanda 130 pokok. Telah hantar ke kebun belakang 100 pokok. Telah siap tanam 100 pokok.✅

Tanam 20 pokok buluh lemang. Siap pada 7/11/16 pada hari jadiku.✔ Kelihatan daunnya segar dan menghijau.

Melalui pengalaman hasil kerja menjadi lebih sempurna dan lebih cepat siap jika tuan punya terlibat sama. Kerja yang berat dan susah misalnya membubun kelapa susah dilakukan sendirian. Begitu juga memasang jaring pagar.

Tuan punya boleh juga memulakan kerja dan tunjuk cara dan selepas itu pekerja meneruskan tugas itu misalnya menabur batu jalan.

Ada juga kerja yang perlu dilakukan dua orang misalnya mendirikan tiang batu.

Aada kalanya pekerja tidak melakukan kerja seperti diarahkan. Mungkin terlalu sibuk atau tidak faham arahan mulut. Oleh itu saya perlu lakukan dahulu. Pekerja memerhati apa yang saya lakukan. Beberapa jam kemudian selepas rehat saya ajak pekerja meneruskan kerja tersebut. 

Hari pertama bulan November.... ini rezeki dari kebun, penguat semangat.

Beratnya 6kg tetapi kira 5kg sahaja. Harga diskaun hanya rm3 sekilo. Maknanya saya akan dapat rm15. penguat semangat bulan November.

Petua berkebun;
1. Boleh keluarkan hasil tiap2 hari untuk saradiri. Contohnya tanam labu dan jual hasil selepas tiga bulan. Tanam lada, serai dan macam2 lagi untuk makan sendiri. 
2. Boleh keluarkan hasil setiap minggu untuk gaji pekerja dan juga bayar balik pinjaman. Contohnya tanam betik dan boleh jual hasil selepas satu tahun. Pisang boleh mengeluarkan hasil selepas 10 bulan.

3. Boleh keluarkan hasil setiap bulan untuk dapatkan balik kos pembangunan dan bayar hutang bank. Contohnya tanam kelapa, kelapa sawit dan durian belanda.

4. Fasa pengembangan. Boleh jalakan usaha berkaitan seperti semaian benih durian belanda, ternak kambing atau ternak lebah kelulut.

Rupanya saya telah terlepas dari amalan petua tersebut. Namun begitu saya lakukan juga langkah pertama selepas terlepas hampir tiga tahun. Biar terlewat asal jangan terus tidak melakukan.


Tugas memantau.


Kerja bulan Oktober yang belum siap. siapkan bulan ini.
Pulihkan pokok betik dalam polybag yang cedera pindah ke polibag yang lebih besar.

Tindakan yang perlu disegakan
1. Pokok kelapa banyak yang rosak pucuk diserang ulat atau kumbang. Perlu pulihkan segera. Telah beli racun furadan.✅
2. Pagar kebun hadapan perlu diperbaiki.

6 November 2016
1. Tabur batu sepanjang jalan dalam kebun sawit.
2. Membersihkan keliling pokok durian belanda yang ditanam bulan Ogos lalu... lebih 30 pokok berjaya diselamatkan. ✔
3. Membaja pokok 50 pokok kelapa dengan baja euria. Habis 25kg. Ada baki 25kg lagi untuk pokok sebelah depan.✅. Siap.✔
4. Telah berjaya tanam benih labu 38 polibag di belakang rumah. Jika subur akan tanam di kebun.✔


Di celah anak kelapa kelihatan anak labu mula melonjak. usianya baru seminggu. Bila daunnya kembang dan pokoknya keras baru boleh pindahkan ke kebun. Ini adalah langkah mengelakkan pembaziran biji benih dan mengelakkan serangan ulat dan serangga pada usia kurang dari satu bulan.

10/11/16
Amir buat passport dk Kedutaan Indonesia. Gagal, pihak kedutaan minta datang awal pagi. Banyak juga masalah sampingan. Ada orang tidak tahan dgn aircond bila terlalu lama dlm kereta. 

12/11/16
Berjaya menanam 51 pokok kelapa pandan bersama Amir. Lepas itu memasang kayu alang para pokok jalar markisa. Lepas itu pungut beberapa biji buah labu. Hantar anak pokok betik dan anak labu. Kerja tiga jam lebih sungguh seronok walaupun terasa habis tenaga.

13/11/16
Mengutip labu dan nenas. Membersihkan 4 pokok kelapa di dalam semak, terus beri baja urea. Pasang tali sebagai para markisa.


Labu kelihatan tumbuh subur kerana ada baja, air serta kesesuaian tanah. Hasil jualan dapat rm78. Ini adalah penguat semangat. Perlu luaskan pasaran. 

Mulai sekarang mesti pulihkan pokok kelapa yang di dalam semak. Terbiar hampir setahun. Sempat bersihkan empat pokok dan terus beri baja eurea.

Target 19/11/16
1. Cuci lapan pokok kelapa dalam nenas.✔
2. Bubun 10 pokok kelapa.✅
3. Tanam 25 anak pokok labu.✔
4. Pasang jaring pagar.✅ tidak cukup satu gulung...perlu beli lagi.
Baru bubun... kelihatan subur. Perlu tebas lagi agar diameter kawasan bersih lebih luas. Lepas itu beri baja 15-15-15.

20/11/16
Jual labu dan limau kasturi dapat rm34.... penguat semangat.

23/11/16
Suruh Syafik hantar net hitam dan baja penggalak akar ke kebun. Suruh uruskan mesin gerudi tanah yang rosak, hantar baiki di Temerloh.

Tugas 27/11/16
1. Baja db dan kelapa yg baru tanam. 
2. Cuci satu baris db.✔
3. Tabur batu jalan naik kebun 
4. Kutip labu dan nenas.✔
Membersihkan 110 pangkal pokok durian belanda yang ditanam tiga bulan yang lalu. penuh dengan rumput liar. Ambil masa hampir tiga jam.
Rasa terubat bila lihat pokok db yang berbuah.
Pokok yang subur, pangkal pokok yang besar dan cukup baja serta air akan menghasilkan buah yang besar dan cantik.

Hasil hari ini. Hilang rasa letih bila berjaya memetik hasil. Labu & durian belanda subur dan cantik. Hasil jualan labu 90kg, nilainya rm135, syukur alhambulillah penguat semangat.


Kejayaan sudah dekat. Mesti teruskan komitmen dan tindakan yang tepat.  

Fikirkan kaedah menyiram yang paling berkesan pada musim kemarau. Takungan air di mana? Diperbuat daripada apa? Sumber air dari mana?

Pokok Air Mata Pengantin sudah mula berbunga. Ambil masa enam bulan sejak mula disemai hingga berbunga. Serangga dan lebah telah mula hinggap untuk menyedut madu.


Buah db masak, isinya putih bersih, rasanya enak dan bijinya hitam gebu. Bahagian empulurnya juga putih, ini adalah bukti buah ini berkualiti tinggi.

Buah db ini masak sehari selepas dipetik. Saya sedang mengumpul bijinya untuk disemai. Inilah benih yang saya mahukan. Biji yang berkualiti.

Masuk hari kedua, empulur masih putih  begitu juga isinya, menandakan buah ini berkualiti tinggi.

Bijinya hitam dan gebu menandakan biji yang sihat. Saya akan manfaatkan hasil yang elok ini. Saya akan semai. 

30/11/16. Penutup bulan Novembet, hantar empat takung pokok pegaga untuk dibiakkan di kebun.

Lokasi untuk menanam pegaga ialah keliling bane yang telah mati. 

Saturday, October 1, 2016

Kebun Kg Lompat bulan Oktober 2016

1/10/16

Ini bulan yang ke 34 atau 2 tahun 8 bulan telah dilewati. Kalau orang belajar buat ijazah 3 tahun tinggal tiga bulan sahaja untuk dapat ijazah. Awal tahun hadapan sudah boleh kerja dan dapat gaji. Bagi projek ini, adakah awal lahun 2017 sudah boleh memetik hasil? Sudah mampu membayar pinjaman sebanyak rm2280 sebulan untuk tempah tujuh tahun lagi? Seterusnya hasil projek ini mampu membayar gaji dua orang pekerja sebanyak rm3000 sebulan? Satu persoalan yang mencabar minda. Hilux yang memudahkan saya keluar masuk kebun itu kena bayar rm1280 sebulan. Adakah projek ini mampu membayar semua bernilai rm6560 sebulan? Ada lagi bayaran lain seperti air dan api.

Saya sudah lalui 91% perjalanan. Tidak boleh undur, mesti teruskan. Masa semakin suntuk tetapi hasil masih kabur.

Sehingga kini saya belum memperolehi hasil dari usaha selama 33 bulan ini. Ini adalah satu kesilapan strategi. Sepatutnya sejak peringkat awal penerokaan tanaman kontan terus diusahakan. Waktu itu tidak terfikir, sebab tiada ilmu dan pengalaman. 

Masuk kebun 7.50pagi. Mula2 periksa pokok durian belanda. Ada yang berputik. Ada yang ada buah besar ibu jari. Periksa pokok AMP. Selepas itu periksa pokok betik yang telah ditanam. Anggaran terkini ialah 600 pokok. Selepas itu saya bersama Bakti menanam 56 pokok kelapa pandan. Bermula dengan bearing, ukur dan tanam. Saya korbankan tiga jam . Sungguh meletihkan tetapi hati puas.


Target sempena hari pertama maalhijrah 1438H
1. Tanam lagi 60 pokok kelapa pandan. Siap tanam pada 2/10 sebanyak 31 pokok. Siap tanam semua. Jumlah pokok yang siap tanam ialah 170 pokok. ✔
2. Sulam labu. Siap sulam pada 2/10. Mahu tumbuh sekurang2 90%. Perlu disulam lagi.✅ Bawa ke bulan November.
3. Tanam betik 400 pokok di kebun hadapan. Telah beritahu Bakti.✔
4. Tempah pintu pagar. Bawa ke bulan November.
5. Beli baja penggalak akar untuk tabur dipangkal pokok kelapa yang baru tanam. Siap beli.✔
6. Pulihkan pokok db yg ketot.✔
7. Pulihkan anak labu yang diserang ulat. Siap sembur racun serangga. ✔
8. Baiki pagar. ✅. Teruskan ke bulan November.
9. Baja betik. Buat lubang di tepi pokok dan isikan baja tahi ayam.✔
10. Baja labu. Sudah dimulai.✔
11. Sulam db. Siap 14 pokok yg mati.✔
12. Pulihkan pokok db yang layu. Tebuk enam lubang keliling pokok. Curahkan racun kulat akar dan racun anai2 ke dalam lubang. Bila kering isikan baja dalam lubang hingga penuh. Telah gali lubang.✅✔
13. Beli baja pokok kelapa untuk pokok kelapa kebun belakang. Siap beli.✔
14. Pindahkan pokok kelapa kebun hadapan yang kerdil ke kebun belakang. Siap  ✔
15. Bubun pokok kelapa dalam kawasan nenas.
16. Tanam 170 pokok anak durian belanda di kebun belakang. Telah siap tanam 100 pokok.✅✔
17. Tanam 15 lubang pokok AMP di lereng teres.✔
18. Bersihkan dari rumput liar dan baja kloni AMP yang telah ditanam.✅ Teruskan bulan November.
19. Beli baja pokok db besar yg berbuah.✔
20. Bersihkan pangkal pokok db dan beri baja.✅✔
21. Bersihkan pangkal pokok kelapa yg besar dan beri baja.✔
22. Bersihkan dan beri baja pokok db dan kelapa yg kecil. Bawa ke bulan November.
23. Tanam benih labu di kubun B1 yang dekat paya.✔
24. Gali longkang 50 kaki x 10 kaki di D3 ( kawasan paya). Ditangguhkan selepas musim tengkujuh.
25. Beli satu lori batu jalan untuk kebun D.✔
26. Beli tiga lori batu jalan utk kebun B. Bawa ke bulan November.
27. Tanam satu baris benih labu di kebun B1. Bawa ke bulan Nov.
28. Beli dua kampit benih betik.✔
29. Pasang lima batang tiang batu.✅ Teruskan ke bulan Nov.

2/10/16.
Sempat buat kerja menanam kelapa sebelah petang satu jam setengah. Badan berpeluh dan selesa.
Pokok db  ini telah lama uzur. Telah jirus racun kulat dan racun anai-anai.


Kelihatan pokok labu menjalar subur. Tiga bulan lagi boleh mengeluarkan hasil. Namun begitu banyak biji benih labu dalam lubang tidak cambah kerana dimakan oleh semut. Kena cari jalan menghalang semut memakan biji labu yang ditanam.


Pokok betik berusia tiga bulan perlu diberi baja tahi ayam dengan cara menggali lubang di kiri kanan pokok betik itu.

Pokok db ini telah layu dan mengalami keguguran daun hampir setahun yang lalu. Telah beri rawatan dengan cara menjirus racun kulat dan racun anai-anai. Perlu ulangi lagi. Kali ini kena tebuk lapan lubang diameter  6 inci dan dalam 8 inci. Jirus racun kulat bercampur racun anai2. Biarkan beberapa jam. Lepas itu cecair meresap ke dalam tanah pangkal pokok. Isi lubang dengan baja tahi ayam hingga penuh. Jirus air ke dalam lubang untuk pembajaan.

3/10/2016
Sempena maalhijrah 1438, saya mahu melakukan usaha yang terbaik.

9/10/16
Siap tanam 20 anak pokok kelapa pandan. Juga siap pindahkan 18 pokok kelapa kebun hadapan ke belakang. Bilangan pokok kelapa pandan yang ditanam ialah 168 pokok. Masih ada ruang sebanyak 200 pokok lagi.
Labu yang ditanam pada 21/8/16 ada yang subur telah mula berbuah.

Aduh musuh menyerang lagi. Saya nampak satu pokok betik yang baru ditanam dicabut. Kelapa yang baru ditanam telah dicabut pucuknya. Pucuk kelapa yang lembut memang sedap dimamah. Energerser pagar elektrik rosak. Pagar elektrik tidak berfungsi. Apa yang perlu dilakukan? Tidak boleh lengah.

10/10/16
Masalah semalam itu segera diselesaikan. Saya beli racun Furadan 5G untuk ditabur celah pelepah anak kelapa. Bakti telah tabur dicelah pelepah kelapa.

Saya ganti energeser dengan yang elok. Langkah ini tidak cukup. Pagar mesti bersih dari rumput yang memanjat.

Energizer ini saya pinjam dari abang saya.

11/10/16
Beli 35 anak pokok kelapa pandan di Saloma Nuseri. Harga sepokok rm12. Pokok kelapa ini masih kecil. Oleh itu pokok ini diletakkan sementara di pusat serenti. Saya beri baja dan siram. Biarkan mereka berihat di sini untuk tempoh satu bulan.

Saya masih memerlukan 200 pokok lagi.


Satu cara untuk memanjangkan usia pokok labu agar terus subur dan terus berbuah. Berikan baja dekat jalaran yg ada akar. Tutup baja dengan tanah. Lebih elok jika kawasan berakar itu ditutup juga dengan tanah. Jangan terlalu tebal lapian tanah itu. InsyAllah pokok boleh panjang hayatnya dan banyak buahnya.

15/10/16
Labu ada kelihatan subur. Begitu juga pokok betik.

Lama tidak periksa pagar, rupanya telah mendap, kendur dan tumbang.

Tempat penting seperti pagar perlu periksa sendiri. Tidak boleh dengar laporan pekerja. Mesti periksa sendiri. Pekerja hanya buat apa yang disuruh. Kerja membaiki perlu laksanakan segera. 


Lebih separuh pokok kelapa dalam kebun depan tumbuh subur. Perlu beri perhatian agar terhindar dari penyakit. Perlu beri baja setiap bulan. 

Ketika yang baik untuk menyemai dan membaja.
Pertumbuhan labu tidak seperti yang dijangka. Saya periksa dengan telili. Didapati yang tumbuh hanya 10% sahaja. Sebab utama kerana benih dimakan semut selepas ditanam. Oleh iti kena semai dalam tray dahulu. Bila cambah baru pindahkan ke kebun. 
Labu yang tumbuh perlu diselenggara dengan baik. Cabut rumput di sekelilingnya serta racun rumput liar di sekitar. Beri perhatian kepada kualiti pertumbuhan. Terdapat banyak pokok db yang tumbang di kebun belakang. Perlu pasang penyokong segera.

Nenas ND2 ada yang keluar sulor. Saya petik 15 untuk tanam semula di tempat baru.

Kebun diserang lagi, depan dan belakang. Perlu ambil tindakan serta merta.

25/10/16
Ambil tindakan pasang jaring hitam. Siap pasang tanah B6. Inilah tindakan pantas.

31/10/16
Ambil cuti hari ini. Seronok boleh ke kebun dari awal pagi.
Tengok labu ada yang mula masak. Ada yang besar.

Berjaya tanam 35 pokok kelapa bersama Amir. Amir tanam 90 pokok durian belanda di antara pokok kelapa yang baru tanam. Beri penerangan kepada Amir apa yang patut dilakukan sepanjang minggu ini. 
1. racun dua jalur antara pokok kelapa untuk tanam labu.
2. racun dua jalur antara baris kelapa untuk tanam betik.
3. Bersihkan lorong kelapa dlm kawasan nenas untuk bubun mana yg mati.
4. Ratakan timbunan batu tengah jalan dalam kebun kelapa sawit.
Perlu ganti segera charger Patriot. 

Sunday, September 25, 2016

Jambul Buah Nenas

Kita biasanya buang sahaja jambul nenas, iaitu bahagian atas buah nenas. Ada orang kata bahagian dalam jambul boleh dijadikan sayur.

Saya kupas dan ambil pucuk yang lembut. 

Pucuk yang lembut bewarna putih. 

Saya rebus , masukkan sedikit bawang putih dan lada kecil sebagai penyedap rasa.

Satu menu baru, ulam jambul nenas celur. Fasanya enak, lemak dan sedikit manis. Esok saya mahu cuba masak lain pula.