Wednesday, August 10, 2016

KEUSAHAWANAN MPU2222

10 Ogos 2016

Saya mengajar tajuk kreativiti dalam keusahawanan. Pelajar menghayati makna kreativiti dengan cara membina kotak dari kertas terpakai.

Semua 30 orang pelajar berjaya membina kotak. Saya dapati ramai yang buat secara teliti. Ada yang membantu kawan. 
Apakah nilai tersirat membina kotak itu? 
Apakah kaitannya dengan keusahawanan?

11 Ogos 2016
Saya mengajar mengaplikasikan Piramit Pembelajaran  yang berikut;

Mereka  membaca  atikel yang saya beri. Selepas itu mereka menulis laporan. Seterusnya mereka membaca laloran daripada tiga orang rakan yang membaca atikel yang berlainan tajuk. Seterusnya mereka secara berpasangan menerangkan kepada kawan mereka apa yang mereka faham tentang segala yang difahami.

Untuk kenangan, saya merakam gambar mereka.

Sibuk siapkan tugasan.

Friday, August 5, 2016

Kebun Kg Lompat bulan Ogos 2016

Keutamaan bulan ini ialah:
1. Siapkan pagar tanah 4.5 ekar .... siap
2. Buat para bunga AMP
3. Semai 300 ulas biji Durian Belanda.
4. Rawatan pokok db besar.
5. Siapkan jalan batu fasa 1, panjang 0.4km.
6. Siapkan salur hujung atap.
7. Punggah & pasang tiang buluh.
8. Semai biji labu. 10/8/16... siap tiga tray.

9. Tanam anak pokok betik. Target 100 pokok. ... siap 20 pokok.

10. Tanam labu. Target 500 lubang. Bakti berjaya tanam 130 sendirian  semalam. Telah berjaya tanam 100 lubang pada 15/8/16. 120 lubang pada 21/8/16. Jumlah yang ditanam sehingga ini 350 lubang semuanya. Siap 500 lubang.

Amir berhenti awal bulan. Bakti kata boleh buat kerja seorang. Saya tingkatkan sedikit imbuhannya.

Seronok bila boleh petik labu yang ditanam dua bulan lalu. Saya jual borong 200kg pada harga rm1.60. Ini memberi semangat kepada saya untuk terus menanam tanaman kontan. Boleh bantu kurangkan sedikit perbelanjaan yang keluar.

Saya belah sebiji. Cantik isinya warna kuning. Bijinya saya kutip untuk dijadikan benih.

13 Ogos 2016
Inilah akibat serangan kulat pangkal pokok. Pokok akhirnya mati dan akarnya putus. Telah beri penerangan kepada pekerja.

Pokok disekitarnya perlu sembur racun kulat di pangkal pokok.

Selama ini saya tidak hiraukan hasil jangka pendek. Itulah yang beri pulangan untuk belanja runcit. Ambil langkah segera dapat hasil dalam jangka masa yg singkat. Tanam labu dan betik. 

Jangan lengah, terjemahkan idea yang bernas ini kepada tindakan.

Sementara menunggu buah durian belanda masak, lebih baik tanam pokok yang cepat keluar hasil.


Dicelah pokok durian belanda yang subur itu saya tanam biji labu. Siap tanam terus siram. 
Saya suruh Bakti tanam 100 lagi Jumaat petang (19/8/16). 
Saya bercadang untuk tanam benih labu di tanah belakang pada 21/8/16 bersama Bakti sebanyak 150 lubang dan 150 lagi pada 22/8/16.

Semalam aku terasa tewas selepas pulang dari kebun. Pagi ini aku dapat kekuatan baru. Aku perlu lakukan kerja menanam labu ini bersama pekerja. Petang Jumaat ini aku akan cuba.


Anak benih labu yang baru cambah ini akan saya tanam di kebun petang Jumaat ini.

19/8/16
Senja, sempat jenguk kebun belakang tengok anak pokok db yang baru tanam bulan lepas. Kasihan lihat tidak subur, kurang air. Perlu bantuan air segera.
Kena fikir cara hantar bekalan air.

20/8/16
Setiap masalah mesti ada penyelesaiannya. 
Hari ini saya beli lapan gulung polypipe. Jumlah panjangnya 800 meter. Sebuah pam elektrik untuk menolak air dari takungan ke kebun belakang.

21/8/16

Bersama pekerja mengali lubang untuk tanam biji labu. Kami tanam 120 lubang. Setiap lubang saya tanam dua ulas biji benih. Bakti akan meneruskan sendiri minggu depan untuk mencapai 500 lubang.

23/8/16. 
Saya cuti hari ini. Boleh masuk kebun jam 9.05pagi. Kerja pertama yang saya lakukan ialah menanam biji labu ke dalam lubang yang ditebuk oleh Bakti menggunakan penebuk berenjin. Kami marathon di bawah sinar mentari yang perit. Kerja siap jam 11.20 pagi. Hari ini cuaca agak panas. 240 lubang semuanya. Terasa penat bukan kepalang. Namun begitu saya rasa puas kerana kejayaan melepasi target. Target 120 lubang.

Saya juga merancang memasang paip air polypaip dari puncak bukit hadapan ke kebun belakang. Saya bersama Bakti bertungkus lumus meluruskan polypipe yang panjang 100m. Kami menyambung 5 polypipe. Pangkal polypipe itu disambung dengan pam air elektrik yang bersambung dengan tangki air.
Kerja ini memang rumit dan meletihkan. Kami berjaya memasang sistem bekalan air. Saya on kan suis. Kelihatan pam berfungsi. Namun begitu air tidak sampai ke kebun. Di manakah leaking?  Saya faham bahawa setiap usaha pasti ada cabaran. Saya mahu pastikan air akan sampai ke kebun belakang.
Mesti buat pemeriksaan. Ya, saya periksa. Rupanya sambungan yang ketidak kemas. Air memancut di penyambung. Sudah berjumpa dengan penyebabnya. Esok Bakti baiki. Saya keluar dari kebun jam 6.25petang. Terasa letih yang amat sangat tetapi hati puas.

27/8/16
Pagi ini satu jam suku, bersama Bakti berjaya menanam 50 pokok betik dicelah pokok durian belanda. Berpeluh dan mengah. Hati puas kerana target tercapai.

Semua pokok betik hidup. Ada beberapa pokok yang layu daunnya tetapi pucuknya tidak terjejas.

28/8/16. Petang ini sempat menanam benih labu 120 lubang. 
Saya bercadang untuk menanam 50 pokok betik di pepenjuru dekat kelapa sawit dan menanam anak pokok labu di tempat yang tidak tumbuh pada 31/8/16 nanti.

31/8/16... jam 5.30ptg.
Tidak sempat tanam pokok betik. Hanya sempat membubun pokok labu yang tidak tumbuh. Saya suruh Bakti menyelesaikannya.
 Benih labu yang ditanam lebih dari 500 lubang tetapi yang tumbuh tidak sampai 10%. Oleh itu minggu pertama bulan Seltember mesti ambil tindakan menanam semula biji atau membubun. Kerja menanam tempat baru perlu diteruskan hingga mencapai sekurang-kurangnya 2000 lubang bulan September hadapan.