Saturday, May 30, 2015

LAWATAN AKADEMIK KE KAHERAH MESIR

Syukur alhamdullilah rancangan menjadi kenyataan. Saya menyertai rombongan 50 orang pelajar dan pensyarah KIPSAS kursus pemantapan Bahasa Arab selama dua minggu di Universiti Al Azhar. Saya bangga kerana pelajar berdikari mencari wang tambang kapal terbang dan yuran kursus sebanyak rm3700. Selebihnya sebanyak rm1000 dari bantuan luar.

Sedang berbincang dengan prof Dr Mahmood dekan pusat bahasa Univisiti Al Azhar tentang sistem penilaian kemajuan pelajar.

Meninjau pelajar belajar dalam kelas.

Mengambil peluang melawat bandaraya Iskandariah. Di belakang itu ialah Perpustakaan Iskandariah. Sebuah gedung ilmu yang unggul di rantau dunia Arab.


Pelajar buat persembahan dalam kelas pada 30/5/15

Sempat lawat piramid

Bersama pelajar lelaki rehat sebentar dalam perjalanan ke Iskandariah.

Selaian dapat mendalami pengetahuan bahasa Arab, program ini memberi pendedahan antarabangsa kepada pelajar. Ini cara KIPSAS menerap nilai tambah kepada pelajar yang mengikuti  program ijazah KIPSAS.


Berbincang dengan rektor Universiti Al Azhar tentang peluang belajar selepas diploma KIPSAS ke UAA.

Sunday, May 24, 2015

Putik Durian Belanda diminati semut

Putik ini telah berusia tiga minggu. Kelilingnya tompok putih yang melekat. Juga berkerumun semut di sekelilngnya.

Sejak beberapa hari lalu saya terfikir untuk meghapuskan tompok putih xan semut itu. Pagi ini saya sembur dengan pancutan air. Nampaknya semua semut tercampak. Kebanyakannya jatuh ke tanah. Tompok putih nampaknya ada yang tanggal.

Selang lapan jam, saya jenguk semula. Masih terdapat semut berkerumun keliling putik. Agaknya semut yang tercampak  tadi datang semula. Ada bau agaknya.

Saya mahu cuba semburkan air yang pedas. Biar dia sakit mata dan akan jatuh.

Sunday, May 17, 2015

Putik Durian Belanda 04 dari pokok DB1

Putik ini dianggar telah berusia lima minggu. Ini buah keempat dari pokok DB1.
Buah pertama saya petik sebelum masak kerana buntutnya buruk.
Buah kedua kecil sahaja dianggar setengah kilogram. Isinya elok. Bijinya saya semai. Kini 25 anak pokok telah ditanam dalam kebun.
Buah ketiga masak elok. Saya asingkan isi dan bijinya. Isinya saya simpan dalam peti untuk buat air. Bijinya sebanyak 77 ulas saya semai.
Kini buah keempat sedang membesar. Usianya dianggar berusia lima minggu.

Pokok DB1 ini cepat berbuah dan kerap berbuah. Ada beberapa pokok yang sebaya dengan DB1 tetapi baru mengeluarkan putik tetapi tidak lekat. 

23 Mei 2015
Semakin besar

25 Mei 2015
Saya selak daun yang menutup buah di bahagian atas. Rupanya di bawah daun itu penuh dengan semut. Tempat semut berteduh dan berlindung. Kelihatan tompok putih. Saya tidak pasti tompok putih itu tahi semut atau sejenis kulat yang sebarkan oleh koloni semut itu. Perlu kajian seterusnya.

26 Mei 2015
Masih terdapat semut berkerumun. Mungkin buah ini ada mengeluarkan madu?

4 Jun 2015
Semakin matang. Semut masih berkerumun di sini. Tompok putih makin besar.

9 Jun 2015
Semut masih berkerumun di keliling buah ini. 

Tompok putih semakin tebal dan lebam kehitaman juga makin luas. Saya semakin pasti semut yg menyebabkan tompok putih itu. Saya akan gunakan kaedah lain pula untuk menghapuslan populasi semut itu.

12 Jun 2015

Usia buah sudah sembilan minggu.
Semut tetap berkumpul di sini. Tompok putih makin tebal, makin lebar dan makin banyak. Kini hampir seluruh permukaan diserang tompok putih. Karah hitam juga semakin merebak.


Monday, May 4, 2015

Kebun Tepi Paya Lompat

Sewaktu saya kecil di sini terdapat rumah bapa saudara, Elong Soh dan dusun durian Tokki Tol. Sungguh meriah ketika itu. Itu cerita tahun 60an. Sejak tahun 70an tempat ini semakin sepi. Elong Soh pindah ke tebing dan dusun terbiar. Hampir 50 tahun kebun milik tokki Tol dan elong Soh tidak mengeluarkan hasil. Begitu juga paya di tepi tanah ini juga tiada pulangan. Sebelah tanah elong Soh tanah terbiar milik Fadzil. Beberapa tahun lepas Fadzil mengusaha tanam semula getah tetapi gagal. Saya mohon mengusahakan tanah itu untuk tempoh 10 tahun secara sewa. Fadzil setuju. Luas keseluruhan 15 ekar.

Tahun lalu mulai bulan September, saya mendapat kebenaran untuk mrngusahakan tanah terbiar ini. Banyak belanja telah dicurahkan.
Kini, inilah rupanya setelah tujuh bulan bertungkus lumus.

Kini di dalam tanah ini tertanam 900 pokok kelapa. Umurnya antara dua hingga enam bulan. Jika lihat dari jauh belum nampak pokok kelapa itu. Yang jelad kelihatan adalah nenas yang berusia enam bulan. Masih ada ruang untuk 300 pokok lagi.


Dua Biji Buah Durian Belanda

Saya beli di Hentian Sebelah Serdang. Berat semuanya ialah 3.5 kilogram. Harganya wah mahal sungguh iaitu rm16 sekilo. Ini bermakna saya belanjakan rm56 kali ini.

Friday, May 1, 2015

KEBUN KAMPUNG LOMPAT - MEI 2015

Hari Pekerja, 1 MEI 2015

Saya masuk kebun sempena Hari Pekerja. Inilah tempat hiburan saya. Bulan yang kesebelas saya mengusahakan tanah ini.


Ini ialah pokok yang bijinya saya semai sendiri bulan Julai 2014 yang lalu. Kini ia berusia tujuh bulan. Ada 20 pokok semuanya. Harga semua 20 pokok itu dianggarkan rm200.  Hasil semaian sendiri dari biji benih buah dari pokok induk dalam kebun di belakang rumah. Pokok itu saya tanam dalam bulan Mei 2013. Sewaktu menanam pokok induk itu tingginya empat kaki. Harganya ialah rm40 sepokok. Ertinya pokok induk itu telah memberi pulangan 5 kali ganda. Kini pokok induk itu berbuah lagi.

Kumpulan pokok yang baru tanam semalam oleh Jama dan Yaakub. Ada 11 pokok semuanya.

Yang ini perlukan penyokong.
Terdapat pokok yang diserang penyakit. Perlu tindakan segera.

Menggembirakan.... nampak boleh lekat. Ada tiga pokok yang berpitik. Kini makin besar.

Daun durian belanda untuk dikeringkan. Lepas itu rendam dalam air panas.. 30minit jadilah tea herba durian belanda. 

Hari ini saya menanam 12 pokok anak durian belanda yang saya semai disember lepas. Benih dari Vietnam. Sekarang saya tidak perlu membeli anak pokok. Sebaliknya saya semai sendiri bijinya. Kini saya ada kira-kira 600 anak pokok yang telah cambah.

Saya mengamalkan kitar semula. Polybag yang mengandungi anak pokok durian belanda ditarik secara berhati-hati. Biasanya saya toreh dengan pisau. Lepas itu polybag itu jadi sampah yang bersepah. Kini polybag itu boleh digunakan semula.

Ada 12 helai semuanya.

Aduh... angkara siapakah ini?

Nasib baik ditumbangkan sahaja. Tiada kesan cedera. Saya betulkan semula.Gayanya bukan serangan babi. Sebab tidak nampak satupun kesan tapak kaki babi.


2 Mei 2015
Duabelas anak pokok durian belanda baka Vietnam sedia untuk ditanam.

Telah siap tanam 12 pokok lagi. Hingga kini sudah 27 pokok anak db baka Vietnam berjaya ditanam di kebun ini.


Polybag mahu digunakan semula. Amalan kitar semula untuk mengelakkan pencemaran dan pembaziran plastik.

4 Mei 2015

Kereta Jama lekat dalam selut terpaksa ditarik oleh Hilux.


Ada sepokok lagi yang berputik.


Yang condong jangan dibiarkan.

Pasang besi penyokong. Sudah berjaya ditegakkan.

Kalau seorang diri memang tidik tertanam  tujuh anak pokok durian ini dek kerana panas, kini jam 11.20pagi tengah panas terik. Tetapi dengan bantuan Jama dan Yaakub, 20 minit sahaja berjaya menanam tujuh pokok anak durian belanda baka Vietnam ini. Kami bergotong royong.

Anak pokok durian belanda ini perlu pelindong dengan cara memacak dahan pokok sebagai peneduh.

Jama telah berjaya menanam 83 pokok durian belanda saiz lima kaki tinggi di bahagian tanah yang curam. Jumlah pokok durian belanda yang ditanam bulan Mei ialah 113 pokok. 83 baka dari Johor dan 30 dari Vietnam.

7 Mei 2015
Sebaris kelihatan subur.


Rumput yang sangat bahaya. Cepat membiak. Perlu dimusnah jika terjumpa.


8 Mei 2015.
Saya cuti dari tugas rasmi hari ini.
Saya sampai di kebun belakang 7.03pagi. Lihat nenas yang sedang membesar tetapi di kelilingnya penuh rumput yang tumbuh. Ada diantaranya melonjak sangat laju. Lebih tinggi dari nenas. Jika dibiarkan memang tidak merasa hasil. Saya cuba mencabut rumput dan anak pokok. Saya lakukan selama 45minit. Boleh tahan juga peritnya. Lengan bergesel dengan daun nenas yang berduri. Lengan terasa perit.


Inilah rupa kebanyakan kawasan kelapa dan nenas. Rumput dan anak pokok bermaharaja lela. Pokok kelapa dipusu anak pokok liar. Apa nak buat. Nak cabut tidak cukup tangan. Nampaknya kena gunakan racun khas. 



9 Mei 2015
Banyak pokok yang ditewaskan oleh rumput. Akibat sebuan tiada penjagaan dan kadar hujan yang lebih kerap. Pertumbuhan rumput lebih laju hingga membelit pokok durian belanda menyebabkan pertumbuhan terbantut dsn adz yang mati.

Ada pokok condong.

Perlu tindakan segera.

Telah ditegakkan. Sebatang besi y panjang empat kaki dihentak pangkal pokok sedalam satu kaki. Hujung batang besi dan batang pokok dipaut dengan cara menambatnya dengan seutas tali. Pangkal pokok diberdihkan dari rumput jalar dan rumput yang memanjat.

10 Mei 2015
1. Mahu susun 21 pokok durian belanda di nusrey. .... siap separuh. Separuh lagi ditunda esok. .... siap.
2. Tabur baja kpd rumput napier yg rendah..... siap
3. Tanam 12 pokok durian belanda. Ditunda esok. Ditunda ke hujung minggu ini.
4. Cabut rumput celah nenas. Ditunda esok...siap
5. Tabur baja ke pokok durian belanda tepi pagar. ..... siap
6. Periksa bateri pagar. Ditunda esok....siap

7. Saya anggar sepintas lalu, 60 pokok durian belanda yang melepasi tinggi 5 kaki. 
8. Pulihkan dua batang pokok yang kurang daun.
9. Periksa pokok di bahagian teres tengah.
10. Beri baja kepada pokok kelapa yang cedera.

11 Mei 2015.
Hari ini aku cuti dari tugas rasmi.
Telah jalankan operasi cabut rumput kawasan segitiga nenas. Masih ada lagi rumput yang belum dicabut. Ada juga jenis rumput jalar yang degil, sukar ditarik.

Kawasan nenas yang luas ini perlu diracun rumputnya kerana sangat tebal. Jama telah melaksanakan tugas ini selama dua hari.

Untuk memusnahkan rumpair dicelah nenas, saya gunakan racun jenis xxxxxxxxx. Rumput akan mati tetapi nenas tetap tidak terjejas.

Kini aku tidak berasa risau kerana Jama telah memulakan tugas menyelengara kebun mulai 8 hb yang lalu. Kontraknya satu tahun. Keduanya mulai hari esok projek pondok yang terbengkalai akan disambung semula. Adi akan melaksana fugas itu. Ketiganya tanah kebun sawit sepupu saya abg Jamaludin telah dipasang pagar elektrik di sebelah hadapan. Maka pertahanan kebun saya semakin terkawal.

12 Mei 2015
Mendapatkan laporan Adi. Adi kata buat plaster dinding luar bahagian belakang. Jama pula mengatakan meracun rumput celah nenas di kebun hadapan.

×××××××××××××××××××××××××××××××××××
Target bulan Mei pertama
 Untuk menanam 300 pokok durian belanda yang ada dalam stok di nusery.
KEPUTUSAN----- GAGAL. DIBAWA KE BULAN JUN.
×××××××××××××××××××××××××××××××××××

×××××××××××××××××××××××××××××××××××
Target bulan Mei kedua.
Pondok siap bina.
Elektrik dan aircond siap pasang.
Tambahan hadapan siap.
Tambahan sisi siap.
KEPUTUSAN ---- 70% SIAP. DIBAWA KE BULAN JUN.
×××××××××××××××××××××××××××××××××××

14 Mei 2015
Masih ada rumput yang degil dalam nenas.


Jangan biarkan nanti habis nenas lemas ditewaskan. Benteras....


Benteras cara mencabut memang bagus tetapi kalau banyak koloni rumput degil ini dan kawasan yang berekar-ekar tentu kaedah cabut kurang sesuai.

16 Mei 2015
Sudah lama projek pondok ini terhenti. Kini kerja menyudahkan disambung semula. Adi kata mahu siap dalam tempoh 25 hari. 

Pekerja sedang memasang rangka syiling. Terkini, siling telah siap dipasang. Rangka tingkap dan rangka pintu telah siap dipasang. Hadi kata mahu siapkan dalam tempoh 25 hari.

Kasihan lihat kau condong. 

Aku tidak boleh lihat kau condong begini.

Aku harap kau selesa sekarang.
Ini beza antara tuan punya dan pekerja.


Kasihan.


Aku segera pasangkan tiang kayu sementara untuk menegakkan kau. Tiang besi akan menggantikan tiang kayu.

23 Mei 2015
Sudah enam hari tidak menjenguk kebun.
Kasihan anak ini kens racun. Layu... sukar baginya untuk meneruskan hayatnya.

Saya terus menelefon Jama bertanya mengapa jadi macam ini. Saya tidak mahu kecewaian merosakkan tanaman. Saya tidak mahu pokok yang saya tanam ada orang meracunnya.


Pengubat lara. Buah durian belanda ini makin besar.

Aku rasa kebun aku tudak terurus dengan baik. Baja sudah mula pecah dan bertaburan.


Melihat pokoknya kecil sahaja tetapi sudah mengeluarkan putik.

24 Mei 2015.
Kerja membina pondok sedang rancak. Ada empat orang pekerja diketuai oleh Adi.

Saya menanam empat pokok anak durian belanda termasuk menggantikan anak durian belanda yang layu terkena racun. Hingga kini baka Veatnam sudah 37 pokok berjaya ditanam.

30/5/15
Sebanyak 400 anak pokok kelapa matak sampai hari ini.