Sunday, November 30, 2014

Kebun Kampung Lompat - Disember 2014

Kini masuk bulan ketujuh marathon yang panjang ini. Setengah tahun telah dilalui. Seolah-olah telah melalui satu semester pengajian di universiti untuk mendapat ijazah. Perlu semak semula kelemahan.
Tindakan pertama .... kaji khidmat setiap orang pekerja. Jika ada yang kurang efision ambil tindakan. Telah ambil tindakan rehatkan seorang.
Tindakan kedua .... bina pagar elektrik sebagai tambahan kepada longkang. Siap bina pagar elektrik empat lapis dan tiga lapis. Kos pagar hadapan rm3700 dan belakang rm2700. Tiang pagar 200 batang kosnya rm700. Jumlah keseluruhan membina pagar elektrik ialah rm7100.00
Tindakan ketiga .... cari khidmat buruh yang lebih murah tetapi lebih cekap.
Tindakan keempat ... pemantauan yang lebih teliti dan menyeluruh. Disusuli tindakan pembetulan yang pantas.
Tindakan kelima ... tanam rumput penutup bumi dan pokok roselle untuk membendung hakisan.
Tindakan keenam ... tanam kelapa 500 pokok dan durian belanda 100 pokok.
Tindakan ketujuh ... siapkan pondok & stor.

2/12/2014 ... hari yang istemewa kerana menerima bantuan baja, racun dan alat pertanian daripada Jabatan Pertanian bernilai rm15,000.00  Sebelum ini saya telah mendapat bantuan pagar dan baja.
Terima kasih Kerajaan Malaysia.

Saya meninjau kebun petang ini. Usaha enam bulan yang lalu sudah nampak hasilnya. Nampak ada pokok durian belanda subur tetapi ads beberapa batang pokok condong. Mungkin tanah yang memegang akar tidak kukuh kerana lembut disebabkan hujan. Saya pasangkan kayu untuk menambat batang agar tegak semula.


Anak pokok yang disemai sendiri telah mula memeriahkan lagi kebun ini. Petang ini saya telah menanam enam pokok sepanjang tepi pagar.


Masih ada yang condong.
Perlukan penyokong.

Telah pasang tiang penyokong... kelihatan tegak semula.

Kelihatan satu turus pagar tumbang kerana tanah mengalami hakisan. Perlu dibaiki segera. Sudah hubungi Khairul.

Terdapat beberapa tempat masih lompang.... belum ditanam dengan nenas. Perlu penuhkan. Telah beritahu Jsma supaya dilaksanakan segera.

Aduh kasihan..... terbakar.... terlebih baja.
Sudah dua batang anak pokok durian belanda yang aku semai mati kerana panas akibat pembajaan yang tidak betul. Aku perlu berhati-hati selepas ini.

Sudah tanam empat ekar. Sedang berjuang tanam dua ekar lagi.

16 Disember 2014.. jam 6.40pagi.. aku memantau kebun ini. Terkejut sebatang pokok durian belanda terkulai. Pekerja tidak perasan?


Tidak boleh dibiarkan. Aku terus ambil tindakan.

Kini kau tegak semula. Seronok tengok pokok segar dan tegak. 
Terdapat perbezaan perasaan antara tuan punya dan pekerja. Kita suruh pekerja cabut rumput dan anak pokok liar di keliling pokok durian belanda. Bila cabut anak pokok liar menyebabkan pokok db hilang sokongan menyebabkan ia condong. Oleh kerana tiada arahan minta menegakkan pokok db maka ia dibiarkan begitu. Aduh.... tiada perasaan kasihan kepada pokok. Sebab itu tuan punya kena buat pemantauan selalu.

18 Disember 2014, jam 5.30petang.
Dapat berita kurang sedap dari Jama.. mengatakan 17 pokok anak kelapa tercabut angkara monyet atau beruk. Ini kali keempat pokok kelapaku dibinasakannya.

Nampaknya pagar elektrik dirempuh juga.
Kena ambil tindakan lain pula. Mesti ada orsng duduk di dalam kebun sepenuh masa.
Tindakan segera ialah buat pondok untuk pekerja.

20 Disember 2014
Sekali lagi dugaan besar. Tengok ini dia makan dan tinggalkan tompok hitsm dalam kebun.

Tebu yang tumbuh subur baru dapat baja minggu lepas gondol diratahnya. Nampaknya tebu adalah kesukaan mereka.

Huh.... dia lompat je longkang.
Ok kena buat pagar elektrik juga. Aku mahu bertindak sekarang. Terus beli dawai dan minta Khairul pasang sambungan pagar elektrik sekeliling tanah.
 



21 Disember 2014
Didapai ada pokok durian belanda yang layu dsn ada yang luruh semua daunnya dan dehannya boleh dipatah-patahkan
Saya potong pokoknya dan sarungkan dengan tin minuman untuk melindungi kulitnya.

Saya jirus air yang dibancuh racun anai-anai ke pangkal pokok untuk membenteras anai-anai. Satu kemungkinan ia diserang anai-anai. Saya cuba-cuba aja.

31 Disember 2013
Penutup tahun 2014.... tidak disangka banjir besar melanda. Tidak kurang 30 pokok kelapa tenggelam. Hanya dua pokok yang di bawah nampak pucuk sahaja. Tidak kurang 100 pokok buluh madu tenggelam. Tidak kurang 70 pokok durian belanda yang tenggelam.



Anak pokok nenas juga ada yang tenggelam. Kira-kira dua ekar tenggelam.

Paras air masih naik.
Sudah jadi ketentuan Allah. 
Saya akan terus berusaha.

Saturday, November 29, 2014

Pondok Atas Bukit

Saya bercita-cita mahu melihat sungai Pahang dari atas bukit. Sambil itu dapat menghirup kopi bersama WAWA. Saya juga mahu menulis sebuah buku ketika duduk di puncak itu. Saya inginkan sebuah meja yang klasik. Permukaan meja adalah sekeping papan tebal yang lebar. Disitulah nanti letaknya buku catatan dan komputer riba. Di situlah tempat saya berkarya.
Pertengahan November 2014 yang lalu saya memulakan usaha membina sebuah pondok. Tukang yang saya pilih ialah Amran. Amran hanya berjaya melakukan tugas hingga tengah Disember kerana musim tengkujuh. Projek terbengkalai hingga bulan April. Mulai pertengahan Mei barulah kerja disambung semula oleh Adi.
JCB sedang menyediakan tapak.

Sedang membina tapak. Saiz pondok 16'x 18'


Tiga batang tiang telah mula ditegakkan.


Guna kaedah griviti untuk mempastikan tiang tegak.

Sebelah petang 29/11/14. Kerja semakin laju. Sudah pasang galang.
Telah pasang gelegar.

Mahu bina dinding luar seperti dinding ini yang diperbuat dari buluh. Kemudiannya divarnish.

Telah pasang 10 gelegar.

8 Disember 2014... jam 6.35ptg.
Sudah pasang rabung. Esok boleh naik ataplah agaknya.

12 Disember 2014... telah pasang atap bahagian ibu. Petang ini pekerja akan pasang lantai.


Membina dinding batu ke tandas dan dapur.

JCB sedang memasang kerek lubang tandas.


Sudah memulakan binaan tandas dan dapur.

Sudah sembilan hari kerja tergendala kerana hujan.

13 Febuari 2015
Ada sedikit kemajuan.

21 Februari 2015
Cuba pasang sendiri bahagian dunding dan tingkap. Mula-mula ketam kayu dulu.

22 Februari 2015
Sudah berjaya memasang satu frame tingkap.

Memasang frame tingkap adalah kerja yang sukar rupanya. Belum siap lagi. IBanyak kena fikir dan cari kaedah yang memudahkan dan selamat. Berat frame tingkap itu 30 kilogram. Oleh itu perlukan tenaga untuk mengangkatnya.

27/2/15
Baru siap pasang frame tingkap. Huh.... boleh tahan juga susahnya. Walaupun mengambil masa yang lama, ini adalah satu kepuasan.

28/2/2015
Sangat perlahan.... tetapi dapat kepuasan.

Pembantu saya Arifin sedang mengetam papan. Arifin tidak pernah menggunakan ketam elektrik sebelum ini tetapi pantas belajar. Dia ada bakat jadi tukang kayu.

Projek terbengkalai lima bulan kerana tukang tidak dapat meneruskan tugas kerana banjir. Sejak itu hingga awal bulan Mei tiada kemajuan. Kini projek disambung semula.


Telah pasang siling.

Dapur dan tandas telah diplaster.

Tandas.

Dinding belakang

23 Mei 2015
Banyak kemajuan. Dinding papan sebelah dalam hampir siap.

24 Mei 2015

Dinding luar pondok ini nanti ialah buluh dan zink. Ada orang komen macsm reban kambing. Aduh tersentak dengar komen demikian. Jangan pedulikan komen yang negatif tersebut. Aku akan teruskan hingga berjaya. 


Pelantar hadapan.

Pendawaian elektrik juga telah disiapkan oleh Jali.

3 Jun 2015
Pendawaian siap pasang. Kipas sudah boleh berpusing.

Dinding dalam sudah siap divarnish.

Pelantar sudah hampir siap.

Tangga yang tidak menepati citarasa. Saya minta tukang bongkar dan bina semula.

Pokok markisa telah bersedia membelit tiang dan harap akan menjalar atas para.

Pintu hadapan telah siap pasang.

Pintu dan dinding telah vanish.

Tangga yang tidak ikut ukuran telah ditanggalkan dan sedang bina tangga baru.

Tabletop dalam pembinaan. Pekerja kata tile 2x2 tidak cukup tiga keping. Satu lagi kebimbangan ialah rasa khuatir peti ais tidak muat masuk ruang sebelah kanan. Ukuran ruang ialah 23 inci.

Pondok ini telah siap 75% bahagian dalam. Yang belum siap ialah
 tangga.... bina semula... 100%
Dapor..... siap 80%
Tandas......siap 60%
Pintu belakang....100%
Tingkap Cermin nako..... 100%
Dinding zink .....100%
Jaring para hadapan ...100%


Tangga dah siap.
Pemegang birai tangga dah siap.


Dapur telah siap.

Sedang pasang tile bilik air.

18 Jun 2015

Itulah pondok idamanku dari jauh.


21 Jun 2015

Suis ini terlalu tinggi. Tidak tercapai tangan WAWA. Dia komplen. Macam mana nak buat?

Tiga pokok markisa sudah mula membelit tiang. 

27 Jun 2015

Adi sedang memberitahu pekerjanya agar merombak tapak tingkap agar betul-betul harizontal. 
Pembunaan stor sudah 60% siap.

Khaidir sedang memantak paku pada frame tingkap.

Stor telah siap....100%
Dapur ..... 90%
Bilik air ... 80%

11 Julai 2015

14 Julai 2015


23 Ogos 2015
Sewaku sampai depan pondok kelihatan lampu garaj menyala. Syukur elektrik sudah ada. Bila masuk ke dalam pondok kelihatan kipas berputar laju.

Sudah 90% siap. Tinggal bekalan air sahaja lagi. Perlu buat tangki air.

25 Ogos 2015
Sudah beri duit kepada Awang rm1480 untuk pasang aircond 1.5HP.

8 September 2015
Pasang tikar getah.

Sudah boleh rehat di sini.
Sudah cuci lantai dapur.
Tindakan seterusnya:
1. Beli lap kaki... tiga. Sudah beli tiga.✔
2. Cuci tandas.✔
3. Pencuci tandas.✔
4. Tampal dinding papan.

Mulai 8 Oktb. 2015 tenaga elektrik dari pondok ini disambung kepada pagar elektrik. ✔
Tugas seterusnya buat sistem tadahan air hujan untuk menyiram pokok.

14 Oktober 2015
Letak bekas air dalam tandas dan menakung air untuk ambil air wuduk. 
Sembahyang magrib di sini.

10 Februari 2016

Pokok markisa telah memanjat tiang. Telah berbuah.


12/3/16
Sudah mencapai matlamat, ingin melihat buah berjuntai.


Air sudah sampai ke pondok.
Yang belum selesai... 
1. Aircon
2. Saluran air sinki
3. Saluran air ke tandas ... siap
4. Dinding ... siap
5. Saluran air hujung atap.
6. Sembur racun anai2.
7. Tangki air.
8. Cat dinding kayu.
 
Apa yang saya rancang telah hampir siap semuanya.
 
09 Februari 2017

Waktu malam. Markisa sudah beberapa kali berbuah.

Belum cukup untuk meneduhkan CDD8072. Perlu tambah tiga tiang lagi dan pasang kayu lintang. Telah siap pasang tiang dan kayu lintang. Perlu jalin dengan tali pula.

Sudah boleh keliling rumah, rumput tebal telah dipotong oleh pekerja. Boleh memantau dan meningkatkan kebersihan keliling rumah. Ruang hadapan rumah boleh dibersihkan dan boleh tanam dua baris nenas.


Diserikan lagi dengan lahirnya meja kayu antik. Belum siap lagi.