nuff

Thursday, October 9, 2014

Putik Durian Belanda Keguguran

Hairan sejak tiga bulan kebelakangan ini putik durian durian sentiasa gugur. Saya hanya merasa dua biji yang mula sahaja. Lepas itu putiknya tiada yang lekat.

Inilah pokok yang rajin berputik tetapi kebelakangan ini asyik keguguran.

Selepas beberapa hari puyik ini gugut. Apa sebabnya? Perhati betut2... ada semut. Saya perhatikan ada beberapa ekor semut berkerumun di keliling tangkai. Ada itu penyebabya?

Siapa tahu apa sebabnya?

Tengok yang ini... minta2 boleh lekat.

Melalui pengamatan , saya agak gerombolan semut yang mengelilingi putik adalah penyebab?
Saya gunakan kaedah mesra alam. Saya bland bawang putih dan ambil airnya. Saya sembur kepada putik durian belanda itu. Nampak gerombolan semut itu lari. Saya akan tinjau lagi.


Malam semalam saya sembur dengan air bawang putih... semua semut lari. Pagi ini saya buat pemerhatian. Didapati semut-semut itu bertumpu balik di tangkai putik itu. Malam ini saya akan buat pemerhatian lagi.

Saya campurkan cecair bawang putih dengan sabun supaya cecair itu melekat lebih lama. Saya semburkan sekali lagi.

10 comments:

Unknown said...

pokok durian belanda tidak berbuah kerana kadar pendebungaan yang rendah. Ini kerana daun durian belanda bersifat insect repellen.Serangga seperti lebah jarang kite lihat berada di pokok durian belanda.lagi satu waktu kesuburan fasa jantan dan betina berlainan.oleh itu durian belanda memerlukan pendebungaan berbantu.caranya,
gunakan berus lukisan dan sapukan pollen dari fasa jantan (seperti gambar 2) pada permukaan stigma pada fasa betina (seperti gambar 4). pilih bunga yang kelopoknya telah terbuka kerana stigmanya telah subur. fasa betina biasa bermula jam 4-5 ptg.dan fasa jantan biasanya bermula jam 8-9 malam. elakkan pendebungan berbantu dilakukan awal pagi kerana kesuburan fasa betina pada tahap minimum.

Yahya Zainal Abidin said...

Ini ilmu yang sangat berguna. Saya akan cuba. Terima kasih encik Rosdi Azis.

Unknown said...

good idea. ttp mcm mna nak tentukan pollen fasa jantan dan stigma fasa betina. Tak dapat nak bezakan. Harap dapat penjelasan

Zam said...

Assalam tuan....mcm msne permehatian tuan ttg putik d.belanda gugur...betul ke kerana semut?...sbbnye putik DB sy pun mcm tu....buat pdenbungan gune berus (2 bijik je jadi)..lain2 putik jadi hitam dan gugur...dbunge kaedah goncang pokok....putik pun jadi hitam jugak.....tak tau kenape?

hassim said...

Gambarnya dimana tuan?

Feed said...

wassalam...
sebenarnya bila pendebungaan berjaya, putik tak gugur, cuma kena sabar sikit la, dalam tempoh sebulan atau lebih putik akan kembang.. bila dah ada pengalaman sendiri baru faham..

saya guna teknik goncang, waktu terbaik utk goncang, selepas solat maghrib, lepas isyak pon boleh..

Debunga jantan dan betina dalam kelopak yg sama. Jantan bahagian belakang dan betina depan.. Bunga betina matang selepas asar dan debunga jantan selepas solat maghrib.
Jadi lepas asar tu tgok bunga mana yang dah kembang dan warna kuning, kalau tengok dalam bunga tu akan nampak bunga betina dah mula melekit dan keluar bau, bahagian jantan dah mula bertukar warna gelap..

ok... yg mnjadi tak berhasil walaupon dah goncang tu sbb ketika goncang, bunga menghala ke bwh. Akibatnya debunga jantan akan jatuh ke tanah dan tak melekat. Caranya, klu bunga tu hala ke bwh, tolak bgi menghala ke dpn, baru goncang. klu berhasil, tgok dalam kelopak tu, kita akan nampak debunga jantan melekat pada betina. Debunga jantan ni yg serbuk warna kuning tu.....

Kalau ada yg kurang faham boleh drop email kat sini. Saya boleh kongsikan gambar dan video cara2nya..

Unknown said...

Saya petani db. Gambar yang tuan tunjukkan itu bukan putik, tetapi stigma yang tidak ter debunga oleh polen. Ini menyebabkan stigma tidak boleh menjadi buah dan sememang lazimnya dia gugur.

Bunga db untuk menjadikan buah, ianya harus di debungakan sendiri sebab bunga db tidak di debungakan oleh serangga kerana waktu matang nya adalah waktu senja membawa ke malam.

Agak sukar nak di jelaskan di sini bagaimana untuk membuat pendebungaan kepada pokok db ni. Memandangkan ia adalah masalah kepada semua penanam db, maka saya mengambil ikhtiar mengujudkan group wassap, setelah group wassap penuh (257 orang), saya wujudkan pula satu lagi group telegram db, kini keahliannya telah mencecah lebih seribu orang. Disamping itu saya juga mengajarkan orang bagaimana cara mendebungakan (kawinkan) bunga db melalui youtube.

Tuan-Puan di jemput untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang db dengan menyertai saya di dalam group yang aktif ini. Nanti saya ajarkan apa yang perlu. Boleh search fb saya SANI MOHAMAD LWNOVO sebagai rujukan awal.

Terus email saya dan tinggalkan no hp untuk memudahkan kemasukan ke dalam group. Boleh juga komen di fb saya, nanti saya ambil tindakan.

Anonymous said...

Mohon video tuan...ksdien27@gmail.com

Yahya Zainal Abidin said...

Terima kasih...satu tunjuk ajar yg sangat berguna.

Anonymous said...

mohammadsahdansahdan@gmail.com

Post a Comment