Saturday, May 17, 2014

PERKONGSIAN UNTUK HIDUP

Saya menjenguk LOVING GARDEN untuk melihat perkembangan pembesaran buah durian belanda yang sebiji itu.


Saya memeriksa pokok demi pokok. Alangkah terkejutnya, ada dua pokok terdapat sarang burung di celah dahan. Sarang pada dahan belimbing telah ditinggalkan. Maknanya burung yang buat sarang itu telah bertelor dan telurnya telah menetas. Barangkali anak burung telahpun pandai terbang mengikut ibunya.



Saya terjumpa sarang kedua dicelah dahan pokok durian belanda. Saya telah buat beberapa kali pemerhatian. Saya pasti sarang itu masih digunakan kerana malam semalam, sewaktu saya menyuloh sarang itu dari dekat tiba-tiba ada burung terbang tiba-tiba dari sangkar itu. Saya terkejut juga, seperti burung itu terkejut kerana diganggu.


Pagi ini saya meneliti lagi. Saya mahu mengambil gambar dari atas, saya mahu menyiasat apa yang ada dalam sangkar itu? Wau ada tiga biji telur. Sewaktu saya mengambil gambar, kedengaran kicauan burung yang bising sekali. Saya percaya, itu bunyi tuan yang ampunya sarang dan telur itu. Selepas mengambil gambar saya pantas menjauhi sarang itu. Barulah kicauan berhenti. Burung itu marah saya mendekati sarangnya.


Kalau sewaktu kecil dahulu saya akan ambil telur itu, lalu direbus dan makan. Waktu kanak-kanak perut kerap terasa lapar, itulah makanan tambahan saya. Sekarang saya mahu biarkan telur itu dieram oleh ibunya hingga menetas. Saya mahu lihat anak burung terbang dari sarang ini.

Melalui pengalaman, burung membuat sarang dekat dengan tempat dia makan. Dalam LOVING GARDEN ini memang ada pokok senduduk. Saya beli beberapa pokok enam bulan yang lalau. Pokok ini rajin berbuah dan bunganya bewarna pink, kelihatan cantik menawan. Sewaktu bunga berkembang, saya lihat banyak rama-rama terbang dan hinggap di atas dahan pokok senduduk itu.

Inilah rantaian makanan dan saling bergantungan makhluluk ciptaan Allah S.W.T.

Saya seronok memerhati kejadian ini. Inilah satu penerokaan ilmu.
Saya akan terus memerhati.

Saya bertanya kawan-kawan yang arif tentang burung dan juga merujuk kepada internet. Seorang kawan yang arif ialah sdr Manas. Burung itu berwarna kelabu dan ada tompok putih di bahagian kepala. Saya bandingkan burung itu dengan dalam gambar internet, ada kesamaan. Maka saya sahkan bahawa burung itu adalah merbah kapur.

Pagi 22 Mei 2014, saya menjenguk sarang burung itu. Waktu pagi sekitar 7.30pagi, burung merbah kapur itu telah keluar mencari makan. Inilah peluang saya mengambil gambar. Dia sibuk mencari makan, saya sibuk mengambil gambar. Saya lakukan dalam masa beberapa saat sahaja, lepas itu terus berlalu. Saya bimbang burung itu Nampak saya. Jika dia Nampak pasti dia akan bising. Saya tidak memegang telur itu. Bimbang kalau terkasar akan pecah.



Saya akan meneruskan pemerhatian.

Dua hari berikutnya saya mengintai lagi.
Alangkah terkejutnya bila melihat gambar anak burung telah menetas. Yang dua biji lagi belum menetas lagi.


28/5 hingga 3/6/2014 saya dengan rasa bimbang terpaksa meninggalkan anak burung dan telur dalam sarang itu kerana saya pergi ke Istanbul. Turki. Saya berharap semuanya selamat.

Saya tidak sabar untuk mengetahui perkembangannya.....

4 Jun 2014, jam 7.15pagi.
Inilah kesudahannya.


Inilah yang kelihatan. Anak burung telah tiada. Harap-harap ia telah terbang bersama ibunya. Telur yang dua biji itu rasanya tidak mahu menetas, sambaing agaknya. Saya tidak mahu mengusiknya.

Saya mahu meneruskan pemerhatian. Apakah akhirnya telur dua biji ini?

semalam 8/6/14 saya membuat pemerhatian lagi. Alangkah terkejutnya saya sarang telah kosong. Kedua-dua biji telur itu telah lesap. Timbul satu persoalan, ke mana perginya telur-telur itu?
Ada orang mengambilnya? Dilarikan oleh ibunya? atau dibaham oleh ?????

Saya berharap seekor anak burung itu telah terbang bersama ibunya.

TAMAT
 

CAMAR MENYAMBAR SELUANG

Semalam camar sempat menyambar anak ikan seluang di permukaan air.


Pada jam 9.15 pagi menyambar anak seluang beratnya 0.520



Pada jam 10.30 pagi melepaskan tulangnya yang berharga 0.535

Sekadar untuk tea tarik dan roti canai.


 

Friday, May 16, 2014

Khasiat Daun Durian Belanda


Malam ini saya memetik 10 helai daun durian belanda di belakang rumah. Saya basuh dan rebus. Selepas mendidih biarkan beberapa minit dan kemudian minum. Wah rasanya enak, ada lemak-lemak sedikit. Warna airnya jernih kehijauan.

Khasiatnya nak tahu? Melalui maklumat dari internet, katanya boleh menghindar penyakit kanser dan macam-macam lagi.


Kalau hendak tahu lebih lanjut lagi sila taip sahaja “Khasiat daun durian belanda” dalam internet, banyak sekali maklumat yang anda boleh dapat.

Daun durian belanda yang baru dipetik. Saya pilih daun yang muda.
 
 
Saya minum air durian belanda yang suam. Huh enaknya. Katanya boleh mengubatkan banyak penyakit dan menambah kesihatan badan.
 
Saya masih mencuba dan menyelidik.

Satu lagi kegunaan daun db ini ialah buat mandi serum. Celurkan lebih kurang 10 helai daun db dalam air panas. Biakan 30 minit. Gunakan air rebusan sebagai bilasan akhir seluruh badan. Daunnya yang telah lembut itu dilomorkan ke pipi. Saya telah cuba malam tadi.  Memang rasa 

Thursday, May 15, 2014

Bersama WAWA pada 5 Mei 2014 di Paris

Satu post yang paling istemewa bersama isteri tersayang WAWA pada hari jadinya di perkarangan Musee Dulovre Paris.



 

Thursday, May 8, 2014

Siri TINTA PRESIDEN

Saya sedang menyiapkan buku terbaru WATAK GURU dalam Siri TINTA PRESIDEN. Kalau tiada aral meluntang.... akan terbit pada 11 Jun 2014. Buku yang telah diterbitkan ialah RAHSIA CEMERLANG MATEMATIK dan BAPA HEBAT.
 
 Saya merakamkan satu memori istemewa, menyemak draf buku Watak GURU sewaktu menghirup kopi di Caffe Concerto, tengah kota London pada 08 Mei 2014.
 
 

Sepekan di Eropah

Assalamualaikum.
Hajat saya hendak meninjau negara di Eropah termakbul juga.
Pada 1 Mei 2014, saya dapat melihat bunga tulip yang kembang berwarna-warni di Amsterdam, Belanda.
Pada 4 Mei 2014, saya berpeluang memijak salji di puncak Titilis.. Swizland. 
Saya juga dapat melihat seluruh kota Paris dari puncak Paris Tower pada 6 Mei 2014.
 
Merasa juga saya memijak salji di puncak gunung Titilis, di Swizland 
Saya dapat melihat pemandangan kota Paris dari menara Paris ini.
 
Bersama WAWA menikmati keindahan bunga Tulip di Amsterdam pada 1 Mei 2014.