nuff

Saturday, October 20, 2018

Tanaman Kontan - Pisang

Sudah mula berhasil

15 bulan yang lalu mula tanam pisang lemak manis dan pisang berangan. Sudah keluar hasil tetapi sering kali gagal memasarkannya. Yang pasti laku ialah jantung pisang berangan jual tolak kepada seorang pengusaha kedai makan. 
Tujuan asal tanam pisang adalah untuk menampung sebahagian modal yang keluar. 
Kini hasil telah keluar, aku perlu cari saloran penjualan hasil. Wang sudah terlalu hampir. Perlu cari saluran pemasaran. Boleh jual buah, jantong dan anak benih.
1.  Perlu buat iklan melalui poster atau kain rentang. Ada gambar anak pisang dan nombor telefon.
2.  Cari penjual untuk hantar pisang yang hampir masak.....sudah jumpa. ✔ beliau mahu tiap-tiap minggu. Sangat menggalakkan.
3.  Perlu selenggara pokok dan beri baja.
4. Buang satu baris pisang lemak manis yg tidak subur.
5. Buang anak yg berlebihan. Tinggalkan dua sahaja. Sudah beritahu Amir.✔

11/11/18.... berjaya petik pisang dianggar 97kg berangan dan 20kg lemak manis. Jantung ada 31 biji.  Terus jual tolak semua... syukur dapat rm220. Pertama kali jual pisang terus habis semua dan dapat terus wang paling banyak setakat ini. Jantung sudah ada pembeli tetap, harganys rm45. Bermakna kali ini dpt rm265. Sangat bermakna bagiku. Ini adalah penguat semangat.

17/11/18. 
Berjaya jual 66kg. Dapat rm122 hasil jualan kelapa.
Nak cuba bubuh baja 12-12-17 kot2 buah boleh bertambah berat. Telah beri baja.✔ Perlu dua bag lagi.

18/11/18. 
Telah roto kawasan baru. Mahu tanam anak pisang nangka. 
1.Bulan nov 200 .. 9  10  ..05..  09✔siap
2. Bulan dis 150.. 11  12  ..06.. 10
3. Bulan dis 150.. 01  02.. 07.. 11
4. Bulan Jan19 200.. 03  04.. 08.. 12

Target
📌Sept19 haverst.200×10×2.5 = rm5000
📌Oktb19 haverst 200×10×2.5 = rm5000
📌Nove19 haverst 200×10×2.5 = rm5000
📌Dis19 harvest 100x10x2.5 = rm2500

26/11/18
Berjaya jual pisang berangan 81kg dan lemak manis 41kg. Dapat rm262. Sykur alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment