nuff

Thursday, June 7, 2018

BUBUN POKOK KELAPA

6J0Banyak pokok kelapa yang ditanam mati. Dianggarkan 610 pokok semuanya. Kebanyakannya dimusnah musuh. Ada juga mati kering kerana kemarau.
Kini saya mahu menanam semula setiap yang mati itu. Tidak boleh berlengah lagi.
▶️Lereng kebun hadapan.... kira2 250 pokok.
▶️Kebun belakang hilir.... kira2 100 pokok.
▶️Kebun belakang tengah.... 50 pokok.
▶️Kebun belakang atas bukit.... 10 pokok.
▶️Kebun belakang tanjung.... 200 pokok.

🌱Beli kelapa pandan 200 pokok
🌱Beli kelapa MRD 150 pokok. Siap✔
🌱Beli kelapa MYD 200 pokok
🌱Beli kelapa Tagnanan 30 pokok. Siap✔
🌱Beli kelapa mataq 100 pokok

📌Hantar semua pokok kelapa pandan yang dekat pokok durian ke kebun dalam tempoh seminggu mulai 11/6/18. Siap✔

📌Hantar semua pokok kelapa mataq dkt pokok durian ke kebun.✔ tinggal satu pokok untuk pemulihan sebelum hantar.

3/6/18.... tanam 20 pokok kelapa pandan di tanah belakang.
5/6/18.... tanam 12 pokok baka MBD di teres hadapan.
7/6/18.... tanam 14 pokok baka MBD, bersambung dengan teres dua hari lalu.

03/6/18       20               MGD & Pandan✔
05/6/18       12       32    MBD ✔.
07/6/18       14       46    MBD ✔
09/6/18       50       96   MRD & MGD✔

Pencapaian sehingga kini 96/610 = 15.7%

19/6/18      25       121   Kelapa brown di teres depan.
27/6/18  20 141  k pandan di belakang. ✔
01/7/18  150 291 MRD di teres dpn.✔
03/7/18   30  321 Tagnanan. Kebun hadapan  bhg belakang yg cerun berteres
07/7/18   18   339 Mataq.
08/7/18   11   350 Mataq.
15/7/18   17   367 Pandan.

Terkini 350/610 = 60.2% 

Stok kelapa yang masih ada spt  seperti berikut ;

1. Mataq ada  1
2. Pandan  ada 30....... jumlah 31 pokok.

Pokok yang telah pesan;
1. MRD ..... 50 pokok
2. MYD..... 200 pokok. ....jumlah 250pokok.
3. Tagnanan.... 30 pokok

Mencukupi.

Buat rondaan di bahagian bawah dekat paya. Didapati ruang yg masih luas untuk tanam kelapa. Benih yang boleh tanam ialah MRD, MYD dan Kipsas Brown. Boleh masuk sekuang2nya 150 pokok lagi. Pagar juga perlu baiki segera.

Sangat sukar mencari benih kelapa. Nak beli benih F1 Mataq boleh dikatakan tiada. Yang ada F2... ikut pandangan pegawai Jabatan Pertanian F2 tidak terjamin hasilnya.
Saya mula mencari buah kelapa jenis MRD atau MYD untuk semai sendiri.
Pencarian sudah bermula.
Pada 12/6/18 jumpa pokok MRD di belakang rumah arwah ayah di Sungai Ling. Saya dapat 8 biji buah yang telah tua, kulitnya telah kering. Saya paras kulit sebelah tangkai agar ia mudah cambah.
Sebagai menghargai jasa empat batang pokok ini, saya tabur baja di keliling pangkal pokok2 itu. Saya beri baja untuk subur dan baja penggalak buah. Satu lagi usaha yang perlu buat ialah bungkus buah dengan kain atau plastik, kalau tidak buah kelapa yang muda akan dikerit oleh tupai.

23/6/18
Beli 210 biji kelapa pandan tua untuk buat benih dari pn Rosni Kg Huma Luas.✔
Perlu buat atap peneduh dan paras pangkal buah.

17/7/18
Hantar 1 bag baja 15-15-15✔
Hantar 1 bag baja 16-16-16✔
Hantar besi 20 batang.✔
Hantar jaring hitam 1m 1 gulong.✔
Ambil gerudi utk baiki🇲🇾
Ambil daun db🇲🇾

20/7/18
Hantar 2 gulung jaring plastik hitam.
Hantar 10 pokok kelapa pandan.
Hantar 2 bag baja 15-15-15 utk pokok db kebun belakang.
Hantar 5 pokok lada kecil.
Tebuk tangki pasang saluran keluar.

23/7/18
✔Hantar 2 bag baja 16-16-16 4%S 25kg satu, harga rm110 utk tabur pangkal db kebun belakang.
✔Ambil 10 biji kelapa pandan yg telah cambah.
✔Ambil buah durian belanda yang tua 6 biji.
✔Tebuk dua lubang tangki air.

5/8/18
Memindahkan 4 pokok kelapa dari tapak semaian ke kebun belakang.
Terkini 354/610

12/8/18
Samsul ditugas untuk memindahkan 4 pokok dari tapak ke kebun belakang.
Amir ditugaskan menanam 20 pokok kelapa pandan di kebun belah hilir.
Terkini..... 378/610.... 61.9%

18/8/18
Aji ditugaskan menanam 24 pokok MYD di kebun hadapan.
Terkini..... 402/610 ..... 65%

STOK
Semai 800 pokok kelapa pandan di celah baris kelapa pandan kebun belakang.

No comments:

Post a Comment