nuff

Thursday, June 15, 2017

Pokok Kelapa Pandan Yang Rajin Berbuah

Tahun 2003 saya tanam dua pokok kelapa pandan. Empat tabun kemudian mula berbuah.
Pada mulanya saya tidak berapa ambil berat fasal buahnya. Ramai juga jiran minta kelapa muda untuk buat ubat. Beberapa tahun kemudian buah yang tua gugur dan cambah. Saya biarkan sahaja. Ada jiran yang minta, saya berikan sahaja. Dua pokok ini rajin berbuah.

Sejak tahun 2015 saya mula beri perhatian. Saya beri baja buah dan juga urea. Nampaknya semakin rajin berbuah. Seterusnya saya pungut buah yang gugur dan biarkan beberapa bulan ditempat teduh. Kira2 dua bulan kemudian dia cambah.

Ini pokok pertama, buahnya memang lebat.

Ini pokok kedua, buahnya kurang lebat. Dalam setandan lekat 4 hingga 6 biji sahaja.
Saya tidak pasti apa sebabnya. Mungkin saya kena tabur urea dalam masa terdekat ini.

Saya telah berjaya membesarkan benih yang cambah hingga berusia enam bulan. Saya telah berjaya tanam lebih 150 pokok, iaitu kira-kira dua ekar. 

Kini anak pokok kelapa di kebun kelihatan subur.


Bulan Oktober 2016. Pekerja sedang menanam anak pokok berusia enam bulan.
Kini umur pokok kelapa pandan telah berusia satu tahun. Jika elok jaganya pasti pokok ini akan berbuah dua tahun setengah lagi dari sekarang. Dijangka awal tahun 2020 akan berbuah.


Kumpulan kelapa pandan di atas itu dikumpul sejak empat bulan yang lalu. Kumpulan bulan Mac ada 10 biji telah mula cambah. Ada 11 biji baru kumpulan keempat yang digugurkan semalam(14/6/17).
Kelompok Mac  ada 10 cambah 6.
Kelompok April ada 7
Kelompok Mei ada 9
Kelompok Jun ada 11
Kelompok Jun kedua ada 4

No comments:

Post a Comment