nuff

Friday, November 4, 2016

Ulam Pegaga Siri 2

4/11/16
Setahun saya tinggalkan ulam pegaga rupanya.
Hari ini saya sambung semula. Saya makan mentah segumpal.

13/11/16
Makan sejemput. Hampasnya saya lomor ke bahagian pipi kiri.


Tuesday, November 1, 2016

Kebun Kampung Lompat November 2016

Keutamaan bulan ini ialah pagar. Ketahanan dan kekuatan pagar perlu jadi keutamaan.

Tanam labu - semai biji labu dalam tray, target 1000 lubang. Pindahkan ke kebun 600pokok. Telah berjaya pindah ke kebun 180 pokok.

Tanam betik, target 100 pokok. Telah hantar tepi lubang 120 pokok.✅. Siap tanam 120 pokok.✔

Bersih dan pulihkan kelapa dalam nenas. Siap bersihkan 8 pokok hingga 17/11. Tanam kelapa, target 30(bubun).✔

Tanam 51kelapa pandan. ✅Siap tanam.✔

Tanam air mata pengantin di lereng teres.

Tanam durian belanda 130 pokok. Telah hantar ke kebun belakang 100 pokok. Telah siap tanam 100 pokok.✅

Tanam 20 pokok buluh lemang. Siap pada 7/11/16 pada hari jadiku.✔ Kelihatan daunnya segar dan menghijau.

Melalui pengalaman hasil kerja menjadi lebih sempurna dan lebih cepat siap jika tuan punya terlibat sama. Kerja yang berat dan susah misalnya membubun kelapa susah dilakukan sendirian. Begitu juga memasang jaring pagar.

Tuan punya boleh juga memulakan kerja dan tunjuk cara dan selepas itu pekerja meneruskan tugas itu misalnya menabur batu jalan.

Ada juga kerja yang perlu dilakukan dua orang misalnya mendirikan tiang batu.

Aada kalanya pekerja tidak melakukan kerja seperti diarahkan. Mungkin terlalu sibuk atau tidak faham arahan mulut. Oleh itu saya perlu lakukan dahulu. Pekerja memerhati apa yang saya lakukan. Beberapa jam kemudian selepas rehat saya ajak pekerja meneruskan kerja tersebut. 

Hari pertama bulan November.... ini rezeki dari kebun, penguat semangat.

Beratnya 6kg tetapi kira 5kg sahaja. Harga diskaun hanya rm3 sekilo. Maknanya saya akan dapat rm15. penguat semangat bulan November.

Petua berkebun;
1. Boleh keluarkan hasil tiap2 hari untuk saradiri. Contohnya tanam labu dan jual hasil selepas tiga bulan. Tanam lada, serai dan macam2 lagi untuk makan sendiri. 
2. Boleh keluarkan hasil setiap minggu untuk gaji pekerja dan juga bayar balik pinjaman. Contohnya tanam betik dan boleh jual hasil selepas satu tahun. Pisang boleh mengeluarkan hasil selepas 10 bulan.

3. Boleh keluarkan hasil setiap bulan untuk dapatkan balik kos pembangunan dan bayar hutang bank. Contohnya tanam kelapa, kelapa sawit dan durian belanda.

4. Fasa pengembangan. Boleh jalakan usaha berkaitan seperti semaian benih durian belanda, ternak kambing atau ternak lebah kelulut.

Rupanya saya telah terlepas dari amalan petua tersebut. Namun begitu saya lakukan juga langkah pertama selepas terlepas hampir tiga tahun. Biar terlewat asal jangan terus tidak melakukan.


Tugas memantau.


Kerja bulan Oktober yang belum siap. siapkan bulan ini.
Pulihkan pokok betik dalam polybag yang cedera pindah ke polibag yang lebih besar.

Tindakan yang perlu disegakan
1. Pokok kelapa banyak yang rosak pucuk diserang ulat atau kumbang. Perlu pulihkan segera. Telah beli racun furadan.✅
2. Pagar kebun hadapan perlu diperbaiki.

6 November 2016
1. Tabur batu sepanjang jalan dalam kebun sawit.
2. Membersihkan keliling pokok durian belanda yang ditanam bulan Ogos lalu... lebih 30 pokok berjaya diselamatkan. ✔
3. Membaja pokok 50 pokok kelapa dengan baja euria. Habis 25kg. Ada baki 25kg lagi untuk pokok sebelah depan.✅. Siap.✔
4. Telah berjaya tanam benih labu 38 polibag di belakang rumah. Jika subur akan tanam di kebun.✔


Di celah anak kelapa kelihatan anak labu mula melonjak. usianya baru seminggu. Bila daunnya kembang dan pokoknya keras baru boleh pindahkan ke kebun. Ini adalah langkah mengelakkan pembaziran biji benih dan mengelakkan serangan ulat dan serangga pada usia kurang dari satu bulan.

10/11/16
Amir buat passport dk Kedutaan Indonesia. Gagal, pihak kedutaan minta datang awal pagi. Banyak juga masalah sampingan. Ada orang tidak tahan dgn aircond bila terlalu lama dlm kereta. 

12/11/16
Berjaya menanam 51 pokok kelapa pandan bersama Amir. Lepas itu memasang kayu alang para pokok jalar markisa. Lepas itu pungut beberapa biji buah labu. Hantar anak pokok betik dan anak labu. Kerja tiga jam lebih sungguh seronok walaupun terasa habis tenaga.

13/11/16
Mengutip labu dan nenas. Membersihkan 4 pokok kelapa di dalam semak, terus beri baja urea. Pasang tali sebagai para markisa.


Labu kelihatan tumbuh subur kerana ada baja, air serta kesesuaian tanah. Hasil jualan dapat rm78. Ini adalah penguat semangat. Perlu luaskan pasaran. 

Mulai sekarang mesti pulihkan pokok kelapa yang di dalam semak. Terbiar hampir setahun. Sempat bersihkan empat pokok dan terus beri baja eurea.

Target 19/11/16
1. Cuci lapan pokok kelapa dalam nenas.✔
2. Bubun 10 pokok kelapa.✅
3. Tanam 25 anak pokok labu.✔
4. Pasang jaring pagar.✅ tidak cukup satu gulung...perlu beli lagi.
Baru bubun... kelihatan subur. Perlu tebas lagi agar diameter kawasan bersih lebih luas. Lepas itu beri baja 15-15-15.

20/11/16
Jual labu dan limau kasturi dapat rm34.... penguat semangat.

23/11/16
Suruh Syafik hantar net hitam dan baja penggalak akar ke kebun. Suruh uruskan mesin gerudi tanah yang rosak, hantar baiki di Temerloh.

Tugas 27/11/16
1. Baja db dan kelapa yg baru tanam. 
2. Cuci satu baris db.✔
3. Tabur batu jalan naik kebun 
4. Kutip labu dan nenas.✔
Membersihkan 110 pangkal pokok durian belanda yang ditanam tiga bulan yang lalu. penuh dengan rumput liar. Ambil masa hampir tiga jam.
Rasa terubat bila lihat pokok db yang berbuah.
Pokok yang subur, pangkal pokok yang besar dan cukup baja serta air akan menghasilkan buah yang besar dan cantik.

Hasil hari ini. Hilang rasa letih bila berjaya memetik hasil. Labu & durian belanda subur dan cantik. Hasil jualan labu 90kg, nilainya rm135, syukur alhambulillah penguat semangat.


Kejayaan sudah dekat. Mesti teruskan komitmen dan tindakan yang tepat.  

Fikirkan kaedah menyiram yang paling berkesan pada musim kemarau. Takungan air di mana? Diperbuat daripada apa? Sumber air dari mana?

Pokok Air Mata Pengantin sudah mula berbunga. Ambil masa enam bulan sejak mula disemai hingga berbunga. Serangga dan lebah telah mula hinggap untuk menyedut madu.


Buah db masak, isinya putih bersih, rasanya enak dan bijinya hitam gebu. Bahagian empulurnya juga putih, ini adalah bukti buah ini berkualiti tinggi.

Buah db ini masak sehari selepas dipetik. Saya sedang mengumpul bijinya untuk disemai. Inilah benih yang saya mahukan. Biji yang berkualiti.

Masuk hari kedua, empulur masih putih  begitu juga isinya, menandakan buah ini berkualiti tinggi.

Bijinya hitam dan gebu menandakan biji yang sihat. Saya akan manfaatkan hasil yang elok ini. Saya akan semai. 

30/11/16. Penutup bulan Novembet, hantar empat takung pokok pegaga untuk dibiakkan di kebun.

Lokasi untuk menanam pegaga ialah keliling bane yang telah mati.