nuff

Friday, March 21, 2014

Buku Siri TINTA PRESIDEN

Syukur alhamdullilah, saya menjadi lebih focus kepada hobi saya sejak saya menamatkan akaun fb. Bukan fb itu tidak bagus tetapi saya ini jenis orang yang mudah ralit. Banyak masa dihabiskan mengadap fb. Tanggal 9 Disember 2013 yang lalu saya mengambil tindakan yang "menyakitkan". Pada mulanya terasa kekok juga tiada fb tetapi akhirnya saya dapat menyesuaikan diri.


Sejak itu saya memberi tumpuan kepada penerbitan buku. Saya mengedit semula dan buat ubahsuai kepada buku yang telah saya terbitkan. Saya beri nafas baru dan Berjaya diterbitkan oleh Anjung KIPSAS.
Pada bulan Februari saya Berjaya menerbitkan RAHSIA CEMERLANG MATEMATIK. Bulan Mac berjaya menerbitkan BAPA HEBAT.