nuff

Tuesday, October 14, 2014

Belajar peringkat PhD ?

Semalam saya bersama lima orang pensyarah kanan KIPSAS pergi ke UMP jumpa pasukan pegawai kanan diketuai TNC Akademik. Kami berbincang fasal peluang belajar buat PhD dan Master di UMP.

KIPSAS telah mohon naik taraf Kolej Universiti. Mengikut syaratnya, akhir tempoh lima tahun dapat KU 40% pensyarah mesti ada PhD. Buat masa ini hanya 10% sahaja yang ada PhD itupun kebanyakannya pensyarah yang dipinjam dari Universiti Al-Azhar Mesir.

Rakan-rakan di KIPSAS ajak saya buat PhD juga. Aduh ini satu ajakan yang sukar dipenuhi. Umur dah nak masuk 60 baru nak buat PhD? Macam mengarut aja. Tetapi saya percaya otak saya boleh ikut pelajaran lagi. Tetapi boleh bersabar ke hingga umur 64? Masa itu mungkin dah tak jadi rector dah, dah tua kan? Aduh sukarnya hendak membuat keputusan.

Ramai rakan di KIPSAS kata, "kalau datuk buat PhD, kami akan ikut."
"Aduh ini lagi satu beban, macam monyet sudah bertengek atas bahu saya. Nak kuis payah, kaki dan tangan monyet itu mencengkam kuat."
"Oh... aku dalam delima."

Saya merayau dalam alam siber. Jumpa macam-macam pandangan, tetapi tertarik dengan pandangan yang ini. Ini coretan NorainiMNoor. Pandangannya positif.

 
Satu lagi petikan yang memberi kekuatan kepada saya dari NorainiMNoor ialah paparan kata-kata LAO-TZU
 
 
Kalau kata dah tua, ada orang umur 74 tahun sedang buat PhD di UMP ini.
Kalau pilih buat PhD, apa pula bidang atau tajuk yang hendak dikaji?
Dah bertambah sukar membuat keputusan.
Antara tajuk yang saya fikirkan berkisar kepada beberapa perkara. Antaranya;
  1. Mengapa peratus pencapaian cemerlang Matematik pelajar Melayu masih rendah?  
  2. Minat membaca yang rendah masyarakat kampung membawa kepada kelemahan dalam bidang pelajaran dan ekonomi.
  3. Membangunkan semula belia tercicir/ lemah pelajaran ketika di bangku sekolah.
  4. Keciciran dari arus pembangunan bagi penduduk tepi sungai Pahang.
Bagaimana hendak memperhalusi tajuk itu supaya lebih tepat dengan tahap kajian Ph.D?

Ada juga terfikir untuk teroka tajuk berkaitan budak nakal. Budak nakal selalu dikaitkan dengan kegagalan dalam pelajaran. Bagaimana hendak menghidupkan semula semangat ingin belajar. Bagaimana hendak bantu untuk kembalikan ke landasan yang betul?

Ada juga terfikir hendak buat kajian terhadap sekumpulan pelajar lemah dalam pelajaran di KIPSAS. Bagaimana hendak memulihkan semangat belajar mereka itu?

Aduh..
Sekali fikir lagi..
"Ah... tamaknya aku. Hendak itu... hendak ini."
Tumpukan apa yang kau buat sekarang. Uruskan masa dgn baik.
"Sebenarnya masamu dah tinggal sedikit. Tumpukan apa yg kau buat sekarang. Tumpukan kepada Bahasa Arab yg kau belajar sekarang. Selanjutnya belajarlah Al Quran."

Beri fokus kepada usaha kini.
Jangan jadi anjing dengan bayang-bayang.
Jangan nanti... yang dikejar tak dapat dan yang dikendong keciciran.

Aku akan galakkan pensyarah KIPSAS buat PhD dan Master.

26/4/17
Semangat nak buat PhD tiba-tiba meronta-ronta. Dapat tawaran dari UMP. Aku bertekad untuk buat kali ini.

11/5/17
Sorotan Literatur
Kanak2 belajar dari
1.... guru
2.... rakan
3.... sendiri
4.... pengalaman hidup

12/5/17
Apa tajuk kajian/penyelidikan?

Sejauh mana Pembiming Rakan Sebaya Matematik Tambahan yang berwibawa boleh membantu meningkatkan prestasi pembelajaran MT rakan sebaya mereka: Satu kajian di SBPI Temerloh.

Jumpa buku ini... baca hingga ms82.

Jumpa pula buku ini.


Proposal perlu disiapkan dalam tempoh DUA minggu. Target serah kepada Dr Fazli 3 Jun 2017.

Nak buat PhD?
1. Kena banyak baca
2. Apa yg hendak dikaji? diselidik?
3. Adakah hasil penyelidikan itu banyak beri sumbangan kepada masyarakat?
4. Boleh menambahkan gedong ilmu?
5. SPSS kena mahir. Fahamkan maksud t-test, ANOVA, sisihan piawai,   ......

Susah juga hendak mengenali metodologi penyelidikan. Selepas membaca buku di bawah ini telah nampak sedikit jenis penyelidikan. Penyelidikan eksprimen? Penyelidikan kualitatif?

"Mampukan pasukan PRS yang mantap meningkatkan prestasi Matematik Tambahan rakan sebaya mereka."

Terjumpa pula artikel ini.


Dalam artikel Komuniti Pembelajaran Profesional ada menyebut PRS sebagai satu strategi KPP yang dirangka oleh NTP.

Jumpa dan baca artikel ini pula.

Boleh ikut format kertas ini untuk tulis cadangan proposal.

Aku tidak pasti apa yg hendak dikaji mencapai taraf PhD atau tidak? Lalu aku terangkan kpd rakan sepejabat yg dah siapkan pengajian PhDnya.


En Rosli beri saya satu artikel tentang pendidikan matematik di Amareka. Dalamnya ada huraikan colaborative learning. Ada kaitan dgn PRS yg saya utarakan. Kalangan PRS memang berlaku colaberatif learning. Dikalangan PRS banyak sekali perbincangan sesama mereka. Mereka belajar dalam kumpulan. Berlaku sumbang saran. Deena(2015) mendapati Collaborative Learning terbukti kaedah terbaik meningkatkan kejayaan pelajar. Mereka berpeluang bertanya. Ahli kumpulan didapati lebih cekap menyelesaikan masalah metematik. Mereka berasa lebih yakin kerana tidak menyendiri.

Kajian Rintis

No comments:

Post a Comment